Iman Zikir With His First Book

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Perbezaan dialog antara suami dan isteri tentang anak mereka..

Babah: Nanti babah nak beli mainan banyak-banyak untuk iman.
Ummi: Tak sabar nak kerja. Ummi nak beli iman buku banyak-banyak.

Itulah perbezaan antara kami suami isteri. Babah iman selalu cakap, nanti mesti erna akan garang dengan iman bab-bab belajar. Contoh,kalau iman tak nak ke sekolah ke..malas baca buku ke..malas buat kerja sekolah ke..Babah pulak,akan jadi babah cool yang boleh consider dengan iman kalau iman tak nak buat semua tu. Babah cakap,babah bukan tak sayang iman..bukan tak nak iman berjaya..tapi babah nak iman nikmati setiap saat perkembangannya. Mungkin erna ni,terlalu memikirkan masa depan. Bukan la ke depan sangat. Siapa tak nak anak berjaya kan? Kalau ALLAH kurniakan iman adalah anak genius untuk erna dan suami,alhamdulillah..syukur..rezeki ALLAH. 

Mungkin juga erna lebih banyak fikir tentang pendidikan iman. Babah pulak,banyak fikir macam mana nak bagi iman rasa seronok nikmati zaman yang dilaluinya. Tapi,walaupun suami selalu cakap nak beli iman mainan banyak-banyak..suami tetap ada cakap.."kita kena didik iman baik-baik. Mainan beli,buku pun beli.."(itu kata babah. tah betul ke tidak tu..huhuhu) cuma penekanan kami memang berbeza. Kadang tu,rasa macam babah iman nak iman main...je. Tapi bila erna timbang tara dan fikir semula,besarnya kuasa ALLAH bila telah menetapkan pasangan yang berlawanan pendapat dan keinginan. Apa yang diatur ALLAH bukan saja-saja. Bayangkan kalau kami suami isteri hanya fikir nak belikan iman mainan je..macam mana dengan pendidikan iman kan? Macam mana pulak..kalau kami suami isteri,sama-sama hanya memikirkan tentang pendidikan iman. Mesti iman stress..tak dapat nikmati zaman indahnya sebagai kanak-kanak.

Kedua-duanya perlu seimbang untuk perkembangan yang baik seorang baby seterusnya kanak-kanak..Apapun,sebab utama yang dapat erna kenal pasti adalah kerana,kasih sayang kami suami isteri yang tidak berbelah bahagi terhadap iman. Sebab tu kami fikirkan semua ni. Semuanya hanya untuk memberikan yang terbaik untuk permata hati kami. Semua orang tahu,pendidikan bermula dari bayi dalam kandungan ibu. Apa yang erna dapat perhatikan,iman akan peka pada zikir-zikir yang biasa erna bagi iman dengar sejak iman dalam kandungan. Selain itu,ayat kursi antara ayat yang erna jadikan rutin hingga harini. Semoga iman sentiasa dalam lindungan Allah..

Gambar-gambar dibawah adalah gambar iman bersama buku pertama yang ummi belikan. Ummi baru bukak baju iman,nenek nak mandikan. Kiranya,gambar ni diambil sebelum iman mandi pagi. Mula iman susah nak pandang buku tu, puas ummi tiru bunyi segala jenis haiwan yang ada dalam buku tu. Lepas iman pandang dan bagi respons, ummi makin syok nak buat bunyi. Tak lama lepas tu,iman mula boring. Ummi pulak tak putus asa dan terus berusaha tarik minat iman dengan buat segala jenis bunyi haiwan yang ummi tahu. Haiwan yang tak tersenarai dalam buku tu pun,ummi buat bunyik tau! Over pulak ummi ni. Kesian iman..bila iman nangis, ummi buat keputusan.."ok2..jom la balik. Iman dah boring kot lama-lama ada kat zoo. Esok pagi,kita datang zoo lagi ye sayang..hohohoho.." Act, erna belikan iman buku ni,sejak iman dalam perut lagi. Tajuk buku ni, At The Zoo. Kalau iman tarik-tarik buku ni, gigit-gigit buku ni sebab terlalu excited tengok haiwan-haiwan yang ada dalam buku tu, takkan berlaku kecederaan pada buku. Sebab nyer,buku tu adalah soft book. Sesuai untuk kanak-kanak. Acshu iman pun ada belikan 2buku untuk iman masa acshu pergi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Terima kasih aschu..

Ummi: "Iman sayang..sebelum mandi,jom kita pergi zoo. Ada elephant,lion,monkey,giraffe..blablabla..."

Ya Allah, lindungi anak ku Muhammad Iman Zikir..berikan anak ku kesihatan yang baik. Kurniakan kebijaksanaan kepada anakku dan terangkan hati anakku. Lembutkan hati anakku agar mudah menerima teguran. Lembutkan lidah anakku agar mudah menyebut kalimah Mu. Kami berlindung dibawah kekuasaan Mu. Amin..

 P/S: Harini,ummi sayang iman lebih dari semalam. Esok? Mesti lah lebih dari harini!  I LOVE U

Share this:

,

CONVERSATION

5 comments:

  1. alahaii, comey laa tgk pix iman nie...tak sabr aunty nak jumpa..nnt aunty nanad bg iman naik macam2 vehicle kita pegi zoo..nak x?? :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. iman seakan fobia dengar perkataan zoo..so,ummi kena carik 1buku baru untuk iman. Yang penting tiada kaitan dengan zoo. gara-gara setiap kali sebelum iman mandi,ummi ajak pegi zoo. iman fobia...ahahha...sabar ye aunty nanad. bln7 iman blk KL,kita hang out :P

      *ayat hang out merujuk kepada impian ummi..iman sebagai alat ummi nak hang out! ngeh ngeh ngeh*

      Delete
  2. hehehe. "mama mean serious, papa mean play"

    kita terbalik la erna, husband wawa yg terlalu ke depan fikirkan tentang mikhael. mcm2 dirancangnye. siap pesan lagi, "mikhael nanti jangan dimanjakan sangat, jangan mewahkan sangat dia dengan toys" wawa plak jenis cooool je.... kalau boleh segala benda nak di bagi kat anak ... hahahaha =D

    ReplyDelete
  3. ahhaha..camtu pulak? terbalik la kita ni ye?
    bukan tak sayang..bukan tak nak manjakan..tapi ada kebaikan kalau kita suami isteri kontra pendapat untuk kebaikan anak. mikhael..ada mama cool ^___^

    ReplyDelete
  4. Anak itu adalah kurniaan,nikmat,amanah dan perhiasan dari Allah kepada kita, oleh itu didiklah mereka seperti Nabi Muhammad S.A.W mendidik Ali, Fatimah Ez-Zehra dan menyayangi Hasan & Husin R.A kerena mereka adalah keturunan dan keluarga yang terbaik untuk diikuti ^_^

    ReplyDelete