♥ Followers ♥

15 June 2012

Resepi Air Longan Kering

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera... 

Lama tak berkongsi tentang perjalanan penyusuan erna dan iman kan? Erna pun bz dengan final exam sekarang ni. Kadang semangat kobar-kobar. Kadang,semangat seakan luntur. Tapi erna ni ada semangat luar biasa yang hati tu memang nak study memanjang. Kalau boleh,tak nak mula kerja. nak study..study..study..siapa kena support? incek suami. hehehe.. Semoga Allah sentiasa beri kekuatan pada erna dan bersedia apapun yang bakal dilalui. Ini semua gara-gara rasa tak confident akan past lepas jawab paper exam semalam! tak best nyer...........

Malas nak merosakkan mood dan planning cantik yang dah ada, kali ni,erna nak berkongsi satu resepi mudah yang boleh dijadikan sebagai milk booster. Erna dapat tau resepi ni pun hasil daripada blogwalking dan taip je kat goole search engine tu, "MILK BOOSTER". Maka akan keluarlah macam-macam milk booster yang boleh dicuba. Act, kalau ada join group KIM kat FB,akan dapat banyak juga info. Dalam doc yang disediakan,ada macam-macam idea untuk mommies nak tambah susu..So, far alhamdulillah..erna tak pernah mengalami kemeruduman hasil susu untuk iman. Kurang tu ada, tapi kurang erna..sekali pam dapat dalam 5oz. Kalau time normal,hasil susu ok..biasanya akan dapat dalam 7-10oz. 
Bahan-bahan yang diperlukan;

- Longan Kering Cina (Anggaran erna untuk sekali minum dengan 1.5liter air, 15-18biji longan kering)

-Sedikit Gula

- Air Panas


Inilah rupa Longan Kering Cina


Erna rendam longan dalam cawan. Guna air panas ye.. 


Bila longan dah kembang,
erna masukkan dalam tumble kesayangan erna ni dan masukkan gula.

Siap untuk diminum sambil study ^___^ 

Cara menyediakan Air Longan Kering Cina

-Masukkan air panas dalam cawan kecik atau dalam jug air. -Ambil beberapa biji longan kering. Cuci bersih-bersih ye..

-Masukkan longan kering mengikut kuantiti yang anda nak. 

-Rendam longan kering sampai kembang. Biasanya ambil masa sekitar 15-20minit sahaja.

-Masukkan gula sesedap rasa.

-Sedia untuk diminum ^___^

p/s: ada orang rebus longan kering tu. Kali pertama buat, erna rebus. Lepas tu udah malas nak rebus. Kalau nak minum,erna rendam je dalam air panas. Sedap jugak!

Longan kering,ayah erna yang tolong belikan di kedai ubat cina. Ayah cakap,longan kering ni ada pelbagai jenis. Jangan main beli je. Ada yang high quality dan ada yang cikai-cikai. Ayah erna belikan harga 1kilo RM48. Kalau longan kering yang murah, 1kilo harga kurang dari rm20. Ayah cakap,nak minum untuk cucu..harus ayah belikan longan kering yang berkualiti. Walaupun hakikatnya, air longan kering yang sedap tu,masuk dalam tekak anak ayah bukan cucu ayah. Terima kasih ayah. hihihi. Ada orang campur longan kering dan kurma merah. Tapi erna tak buat lagi resepi bercampur tu. Kalau nak makan kurma merah, erna makan kurma merah je..tak pernah campur-campur dengan longan kering.

Apa pun Milk Booster yang heboh diperkatakan, erna tetap yakin yang direct feeding baby dan rajin mengepam selain perlu minum air masak banyak-banyak adalah kunci untuk memperbanyakkan air susu. Resepi ni,kalau tak dapat banyak susu, boleh hilang rasa kering tekak. Sebab air ni best! Sedap.. Minum sejuk-sejuk lagi best! ^___^ 

Try la..mudah je.

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...