Suntikan Imunisasi 5bulan

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Iman dah besar. Membesar meninggalkan masa kecilnya yang pasti dirindui oleh kami suami isteri. Sejak iman lahir dan sehingga hari ini..setiap kali kami suami isteri tengok iman tengah tidur lena, mesti kami sama-sama akan cakap.."kesian.." entah kenapa itu antara perkataan yang famous keluar dari mulut ummi dan babah. Syukur sebab iman masih di pinjamkan kepada kami suami isteri. Iman ni penyeri keluarga side erna dan suami. Sebabnya..iman adalah cucu sulung dalam keluarga kami berdua. Sana-sini nak iman. Untung jadi yang sulung dan pertama. Sama juga macam erna dan suami. Kami sama-sama menantu sulung dalam keluarga. Dalam keluarga suami, lagi best..erna yang pertama masuk dalam keluarga besar suami. Balik kampung pun ada bilik khas untuk kami sekeluarga. Orang lain semua tergolek-golek tidur ramai-ramai di luar. Mudah erna nak pam susu dan menyusukan iman sebab ada bilik khas untuk erna, iman dan suami =)

Semalam erna dan suami bawa iman ke klinik Azlini nak cucuk 5bulan. Suami cakap tak sanggup nak tunggu beratur panjang di klinik kesihatan kerajaan. Masa mengandungkan iman dulu, pernah juga erna ke kk nak check perut. Subhannallah..kul8 erna daftar, kul12.30 baru masuk bilik rawatan. Sejak tu, memang seriklah..suami pun tak sampai hati bila isteri terpaksa menunggu lama macam tu. Itu perihal kk di puchong. Kalau kk di perlis, ok lagi..tak ramai sanggat dan tak perlu tunggu terlalu lama..Berbalik pada cerita kami sekeluarga di klinik Azlini, orang tak ramai sangat..tapi boleh tahan jugak la masa terpaksa menunggu. Bila nama Iman Zikir dipanggil..kami masuk dalam bilik doktor dan terus ukur tinggi iman, timbang berat badan dan kena cucuk peha kiri.

Berdebar mulanya takut iman nangis. Babah pulak nak cabut keluar sebab tak sampai hati tengok iman kena cucuk. Erna paksa suami stay dalam bilik doktor teman iman kena cucuk. Terkejut erna bila..iman steady je kena cucuk. Langsung tak menangis. Terus ummi cakap.."iman good boy" Lega..bila iman tak menangis kena cucuk. Doktor ada bagi ubat demam. Tapi erna tak bagi pun ubat demam tu kat iman. Sebab iman tak demam pun..bagus anak ummi. Kuat! Detail terkini iman pada usia 5bulan;

Berat : 7kg
Panjang : 63cm

gembira menunggu giliran diklinik ^__^

Lena tidur dibedung ummi. Punca bedung sebab menangis tak lena tidur

Ini hobi paling digemari. Sampaikan reject puting palsu. Hisap jari sendiri lagi best kot

Ini antara cara melekakan iman dalam masa 10minit sahaja. Lebih iman tak layan T__T

Share this:

,

CONVERSATION

10 comments:

  1. Makin sihat iman..anak akak aku 10 bulan aritu baru 7.4kg je..:D Maybe sebab dia da start lasak and buas gerak sana sini. Tp still dalam range yg sesuai ikut berat masa lahir dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor memang ada tanya..berat masa lahir berapa. Senang doktor nak agak adakah berat sekarang ni sesuai atau tak..iman,doktor cakap ok :)

      Delete
  2. alysa pon tak pernah nangis lagi setakat nih bile kene cucuk...bagus, tak de la kite yang susah2 hati kan??hihihi...

    alysa skang dah tak lew letak ipad depan mata dia macam tuh...dia dah cepat je capai...tangan dia laju sangat...huhuhu...

    semoga iman membesar dengan sihat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ iera..semoga iman membesar sihat dan perkembangan baik-baik sahaja.

      Iman sebelum-sebelum ni akan menangis jugak sikit. Tapi kejap la..masa cucuk sebulan tidur bukan main lena masa nak cucuk tu. sebab tu rasa berdebar nak bawak iman cucuk masa 5bulan ni. Syukur tak nangis.

      BUat masa ni, kalau letak ipad tu, iman cool lagi.sebab masih belum boleh meniarap maju kehadapan. cuma bole meniarap dn berpusing 360darjah :P

      Delete
  3. same ngn naila...tp tk g checkup lg...patut last week tp super duper busy, tangguh la...esok baru chekup...tak sabar nk tgk berat die da bape...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu..erna ingat yang naila lewat beberapa hari je dari iman. sama umur mereka ni :)

      Delete
  4. dhia dh 5bulan jgk,mggu dpn bru g ccuk.. iman mmg good boy kn.. xnangis... iman kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula, ummi babah cuak jugak. takut kalau iman nangis. syukur iman cool dan tak nangis :) dhia pun sama umur dengan iman ye.. geng la mereka-mereka ni :)

      Delete
  5. Salam kenal, search kat gugel, suntikan bayi 5 bulan... kuar blog awak, terus terjah n baca, n komen! best!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi emma..salam perkenalan juga. nanti erna singgah rumah emma dan say hi ye ;)

      Delete