Dunia, Akhirat dan Manusia

Kejar Bayang-Bayang | Assalammualaikum...Selamat petang sahabat. Terima kasih sudi singgah blog erna. Semoga semuanya sihat-sihat selalu dan dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Entry pertama harini yang ingin erna kongsikan dengan semua pembaca blog erna, sebuah analogi yang berkaitan dengan matahari, bayang dan manusia (diri kita sendiri). 

Matahari - Akhirat

Bayang-bayang - Dunia

Manusia - Diri kita

Hidup kita didunia ini di ibaratkan seperti seorang yang sedang berdiri dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Bila berdiri disinari cahaya matahari yang terik, dibelakang kita semestinya akan terbentuk bayang-bayang. Betul kan? Boleh anda semua bayangkan situasi ini?

Jadi tahukah anda yang mana perlu anda kejar? 

Kejar Matahari atau Kejar Bayang-bayang?


Jika anda mengejar bayang-bayang..anda akan penat, letih dan berputus asa. Kerana, semakin laju anda berlari mengejar bayang-bayang, semakin jauh bayang-bayang itu meninggalkan anda dan anda tak akan pernah dapat menangkap bayang-bayang sendiri. Kemudian bila matahari mula terbenam, cahaya tiada, bayang juga akan hilang. Disaat bayang hilang, anda masih belum berjaya menangkap bayang-bayang sendiri. 

Berbeza jika anda mengejar matahari. Jika anda mengejar matahari, bayang-bayang akan setia mengekori anda dari belakang. Sedikit pun bayang-bayang tidak akan meninggalkan anda. Semakin laju anda berlari mengejar matahari, bayang-bayang juga akan semakin laju mengejar anda.

Jadi, Kesimpulannya...


Begitulah kehidupan kita didunia ini. Andai kita mengejar akhirat, pastinya dunia tidak akan pernah selangkah pun meninggalkan kita. Semakin kita mengejar akhirat..semakin hampir dunia itu dengan diri kita sendiri. Ia tidak pernah menjauh. 

Janganlah kita menjadi manusia yang mengejar dunia. Malanglah bagi pengejar bayang-bayang dunia. Semakin dikejar bayang-bayang (dunia) semakin jauh ia lari, hingga akhirnya akhirat tiba, hilanglah dunia yang dikejar. Hingga terpinga-pingalah para pengejar dunia dalam kegelapan dan kesesatan. Sedarlah mereka ketika itu mereka telah dipermain-mainkan oleh dunia yang tak kekal selamanya.

“Ya Allah, letakkanlah dunia dan seisinya, dalam genggaman tangan kami, bukan di dalam hati kami….”

"Ya Allah, jangan biarkan kami serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau seketika cuma.."

Hidup mengejar dunia dan akhirat


p/s: Sampaikan walau satu ayat supaya ia menjadi percakapan yang bermanfaat dalam pertemuaan kalian. 


Erna adalah Pengedar Sah Shaklee. Nak beli Produk Shaklee? Boleh hubungi erna segera...

Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment