SELAMAT ULANGTAHUN PERNIKAHAN KEDUA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

23 Julai 2011 - 23 Julai 2013

Sejak akhir-akhir ni rasa sangat bz. Tak sempat nak update blog. Sedangkan terlalu banyak nak berkongsi cerita di sini untuk kenangan hari esok. Entry kalini khas untuk Ulang Tahun Perkahwinan kami suami isteri. Ulang Tahun Perkahwinan ke-2. Alhamdulillah..dah 2 tahun kami hidup sebagai suami isteri. Seingat erna, lebih kurang 2 minggu usia perkahwinan kami, erna dah lewat period dan selalu demam bila menjelang ke malam. Badan rasa suam-suam. Siang hari, elok je. Tak pulak badan suam ke panas ke. Bila suami bawa ke klinik, terus doktor suruh buat urine test. Kami pergi klinik kerajaan dan juga ke klinik swasta. Result positif. Macam tak percaya..memang awal sangat rasanya. Itu adalah rezeki terbesar dalam perkahwinan kami. Syukur alhamdulillah..

Dalam tempoh 2 tahun perkahwinan ni, terlalu banyak suka, duka, pahit, manis, susah dan senang yang kami lalui bersama. Perkahwinan kami bukanlah perkahwinan yang di rancang. Semuanya berlaku sekelip mata. Persiapan pun ala kadar dan alhamdulillah majlis berjalan lancar. Impian ibuayah tercapai. Perkahwinan serba sederhana dan masih teringat lagi kata seorang sahabat.."inilah perkahwinan sederhana. Aku suka. Semoga mendapat rahmat dari Allah.."

1- Berbekalkan 1 baju perkahwinan purple itu..kami pakai untuk majlis nikah dan juga makan-makan.
2- Akad nikah di masjid dan majlis makan-makan di dewan masjid. 
3- Jurugambar biasa-biasa sahaja. Tak ada pun album gambar berat dan besar. hehe
4- Tak naik pelamin =)

Alhamdulillah takdir Allah siapa boleh halang? Walaupun sebelum perkahwinan kami dan sepanjang pertunangan kami, besar ujian yang kami lalui. Atas ujian lalu juga membuatkan erna semakin bersungguh-sungguh untuk jadi isteri terbaik dan erna yakin, suami kurniaan Allah ini adalah pasangan hidup terbaik untuk erna. Perancangan Allah lebih molek dari perancangan kita sebagai manusia.

Sekarang ini, saat ini..kami bahagia dengan rezeki dan amanah Allah yang tiada tara nilainya. Muhammad Iman Zikir penyejuk hati kami. Awal-awal kehamilan, risau betul kalau ada mulut-mulut sumbang nak kata itu ini. Yela..baru 2minggu kahwin, dah di sahkan hamil. Perkahwinan pada waktu subur la katakan. hihihi.. Syukur..Allah tak beri sesuatu saja-saja. Allah beri sesuatu itu bersebab. Maka bersebab Allah cepatkan jodoh kita. Percepatkan rezeki anak untuk kita. Apa sahaja yang Allah takdirkan, apa sahaja yang Allah beri, memang bersebab. Sebab Allah maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya. (Ini bukan tunjuk pandai tau! Nanti ada pula yang cakap kita ni pandai berdoa di muka buku, berdoa dalam blog. Bukan macam tu ye..jangan salah paham! ) Walau macam mana kita cuba block dan hidden kenangan lalu, ia tetap ada dalam sejarah dan kamus hidup kita. kalaupun berjaya tipu manusia sekeliling kita, kita tak boleh tipu diri sendiri =)

Bersusah payah macam mana pun kami, iman adalah keutamaan pada kami suami isteri. Iman bukan sahaja kesayangan kami berdua, malah menjadi kesayangan kedua belah keluarga. Iman segalanya pada kami berdua. Iman pengikat kasih kami. 

Tak ada pun copy apa-apa gambar. Cd pun tak boleh nak baca sekarang.
Hanya ini yang menjadi simpanan kenangan cerita hari perkahwinan kami.


Alhamdulillah Ya Allah untuk Takdir hari ini. 
Bersebab dia adalah suami ku. Bersebab juga berlaku segala kisah 2 tahun lalu. 
Harini, hidup indah dengan segala nikmat serta rezeki melimpah ruah dari Mu.
Semoga aku tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur. Amin

Terima kasih suami menerima ku seadanya..
Terima kasih untuk kasih sayang tidak terhingga.
Terima kasih untuk sokongan serta berkongsi kesusahan bersama.
Semoga Allah sentiasa memelihara mu wahai suami.

ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

,

CONVERSATION

11 comments:

  1. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Erna semoga bahagia disamping suami dan anak :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous25 July, 2013

    Selamat pengantin baru 2 tahun erna! :)

    Moga kekal bahagia..

    ReplyDelete
  3. hehe...stakat ni jmpa erna n umi qi date nikah kita sama!yeyyyyy!happy anniversary dear

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.bia lah xde album custom made ke.hard cover ke,tapi saat dinikahkan itu sgt segar di ingatan kan =) happy Annyversary.

    ReplyDelete
  5. Happy Anniversary friend! :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. selamat hari ulangtahun perkahwinan.. fifi punye majlis pon simple.. persiapan 44 hari sebelum.. padahal kursus kahwin semue tak pergi lagi.. majlis sederhana.. same macam erna.. takde palamin.. majlis buat dekat rumah je..

    ReplyDelete
  7. salam kenal & happy anniversary :)

    ReplyDelete
  8. Selamat ulang tahun perkahwinan dear...sungguh mata umi Qi x berkelip2 tgk erna cantik sgt dihari bahagia tuh....kalo x pakai cermin mata mmg lawa sgt...weeeeeeeeeee kita berkongsi hari bahagia sama2...2 minggu lepas kahwin dah positif ye...waauuuu best yer dpt rezeki awal...Umi Qi lepas 5 bulan kahwin baru dpt rezeki baby...lewat kan? Itu pun dah menangis 2 tau ingat diri umi ada masalah ruper2 yer ada dah baby hehehhe

    ReplyDelete
  9. happy anniversary erna n husband..
    bahagia until jannah..
    btol kata ju, kamu bertambah cantik if tak pakai cermin mata =)

    ReplyDelete
  10. selamat ulangtahun erna dan suami.benar perancangan Allah terbaik utk kita..sy pun macam erna.perkahwinan yg tak dirancang,takde gak jurugambar album besar dan berat..Alhamdulillah bahagia smp sekarang dh ada anak dua.hiks..

    ReplyDelete