Dapat kerja. Syukur... ^___^

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...



Alhamdulillah.Al-kisah semalam terbangun lewat nak pergi interview. Sebab malam sebelumnya tidur lambat. Gara-gara iman kesayangan ummi tak nak tidur awal. kul4-5pagi baru iman nak tidur. Ummi tunggu subuh dan lepas solat konon nak tidur kejap. Last-last sedar dah terlewat. Kelam kabut rasa nak menangis bagitau suami tak nak pergi interview. sebabnya dah terlambat. malu la pulak nak pergi interview. Baju pun tak gosok lagi. Sijil-sijil pun tak siap bersusun. mana nak pergi interview. Suami call pujuk-pujuk suruh pergi je..mencuba nasib. Siapa tahu kalau ia adalah rezeki erna. Pakai baju baik yang tak perlu di gosok. Kemas fail lebih kurang dan terus drive menuju ke Hi-Tech Shah Alam.. Dah la sesat..siap HR call tanya, erna datang interview tak? Malu-malu kucing jawab..saya sesat ni..dari tadi sesat. padahal nak elak rasa malu lambat pergi interview =P Tapi masa tu memang erna dah ada kat shah alam. Cuma tak pasti tempat kat mana. Lepas diberi petunjuk jalan, erna pun menuju ke tempat interview..

Dah nama rezeki, semalam jugak balik je rumah dapat surat tawaran kerja. Perjalanan ke tempat kerja tak lah jauh sangat. nak lalu tol boleh..tak lalu tol pun boleh..Bermakna, minggu depan iman akan tinggal dengan nenek siang hari dan ummi akan kerja mencari sesuap nasik. huhuhu..Tidak pernah terfikir akan menyandang jawatan itu. Kerana cita-cita asal erna lain. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik dan dedikasi..Rezeki berpihak kepada ku. Alhamdulillah....

#Persediaan kenduri iman hujung minggu ni berjalan rancak. Semoga apa yang dirancang menjadi dengan baik..Lagi satu, tengah study macam mana nak menyediakan bekalan fresh untuk iman setiap hari. Kerja-kerja juga..iman tetap menjadi keutamaan. Ini rezeki untuk Iman juga :)

Share this:

,

CONVERSATION

4 comments:

  1. tahniaaaah...betul2 kndri kesyukuran esk..
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..itulah. betul2 kenduri kesyukuran kan kan :)

      Delete
  2. wahh bestnya..rezeki berpihak..harap mila pun brpeluang rezeki cmni..dilema ngah mncari kerja skrg..sob2~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah mila. kalau dah rezeki kita kan.. :)
      semoga cepat dapat kerja mila :)

      Delete