CTOS - P1 Wimax Ramai Terkena!
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Tak tahu nak mula dari mana kisah yang menimpa diri ini. uhukuhuk. Sedih tau tau tau. Rasa macam gerammmm tahap maksimum dan nasib baik awal pagi tadi dah makan Vitamin B Complex. Jadi, terkawal juga amarah dalam diri ni.
Ok, al-kisah erna mulakan dari awal lah ye..cuba di ringkaskan-seringkasnya. Sekarang erna dalam proses membeli kereta dan kelmarin orang bank dah call tanya detail erna yang nak buat loan ni. Ok, sejujurnya inilah pengalaman pertama erna nak berurusan dengan pihak bank. Loan paling besar dalam hidup, semestinya loan PTPTN. Kena kerja kuat dari sekarang sebab kalau boleh tak nak anak-anak terikat dengan apa-apa loan termasuklah PTPTN. Biasa dengar cerita pengalaman orang lain je lah kan..orang bank call tanya soalan bla bla bla. Antara soalan.." dah berapa lama puan buat binses Shaklee?..", "tarikh puan register sebagai ahli Shaklee?..", Puan tinggal di alamat....ini rumah sewa atau beli?...", "berapa lama dah puan tinggal di alamat....?", "suami nama? kerja apa? no hp suami?..", "ada lesen memandu?"
Ok, itu sahaja lah antara perbualan dengan orang bank. Kemudian, sales girl yang erna beli kereta tu whatapps erna. "kak, pernah buat apa-apa perjanjian dengan P1?.." erna ni yang blur apakah itu P1 yang dimaksudkan sebenarnya? erna pun tanyalah..."P1 apa ni? tak faham.." sales girl yang baik hati ni, nama Akma pun explain pada erna, barulah erna faham apa maksud akma. Erna yang pertama kali nak berurusan jual beli rasa macam zero. Semua pun baru belajar kan. Ini baru nak beli kereta. Belum beli rumah dan aset lain-lain lagi. Barulah erna teringat yang erna pernah sign - up trial internet dengan P1 Wimax. Dah berkurun tah zaman belum masuk UniMAP lagi rasanya. Arwah nenek pun masih hidup masa erna sign up tu. Sebab erna masih ingat lagi..masa tu lepas je sign up bawa modem terus ke rumah arwah nenek tunjuk pada nenek dan ibu yang erna dah register trial internet P1 Wimax.
Maka, semalam erna pun ke pejabat P1 Wimax untuk selesaikan 'hutang' bak kata mereka. Dalam whatapps, akma cakap jumlah RM500+ so erna ingat betul dalam jumlah tu. Sampai je pejabat P1 Wimax, orang tu cakap total adalah RM788.85. Siap tanya erna, "mis u boleh bayar RM788.90 tak? kita tak ada 5sen.." Owh ho.....dah la mintak bayar RM700++ pastu suruh erna tambah bayar extra lagi. Masa tu tak fikir apa sebab suara ayah dah agak ganas daripada biasa. Erna tau ayah marah + geram. Bila ayah cakap erna dah lama tak guna dah bertahun dah pun. Rasanya 4tahun lalu. Mereka minta surat yang membuktikan erna ni tak guna servis mereka. Mereta nak 'termination letter' lor, mana nak ada kan. Bila mintak diskaun, mereka suruh erna balik rumah amik modem boleh tolak RM50. Lagi la hangin........rasanya. huhuhu.
Redha. Terus bayar RM788.90 dapat resit dan terus keluar dari pejabat mereka. Tak nak tunggu lama-lama sebab dah dapat rasa bahang kemarahan ayah. Ayah cakap sayangnyaaa duit. Boleh buat tambah deposit kereta ke apa. Tapi, erna laju-laju ajak ayah keluar.
Dalam kereta, sepanjang perjalanan nak balik tu fikiran seakan melayang-layang. Melayang sama macam duit ku melayang. Hahaha..Mulut ni cakap redha. Tapi, hati macam tak berapa nak 100% ikhlas.
Tiba-tiba ayah bersuara...
"tak apa. RM800 bayar tadi tu akan jadi RM8000 nanti.."
Terus bergenang air mata dan laju-laju erna Amiin.....
Jadi, berhati-hatilah kawan-kawan sebelum sign-up apa-apa servis pun yang ada di Malaysia ni. Sales girl erna ni bagitahu..antara yang paling tinggi kena kes CTOS ni orang-orang muda yang nak beli kereta. Sebab akma ni dah 2tahun bekerja dengan nissan. Sebelum kerja dengan company sekarang, pernah bekerja dengan perodua dan proton. Jadi, akma tahu sangat kes-kes teraniaya seperti ini. Astro juga salah satu yang banyak orang kena ctos. So, hati-hati!
Owh ye lagi1, malam selepas erna buat bayaran tu..erna pun google la kes yang sama macam erna. Rupanya memang betul sangat ramai yang tak berpuas hati dengan P1 Wimax. Siapa yang tidak berpuas hati dan terpaksa bayar walaupun tidak menggunakan servis sama macam erna, boleh join group di fb. Ada juga beberapa panduan untuk buat aduan kepada tribunal pengguna.
https://www.facebook.com/groups/159121421506/
I LOVE YOU AYAH!
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
0 comments:
Post a Comment