Pemilihan Pam / Breast Pump
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Anak dah umur setahun 18hari, erna rasa terpanggil nak berkongsi sesuatu yang suatu masa dahulu sering menggangu tidur malam dan juga mengganggu hari-hari erna. Wah..bunyik macam serius je kan? Tapi, memang serius pun..hal ini memang buat suami pun turut pening kepala sama memikirkannya. Masalah erna, masalah suami juga ^__^ Ok, apakah yang terlalu serius hingga menggangu erna suatu masa dahulu?
Pemilihan Pam / Breast Pump
Ye! Memang bermula dari awal kehamilan iman, erna dah mula berfikir-fikir apakah breast pump yang erna nak minta suami belikan. (Masa ni terpaksa minta suami yang beli..isteri masih study..mana ada pendapatan. hehehe ) Pernah suatu hari tu, masa rehat..erna dan munir tak balik ke hostel. Sebab gap waktu antara kelas sangat singkat. Memang tak berbaloi kalau kami balik. So, kami solat kat surau yang berhampiran dengan kelas petang. Masa tu, ada seorang lecturer yang tengah kusyuk set-up breast pump. Erna dari jauh terintai-intai. Last, sebelum keluar dari surau..singgah kat tempat lecturer tu mengepam dan tanya.."puan buat apa?." (walaupun tau puan tengah pam susu. sibuk nak tanya. hehe)
"pam susu untuk baby saya" erna tanya lagi.."puan guna pam brand apa?" lecturer jawab.."Madela Free Style" - end
Perlukah ibu yang nak menjayakan penyusuan selama 2 tahun beli Breast Pump?
Sebenarnya breast pump adalah suatu alat yang membantu ibu-ibu dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu. Bukanlah suatu keWAJIBan bagi ibu-ibu yang nak menyusukan anak, beli breast pump. Tapi, dengan adanya breast pump ini, ibu akan rasa lebih mudah. Ini adalah pendapat peribadi erna ye. Tetapi, ada juga ibu yang hanya menggunakan teknik marmet untuk memerah susu dan boleh kumpul stock susu yang banyak. Apa pula teknik marmet ni? BOLEH REFER SINI UNTUK TEKNIK MARMET.
Soalan femes erna terima daripada bakal-bakal ibu adalah, "Erna, nak beli pam brand apa ye?"
1- Beli breast pump mengikut keperluan anda
Jika anda seorang suri rumah..tiada masalah untuk beli breast pump jenis elektrik ataupun manual. Cuma, ada ramai yang cakap manual memenatkan. Tapi, ada juga ibu yang selesa dengan breast pump manual.
Jika anda bekerja sepanjang hari dalam office, boleh la anda beli breast pump jenis elektrik sahaja. Contohnya, Spectra3.
Jika anda bekerja tidak tentu lokasi, maksud erna kadang perlu bekerja ke luar daerah, adalah sangat penting untuk anda beli breast pump yang mudah alih. Contohnya yang femes sekarang ni Rumble Tuff. Boleh gunakan elektrik, boleh gunakan bateri, boleh juga manual. Best kan? Macam erna, guna Ameda. Ameda mempunyai 2 funtion sahaja. Ia itu menggunakan elektrik dan juga bateri.
2- Manual atau Elektrik?
Ini pula tengok pada nature of work anda. Jika anda kerja selalu sibuk..pendapat erna, lebih mudah jika beli breast pump jenis elektrik.
Jika banyak waktu senggang di pejabat, maksudnya tidak terlalu busy dan biasa-biasa sahaja, tiada masalah jika anda beli breast pump manual.
3- Double atau Single Pumping?
Pendapat erna, seeloknya beli yang double pumping. Breast kita di rangsang secara serentak dan juga menjimatkan masa. Tapi, tiada masalah jika single pumping yang menjadi pilihan. Cuma perlukan lebih masa dan tenaga. Sekarang ni pun, dah ada orang yang upgrade pam single pumping kepada double pumping. Hebat betul ibu-ibu sekarang ni.
4- Budget
Haaa yang ni sangat-sangat penting. Jangan la kita nak sangat yang mahal-mahal. Mahal tak semestinya menghasilan susu penuh satu botol. Murah pun begitu juga..tak semestinya yang murah, hasil susu pada dasar botol sahaja. Belilah ikut kemampuan sebab ada banyak lagi keperluan lain yang perlu di ambil kira. Sekarang ni dah banyak orang yang jual breats pump secara set bersama keperluan lain seperti, cooler bag, ice pack, beg untuk simpan pam. Semua ni memudahkan ibu-ibu. So, bijak memilih. Jangan paksa-paksa suami nak yang mahal. hehehe
5- Ilmu.
Ini adalah sangat penting ye ibu-ibu. Kalau dah sedia segala kelengkapan untuk mengepam susu dan kelengkapan untuk menyimpan stock susu..tapi ibu tiada ilmu penyusuan. Sukar juga ye..harap, ibu menggali ilmu penyusuan bukan sekadar servey breast pump yang terbaik. Ilmu adalah sangat penting sebelum membuat keputusan untuk menyusukan anak secara ekslusif walaupun anda keluar bekerja. Besar cabaran jika dada tidak di isi dengan ilmu penyusuan.
Harapan erna, entry ini membantu bakal ibu dan anda yang masih memikirkan adakah perlu beli breast pump untuk menjayakan misi penyusuan selama 2tahun.
Di bawah ini erna sediakan beberapa link yang berkaitan ye..
Motivasi supaya rajin-rajin Power Pumping bila susu merudum
Alhamdulillah dan motivasi untuk terus mengepam.
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Alahaiii rindu plak zaman mengepam ni heheheh..masa dayyan mmg rutin laa kat opis dok mengepam...yg seronok sbb geng ramai hehehehe
ReplyDeleteRindu pulak zaman mengepam ni. Dah lama tinggal.
ReplyDeletePam pun selama 2 bulan je.
hai.. nengok ebm ni makin berdenyut miss B.. xsabar nak buat betul2 2nd baby ni.. hihi
ReplyDeletepemilihan breast pam yg bagus memang akan hasilkan kuantiti susu yang lebih byk dan tak sakit...bagus perkongsian nie n TQ for sharing...:)
ReplyDeleteakak gn masa dihospital jer dll....
ReplyDeletepump pertame fifi unimom mezzo.. due minggu sebelum masuk kerje beli spectra 3.. bile anak da setahun.. up ke medela free style.. semue ade pro and connye..
ReplyDelete