HOBI BARU IMAN

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sekarang ni my genius iman dah ada hobi baru. Sebelum ni memang iman suka sangat pada hp. Suka hp ummi dan hp babah pun sebab nak tengok video lagu-lagu. Cume semenjak dua menjak ni..kami suami isteri perasan yang iman akan ambil hp,remote tv atau remote astro dan letak kat pipi..pastu dia akan membebel-bebel. Konon-konon tengah bercakap guna hp. Haha..memang sungguh lawak dan sungguh buat kami suami isteri bahagia tengok iman beraksi macam tu. Kalau erna call ibu, iman pun sibuk-sibuk nak juga. Tarik-tarik tangan ummi yang pegang hp sebab dia pun nak sibuk cakap dengan nenek. Ada video yang erna sempat ambil semalam. Itupun hampir-hampir tak ambil video sebab leka sangat tengok iman. Pastu babah iman suruh erna cepat-cepat ambil video dan bolehla simpan jadikan kenangan..


Maaf sebab kualiti video kurang memuaskan. Satu, memang la sebab yang amik video ni bukan orang profesional..Keduanya..kami suami isteri menahan diri daripada gelak kuat sebab nanti iman stop pulak aktiviti dia bercakap dan membebel tu. So, tergegar-gegar la tangan erna ni menahan diri dari ketawa. Iman memang sangat banyak cakap..iman belum berjalan lagi. Tapi, cakap sangatlah..banyak. Pot pet pot pet. Kadang tu jelas apa yang dia cakap..kadang tak berapa jelas dan hanya iman je faham apa yang dia cakap.

Sekarang erna dah start bagi iman makan Omega Guard Shaklee. Sebab iman dah setahun kan. Seminggu erna bagi satu kapsul je. Sukatan paling minimum untuk iman. Erna picitkan minyak ikan atas sudu dan suapkan iman makan. Bila suap, iman buat muka pelik. Tapi, dia relax je telan. Ini salah satu ikhtiar erna untuk berikan iman pemakanan yang sihat dan makanan tambahan yang erna pilih untuk iman adalah yang erna yakini keberkesanannya. Sebab minyak ikan sangat baik untuk perkembangan otak anak. Sejak iman dalam kandungan lagi erna memang makan minyak ikan ataupun Omega Guard. 

Semoga Allah kurniakan iman kesihatan yang baik dan kebijaksanaan yang tinggi. Amin


Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

1- IBU HAMIL
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
- Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
- Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

2- IBU MENYUSU
- Menyalurkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

3- KANAK-KANAK
- Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
- Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit. batuk, selesema, asthma
- Memperkuat sistem imunisasi badan

4- MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH BERAT BADAN
- Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

5- SERING MENGALAMI MASALAH KESIHATAN
- Batuk berkahak, selesema berterusan
- Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
- Sakit Stroke

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment