Pengedar Shaklee Puchong

Selamat Datang Oktober

Orang Baru Oktober 2016


Alhamdulillah...sekejap je dah Oktober. Pejam celik pejam celik, eh, dah Oktober. Bila dah masuk Oktober, mulalah dup dap dup dap. Hahaha...tau kenapa? Sebabnya kami sekeluarga bakal menerima orang baru dalam keluarga kami secara realiti. Yelah maksud realiti tu, 9bulan dalam perut ummi..insyaAllah Oktober ini akan didakap dipeluk cium secara realiti.

Tarikh jangkaan bersalin 40minggu yang Doktor bagi adalah 21Oktober. Tetapi, mengikut pengalaman melahirkan 2orang anak sebelum ini, erna tak pernah sampai ke expected date. Iman erna lahirkan 37minggu 6hari. Taqwa pula erna lahirkan 39minggu 5hari. Ini adik baby i ummi get ready je. Tak tahu la adik baby i akan ikut jejak langkah abang dan kak ngah atau pilih minggu lain. Jangan due sudah ye adik baby i. Ummi kalau boleh tak nak la sampai ke overdue. Apapun, doa ummi babah semoga segalanya dipermudahkan. Adik baby i dan ummi sama-sama selamat sihat sejahtera. 

Harini genap adik baby i 37minggu 2hari dalam rahim ummi. Memang sekarang kurang adik baby i gerak aktif. Lebih banyak mengeras je dalam perut ummi. Lepas tu yang ummi perasan, bila datang mengeras tu...ummi gosok-gosok dan panggil baby i, baby akan cool down. Entah baby i stress ke apa dalam perut ummi ni? hehehe...

Bila dah masuk 37minggu ni baru teringat yang ummi tak mendobi pun lagi barang keperluan baby i. Next entry plan nak buat check list barang baby i. So dari situ lebih mudah nak nampak apa yang dah ada, apa yang masih belum ada. Lagipun erna ni baju-baju anak masa baby semuanya erna bagi kat orang lain. Sikit-sikit je masih ada dalam simpanan. Jadi nak recycle tu, tak semua lah dapat nak recycle. Baju-baju memang 90% beli baru. Mitten booties ada juga yang lama. Ada juga yang beli baru. Barut bedung semua ni 100% beli yang baru. Tak apalah...rezeki anak sebelum-sebelum ni dikongsi bersama baby baby lain. Ada bahagian lain rezeki untuk anak erna sendiri. 

Jumpa next entry. Doakan urusan erna dihujung kehamilan ini dipermudahkan ye kawan-kawan. 

Terima kasih sudi klik singgah baca blog erna =)


kenduri belah lelaki ain & naqi

Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri


"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."

- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -

Milk Booster Berkesan Seawal 2 Hari

Supplement Paling Berkesan Tambah Susu Ibu 


Bila baca tajuk entry ni, macam 'overclaim' kan? Tapi ini kisah benar. Erna kongsikan kisah benar daripada seorang ibu yang beli ESP Shaklee dalam usaha tambah kuantiti dan kualiti susu perahan setiap hari. Jom teruskan pembacaan...


MILK BOOSTER PILIHAN RAMAI IBU

.
"SUSU IBU BERTAMBAH DALAM MASA 2HARI" 😱😱😱

.
.
Ini bukan cerita tipu. Ini kisah benar. Malam kelmarin kak asmah datang rumah erna, beli 1botol ESP. Malam tu juga erna ada share tips dengan kak asmah macam mana nak consume ESP untuk banyakkan susu ibu. Termasuk tips mengepam dan amalan yang erna buat sepanjang bekerja dulu untuk tambah susu ibu yang erna pam untuk iman anak erna.
.
Alangkah gembira dan syukur rasa hati ni bila harini kak asmah whatsapp erna bagi feedback ini. Bagi testimoni beserta gambar jumlah hasil susu yang berjaya di pam dalam 1 sesi. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..syukur. ESP MILK BOOSTER TERBAIK 👍 KESAN SEAWAL 2HARI 👍
.
Selain untuk milk booster / tambah susu ibu, ESP Shaklee juga ada pelbagai khasiat dan manfaat yang lain. 
.
.
❤️Antara KEBAIKAN ESP SHAKLEE:
.
✔️Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
.
✔️Untuk wanita yang sedang pregnant : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
.
✔️Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
.
✔️Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
.
✔️Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.
.
✔️Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
.
✔️Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
.
✔️Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.
.
.
Apalah sangat harga sebotol ESP Shaklee jika nak dibandingkan dengan susu ibu yang melimpah keluar dengan penuh khasiat untuk si manja tersayang. Jika anda ingin mencuba ESP Shaklee sebagai MILK BOOSTER / Supplement menambah susu ibu, boleh hubungi erna. InshaAllah erna akan kongsikan tips serta berkongsi pengalaman erna berjaya susu kan 2orang anak. 


Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri


"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."

- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -

Kehamilan Ketiga | Check Up Baby 35 minggu

BAYI 35 MINGGU MASIH SONGSANG?

Dalam 2minggu lepas hingga semalam, erna rasa tidur malam erna tak berapa nak lena. Ibarat hidup ku dihantui risau memikirkan baby i dalam perut ummi ni akan berpusing ke tak. Hahaha...seramnya bila fikir pasal ceaser. Orang lain ok je..relax je. Ibu lagi lah 3 anak potong perut. Erna ni salah seorang bayi yang keluar ikut tingkap bukan pintu. hehehe...Mujur ada Ostematrix dan B Complex Shaklee. Setiap malam memang wajib erna telan 2 jenis vitamin ni untuk berikan kesan tenang dan tidur malam yang lena.

Semalam erna dah selamat pun jumpa Dr.Raja untuk check up 36week. Pagi-pagi semangat dah bersiap. Siapkan Taqwa dan iman juga. Lepas hantar iman ke sekolah, terus erna bawa Taqwa ke hospital. Selalu erna pergi check up dalam pukul11 gitu. Kalini belum pukul9 erna dah terpacak kat hospital. Nampak tak punya tak sabar dan sebenarnya lebih kepada berdebar.

Mujur awal pagi erna pergi dan orang masih tak ramai. Dalam 10minit je erna menunggu luar bilik doktor, dah dipanggil masuk. Tak sempat sarapan apa-apa pun lagi. Ingatkan kalau sampai tu giliran dah banyak nak ajar taqwa sarapan pagi dulu di cafe hospital. 

Ok, masuk je bilik Dr. Raja, terus Dr. suruh baring atas katil nak scan baby dan nak tengok baby sihat ke tak. Selak je baju Dr. raja cakap lagi..."besarnya yang....perut awak.." Sambil tu tangan doktor tangah memicit gel untuk scan tu. Terus letak kat bahagian bawah perut. Dan.......

berdebarnyaaaaaa erna ni rasa. Hasilnya lepas Dr. Raja letak je alat scan atas perut erna,......................





"Baiknya baby...bagus-bagus, dah ok ni. Last scan breech kan? Ni dah ok ni. Kepala kat sini dah"





Allah.......
Perasaan tu tak tahu nak cakap macam mana. Mujur dalam bilik Dr.Raja, atas katil Dr.Raja. Kalau lah masa tu atas katil kat rumah, mesti erna dah melompat bangun kegembiaraan. Syukur Alhamdulillah....

Lagi, Dr. Raja cakap..."ingatkan baby dah 3kg. Baby comel je. Perut mak ni besar ni..."
Tersenyum-senyum Dr. masa cakap tu dan erna pun memang mengakui la apa yang Dr. cakap. Perut erna memang besar. Tak pernah lagi orang yang tengok perut erna cakap perut erna kecik. Memang besar melampau-lampau.

Terkini, pada usia baby 36minggu, berat baby adalah 2.5kg. Comel je kan size baby? Rasanya akan lahir nanti berat lebih kurang abang iman je nanti. Iman dulu lahir 2.85kg So, erna memang rasa berat baby akan lebih kurang abang iman je.

Berat badan ummi???
Muahahahaha.....terharu tau masa naik penimbang semalam. Naik 0.5gram sahaja daripada check up sebelumnya. So, terkini berat ummi adalah 79KG. **sihat betul ummi 

Kedudukan baby erna memang di side kanan. Jadi, posisi tidur terbaik adalah tidur menghadap kiri. Sebabnya tak nak himpit baby dan nanti baby rasa tak selesa pula. Bila tak selesa takutlah kalau-kalau baby berpusing ke tempat lain pula.

Jadi erna nak kongsi dengan pembaca semula apa yang erna buat dalam usaha nak pusingkan baby dalam kedudukan baby songsang pada usia baby 34minggu - 36minggu.

1. Senaman Knee to Cheest Position

Erna memang ikut saranan Dr. Raja untuk buat senaman ni. Biasa orang cakap sujud. Tapi, pesan Dr. Raja kena letakkan bantal dibahagian lutut kita supaya kedudukan punggung tu lebih menonggeng. Kalau sujud dalam solat biasa tu, tak cukup menonggeng tinggi. Erna letak dalam 2-3lapisan bantal di bahagian lutut.. Jadi posisi punggung tu memang lebih ternaik tinggi lah. Tu yang anak-anak suka sangat kalau ternampak erna senam macam ni.

Saranan Dr. Raja dalam 5-10minit. Jika tak mampu, buat 2-3minit pun ok. Erna awal-awal buat kejap je. Kurang dari 5minit. Tapi bila dah selalu buat, kita dah dapat tune keselesaan tu macam mana. Alhamdulillah makin lama erna boleh stay menonggeng tu lebih lama tanpa rasa pening dan krem kaki.Nak lebih selesa, bahagian kepala tu letaklah sikit bantal nipis.

Senaman ni erna WAJIB buat dalam 2minggu selepas last check up. Owh sebelum terlupa, pesan Dr.Raja boleh buat bila-bila masa yang kita suka. Tapi...paling elok dan digalakkan waktu bangun dari tdur. Erna buat sehari 3-4x juga senaman ni. Ada kelapangan je erna terus buat.


2. Letak Ais atas perut 

Aktiviti ni erna buat sekali je. Tapi memang betul terasa pergerakan anak. Erna ambil ais kiub dan masukkan dalam kain. Kemudian letakkan di bahagian atas perut. Erna terasa keras-keras kat bahagian atas perut. Erna bukanlah letak je. Tapi macam tuam-tuam kan. Bergelodak perut. Sebab baby tak selesa terasa sejuk baby kat dalam.

3. Bercakap-cakap dengan baby

Ini memang aktiviti wajib setiap hari tak kira masa. Erna selalu cakap pada baby pusing ke jalan dan laluan yang betul. Sambil usap perut, erna selawat nabi dan mohon doa pada Allah.

4. Solat Hajat mohon dari Allah

Segala yang berlaku atas muka bumi ini adalah kehendak Nya. Alam rahim juga dalam kekuasaan Allah. Jadi, sepenuh hati memohon agar dilancarkan dan dipermudahkan segalanya sehingga kelahiran bayi ini nanti.

Sekarang, hati erna pun dah rasa lega. Boleh mula fikir tentang mendobi baju baby i. Siapkan beg hospital erna dan baby. Excited!

Apapun segalanya boleh berlaku dengan izin dari Allah. Kita hanyalah hamba dan manusia biasa yang kita boleh lakukan tanda kesunggunhan kita 

Terima kasih sahabat dan kenalan yang sudi baca entry ini. 
Terima kasih sahabat dan kenalan yang tidak putus mendoakan keselamatan, kemudahan perjalanan kehamilan kalini erna dan baby i.


InshaAllah...kita jumpa next entry =)

Ini supplement yang erna amalkan sepanjang mengandungkan babyI. 

Berminat? Boleh KLIK GAMBAR untuk dapatkan INFO LANJUT






Doakan kehamilan erna yang berbaki lebih kurang 1 bulan je lagi ini sentiasa selamat, dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin

Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri


"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."

- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengedar Shaklee Puchong,Shaklee Puchong,Set Berpantang Shaklee,Vivix Murah,COD Shaklee Puchong Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign