Tanda-Tanda Dan Gejala Putus Haid (Menopause)
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Anda semua biasa dengar menopause kan? Kebiasaannya kita menghubungkaitkan menopause dengan putus haid. Sedangkan terlalu banyak lagi perkara yang kita perlu ambil tahu mengenai menopause apabila ianya berlaku ke atas seorang wanita. Gejala atau tanda-tanda menopause ini boleh kita perhatikan pada wanita berumur yang paling hampir dengan kita. Contohnya ibu kita atau mungkin majikan kita yang sudah berumur. Selain itu, menopause juga boleh berlaku pada wanita yang lebih muda usianya daripada 50-an. Jom kenali gejala menopause.
Apa itu menopause?
* Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
* Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
* Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap
Bila menopause berlaku?
Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.
Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?
Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :
* Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
* Penyakit-penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
* Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
* Jangkitan viral
* Kebanyakan sebab-sebab masih belum diketahui.
Apakah tanda-tanda menopause?
Tanda tanda menopause terbahagi kepada:
1. Gejala vasomotor
* Panas dan kemerahan dimuka
* Berpeluh
* Denyutan jantung yang laju
* Serangan kegugupan (panik)
* Susah tidur
2. Gejala mental
* Emosi yang berubah-ubah
* Suasana perasaan yang berubah-ubah
* Keletihan
* Kurang daya ingatan
* Mudah tersinggung
* Kurang daya seks
3. Gejala saluran kencing/Urogenital
* Kekeringan faraj
* Kerap kencing
* Kencing tidak terkawal
* Tulang menipis (osteoporosis)
* Ketinggian badan mengurang
* Kepatahan tulang
5. Lain-lain gejala
* Kulit menipis ( atrophy )
* Kehilangan anjalan kulit
* Kulit kering
* Rambut bertambah gugur
* Mudah mendapat ruam
85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka (hot flush)
* Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
* Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
* Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
* boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.
Apakah komplikasi-komplikasi menopause?
* Penyakit jantung
* Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapoh )
* Angin akhmar ( stroke )
Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:
* Makanan berkhasiat
* Elakan merokok
* Selalu bersenam
* Berfikir secara positif
* Melakukan pemeriksaan Pap Smear
* Melakukan pemeriksaan payudara
credit: http://www.infosihat.gov.my/
Ini untuk wanita yang putus haid |
GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause. Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?
1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.
2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.
3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.
4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.
5- Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.
Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause.
Testimoni daripada pengguna,
Testimoi untuk wnaita menopause |
0 comments:
Post a Comment