DIARI HAMIL UMMIERNA : EPISOD 3 - Seluar Mengandung Scarlet, Seluar Palazzo, Baju Mengandung, Outfit Mengandung

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Makin meningkat usia baby, makin besar perut ibu mengandung ni kan? Kemudian satu satu baju seluar semua tak selesa nak pakai. Rasa menekan perut ni. Kesian baby T dalam perut ummi sebab rasa macam tak selesa je dia kat dalam tu. Tesepit je kot dia.

Sebenarnya bermula 3bulan mengandung erna dah mula beli maternity pants kat Jusco kini dikenali sebagai AEON. Memang dari mengandung iman dulu erna beli maternity pants kat Jusco. Brand Scarlet. Murah je pun..kira ok lah. Kalau nak beli kat butik baju ibu mengandung macam V-Mum ke apa tu, mahal pada erna. Lagipun memang dah biasa pakai yang brand Scarlet sejak mengandung iman dulu, erna rasa ianya memang berbaloi dan paling penting harga mampu milik serta selesa bila dipakai.

Ada orang yang jenis perut comel, dari awal mengandung..relax je boleh pakai baju biasa sampai la kandungan 5-6bulan. Tapi erna ni, baru 2bulan nak masuk 3bulan mengandung, perut dah  nampak muncit. Ingat lagi, ada kenduri kesyukuran di kejiranan rumah erna ni..semua dah tanya-tanya dan tegur-tegur. Masa tu, erna pakai jubah biasa je. Memang tak dapat nak sorok-sorok la. Perut cepat besar. Sekarang ni pun, adik erna cakap..perut erna macam orang dah mengandung 7bulan 8bulan. Masa pergi expo anakku, tengah pilih-pilih baju ada bersembang dengan sorang ni..dia dah tunggu masa nak bersalin, perut sama size dengan erna. hehehe..

Back to main topic..Size maternity pants brand Scarlet di Jusco ni, ada dari size XS hingga ke XXL. Melalui pengalaman mengandung anak sulung dulu, peha dan size pinggul serta punggung erna akan membesar dan kalau tak nak ketat serta nak selesa, kenalah erna pakai size XXL masa dekat-dekat nak bersalin. Jadi, erna buat keputusan untuk terus beli seluar size paling besar. Awal-awal pakai, masa usia baby T 3bulan tu, memang lah terasa macam besar sikit di bahagian pinggul dan pingang. Tapi, ok je pada erna. Sebab ada getah yang boleh di laras pada bahagian pinggang. Sekarang, kandungan dah 22minggu, memang sangat sesuai pakai size XXL. Mengandung iman dulu, beli 4helai. 2helai tu macam dah lusuh sangat. Sehelai tak tahu dah lokasinya di mana sekarang. hihihi Sehelai lagi memang ada dan boleh pakai sampai sekarang ni. 2helai yang lusuh tu, memang erna kerap pakai masa mengandung iman dulu. Puas pakai sampai lusuh. Murah je seluar ni RM49-RM69.

Ini maternity pants scarlet
Baby T masih kecil lagi ni..dalam 9w+

Seluar maternity, ada getah dibahagian tepi macam ni. So boleh laras la ikut saiz besar perut.
Pinjam pic erina

Kemudian, seluar paling best dan sah sah boleh pakai ketika mengandung atau tak mengandung, erna pakai Palazzo Pants atau bahasa mudahnya Seluar Palazzo. Dari awal erna mula beli dan pakai seluar Palazzo ni dari tahun 2012 lagi. Supplier yang sama juga erna dapatkan seluar palazzo ni. Sekarang ni memang banyak lambakan seluar palazzo yang ada dijual dipasaran. Daripada harga sangat murah sampailah yang mahal-mahal kalau beli dari butik. Dari dulu sampai sekarang, erna memang tak pernah berpaling tadah. Erna pakai seluar palazzo material Korean Lycra. Berbeza! Berbeza sangat dengan seluar palazzo lycra murah yang lain. Material dan kualiti kain sangat berbeza. Seluar palazzo yang erna pakai ni, panjang dan lebar best! Panjang 104cm. So memang fit untuk yang bersaiz kecil sampailah anda-anda yang bersaiz XXL. Muat pakai! Selesa! Sejuk!

Dulu, masa erna mula pakai seluar palazzo ni, warna-warna blok a.k.a colour block je yang ada. Sekarang dah bertukar tahun..supplier ada jual warna-warna pastel. Aduhai lagilah nampak cun. Warna pastel lagi cun rasanya dari warna terang benderang. Apapun kalau pandai mix and match dengan baju yang ada, memang ok lah. Warna apapun tetap cun kalau kena gaya di padankan.

Kot-kot ada yang nak beli seluar palazzo ni Lycra Korea ni daripada erna, nak pakai masa mengandung ke, tak mengandung ke, nak pakai berjalan ke, boleh je..nak pakai duduk rumah pun ok. Selesa. Labuh seluar 104cm. Erna kalau masa tak mengandung dulu, pakai kena lipat sekali la getah bahagian atas tu. Tapi, bila dah mengandung sekarang ni, memang tak berlipat pun. Elok je cover perut bulat ni ^__^ harga seluar palazzo RM50 termasuk postage. Siapa nak pm erna.

Iman 4bulan +

Usia Iman 4bulan


Ini ketika hamil 17w - adik baby T

Ini 32w mengandungkan abang iman

Lagi satu, pilihan yang sememangnya best..pakai jubah ketika hamil. Tak pun dress yang biasa erna pakai dulu walaupun tak hamil. Untungnya ada banyak jubah dan dress, walaupun mengandung, tetap boleh pakai dress dan jubah ni. So memang tak banyak kos untuk pakaian yang dikeluarkan. Memang pakai dress dan jubah walaupun tak mengandung. baju kurung memang erna jarang pakai sejak setahun dah bergelar WAHM. Raya je erna ada pakai baju kurung. Lain-lain kalau ada kenduri ke apa, selesa berjubah dan rata-rata jubah menyusu memang boleh pakai masa mengandung ni. Berbaloi! Jimat!

Outfit di rumah pula, erna pun tak tahu macam mana sejak mengandung dan perut makin besar ni..erna suka sangat pakai seluar aladdin. Seluar tu kain dia soft pastu tak kembang kaki macam seluar palazzo. Tapi, seluar aladdin ni bahagian bawah kaki kuncup. Apa yang best seluar ni, sebab bahagian pinggang ada getah kecil je di bahagian atas pingang. Pastu keseluruhan bahagian perut memang selesa tertutup dengan kain seluar tu.

Lain, kain batik la yang best dan menjadi pilihan juga. Ada orang selesa pakai ketat-ketat walaupun hamil. Tapi, erna kurang selesa. Suka yang loose. Terutama di bahagian perut. Kalau ketat, rasa macam baby T tak bernafas dan tersepit je didalam perut ummi ni. hihihi

Pakaian pula..mengandung kalini, tak ada pula erna beli baju khas untuk mengandung. Sebabnya..sejak erna lahirkan iman, erna memang banyak beli baju menyusu. Rata-rata baju menyusu yang erna beli memang boleh pakai ketika mengandung. Design baju tu sesuai pakai walaupun mengandung atau tidak. Dengan perut yang besar ni, masih dapat lepas dibahagian perut. Selesa. Memang selesa. Erna suka sangat beli baju menyusu jenama Autumz. Sepanjang hampir 2tahun lagi beberapa hari erna menyusukan iman, erna dah ada lebih 10helai baju menyusu brand Autumz. Semuanya pun design lebih kurang. Beza pada warna je. So, untuk mengandung kalini, memang erna pakai je baju sedia ada. Nak menyusukan abang iman pun mudah.

Ini contoh nursing dress Autumz yang erna beli buat koleksi. Best!


Sekian sharing kalini. Next entry erna share lain pula ye...TQ baca!

Siapa nak beli Seluar Palazzo, pm erna ye ^___^

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment