♥ Followers ♥

27 May 2012

Stroller Baby & Car Seat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Minggu lepas dah plan yang hujung minggu ni akan ke penang untuk carik stroller iman. Memandangkan perlis ni kecik je,maka pilihan stroller yang ada sangat terhad. Butik anakku pun macam tak mampu tarik minat erna. Sejak iman dalam perut lagi, mummy iman a.k.a SIL (kakak kepada suami) nak hadiahkan iman stroller. So,memang stroller tiada dalam list perbelanjaan kami. Plan asal, SIL nak belikan stroller bila iman dah balik puchong nanti. Tapi,memandangkan sekarang ni pun,iman dah membesar sihat..ummi pun tak larat dah nak dukung iman lama-lama. (lenguh pinggang kalau dukung lama-lama) Erna bincang-bincang dengan suami,mintak kebenaran beli stroller iman cepat-cepat. Senang nak kemana-mana termasuklah nak keluar makan kat kedai ataupun jalan-jalan. SIL masukkan sejumlah wang kedalam akaun erna dengan pesanan - 'pilih stroller yang cantik-cantik untuk baby mummy tau!' baiklah kak long..mesti ummi pilih yang cantik-cantik untuk iman. Lagi satu,rezeki iman..mama mertua pula berbesar hati nak support car seat iman. Alhamdulillah..jimat duit babah iman. TQ mama mertuaku!


Lewat jugak kami bertolak dari perlis ke penang. Kul2 baru bertolak..mai dan munir pun ikut sama. Mai drive, erna standby untuk susukan iman. Sasaran kami Queensbay,Penang. Dalam Queensbay ada jusco. Tanpa fikir panjang,terus ke jj..Masa mengandungkan iman,erna ada ke jj tebrau,JB. Ada banyak pilihan stroller. Tapi kat jj Queensbay,Penang..ada brand SC je. SC refer to..Sweet Cherry. Banyak pilihan..dari SCR1-SCR9. Bukan model SCR pun ada. Harga pulak..dari serendah RM129-RM599 untuk stroller. Car seat lain pulak ye..erna story tentang stroller iman dulu. Car seat,lain pulak ceritanya..


Secara jujur erna tak letak apa-apa target pun untuk beli stroller iman. Maksud target disini,tak plan untuk beli brand apa. Hanya bergantung pada budget yang sedia ada. Erna nak yang ringan dan mudah bawa untuk travel. Sampai je kat area stroller tu,mata terpana..terpaku..terpukau..(bukan main ayat ummi iman ni..) kat satu stroller color merah hitam. Sebelah stroller yang erna tengok tu, ada stroller model  SCR9. Mulalah tertanya-tanya, habis yang erna tengok tu..model apa pulak? Rupanya itu model yang lebih letest dari SCR9. Nama model tu, Uni Cradle Stroller..Apa yang buat erna tertarik pada stroller tu, bila dibaringkan,macam bakul pulak..Mulalah tak sabar nak baringkan iman dalam tu. Iman relax je..ummi excited lebih. Best jugak beli stroller bila baby dah ada. Boleh baringkan baby dan try tolak-tolak mana yang best :)


Tanpa berfikir panjang, erna amik gambar dan mms suami. Suami cakap cun! Tapi..haruslah muat masuk dalam bonet kereta. Itu yang masalah sikit. Sebab tak boleh lipat kecik 'umbrella' Yang tak best, dah tersasar dari plan asal. Sad sad sad..tapi itu yang menambat hati. Esok-esok iman membesar,kalau susah nak bawak travel stroller ni..harap babah iman sudi belikan Buggy :) Senang nak angkut sana sini. Apapun,stroller ni tetap ada ciri-ciri yang diimpikan. Antaranya..tempat simpan beg yang luas bawah seat. Siap boleh jerut-jerut kat bahagian simpan beg tu. Takdelah takut kalau barang tercicir bila letak kat bawah tu. Nampak cun kalau dah baringkan stroller tu..Macam bakul pulak..suke! Promoter tu cakap ini model untuk carrying basket & stroller. Kalau SCR5,6,9 model carrier carseat. Harga stroller ni, RM599. Detail boleh bukak website Sweet Cherry

First Impression- display macam ni masa mula-mula erna tengok kat jj Queensbay ^__^

Kalau iman besar sikit,boleh duduk pulak ^__^

belum beli lagi..ummi dah ajak iman posing. Iman buat muka tension la pulak. ummi excited! hehehe

 Selesa je tengok iman tidur..

 Ma mai tak perasan ummi snap pic ni. Iman tengah syok tidur dalam stroller baru ^__^

InsyaAllah..tak lama lagi kalian berdua pulak - munir bersama incek tunangan

Erna tak beli car seat pun lagi. Sebab?? tak ada stock untuk model ni. Car seat untuk SCR tak boleh masuk dengan model ni. Maksudnya..tak fit untuk stroller ni. Erna plan nak beli car seat iman bila dah balik puchong nanti. Lagi1,erna plan nak beli car seat yang besar sikit dari car seat untuk SCR. Car seat untuk SCR kecik..kalau iman besar sikit,kaki dah panjang..terjulur la pulak kaki iman nanti. Lepas tengok-tengok tadi, dah ada target nak beli car seat yang mana..nak beli Eternal Car Seat Apapun,nanti nak bincang semula dengan babah iman. Sebab berminat dengan car seat tu, boleh pakai dari new born sampailah anggaran umur 4tahun. 
ini Eternal Car Seat

p/s: Iman dah ada car..car iman warna merah. Harap iman suka dengan pilihan ummi. Apa yang penting pada ummi dan babah, iman selesa. Kami hanya nak iman dapat keselesaan. Kami beri apa yang kami mampu. Thanks again pada SIL dan mama mertuaku. Thanks jugak kat mai dan munir sebab teman beli stroller iman. Tunangan munir,thanks untuk hamper besar..iman suke sangat. Nenek iman..TQ for everything. Ummi dan Iman LOVE nenek so much!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...