Kenapa Anak Tumbuh Gigi Atas Dulu?
Taqwa Ammara Dah Ada Gigi! | Assalammualaikum. Hai semua..kejap dah masuk bulan September kan? Entry pertama September nak kongsi keterujaan ummi dan babah bila baby girl kami dah ada gigi.
Masa Taqwa umur 4bulan ++ rasa macam dah ada putih-putih dan rasa kasar je kat bahagian atas. Ingatkan gigi. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu, tak jugak keluar gigi Taqwa. Babah lah selalu tanya..bila nak keluar gigi. Tak apa ke tak ada gigi lagi? Macam-macam soalan babah. Ummi? ummi relax je. Sebab ummi dah puas tanya kat nenek. Nenek cakap, tak payah la risau. Normal..ada budak lagi lambat keluar gigi. So, jangan nak push atau risau terlampau. Bagus betul nenek ni. Cool...cool..selalu. Lagi satu ibu tak bagi selalu pegang-pegang gusi Taqwa. Ibu cakap nanti gigi tumbuh tak cantik sebab gigi dan gusi lembut, kita pulak selalu nak tolak dan gosok-gosok. Erna pun tak berani la pegang. Dah ibu pesan macam tu.
Betullah kata orang..setiap anak ni perkembangan tak sama. Berbeza-beza setiap anak. Yelah...Iman dulu, mula berjalan usia 1tahun 2bulan. Gigi pula pada usia 7-8bulan dah mula keluar. Kiranya masa berjalan tu..gigi dah ada 4batang - 6batang gitu.
Taqwa, tepat umur 1tahun dah boleh berjalan. Gigi pula lambat tumbuh. 10hb september ni genap 1tahun 2bulan. Baru nampak secoet gigi putih yang keluar. Eksited betul ummi. Lama dah tak belek-belek. Tadi nak bagi nenen, saja lah ummi belek-belek, selak bibir taqwa. Eh! ada gigi. Dah keluar gigi sikit! Terus whatapps babah. Babah kat tempat kerja. Nampak tak eksited tu? Tak sabar dah nak tunggu babah balik rumah. Hahaha...
Babah pulak, "cepatla snap gambar adik. nak tengok!" hahahaha....sama-sama eksited.
Bukan senang nak ambil gambar budak sorang ni. Memang tak duduk diam.
Lagi-lagi nak ambil gambar gigi comel dia.
Puas ummi kepit pakai bantal dan buat segala macam bunyi sebab nak bagi taqwa leka dan ummi nak snap gambar gigi taqwa. heeeee.....
Akhirnya. taraaaaa........
-
-
-
-
-
Anak Tumbuh Gigi Atas |
Alhamdulillah...akhirnya dah ada gigi =)
Tapikan..erna masih tak ada jawapan kenapa ada budak tumbuh gigi atas dulu, kenapa ada budak tumbuh gigi bawah dulu? Anda ada jawapan? Meh la share2. Ada yang cakap
Next entry erna akan share tentang promo menarik bulan ini.
Promo WOW sangat! Stay tune...
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
0 comments:
Post a Comment