Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah..syukur walaupun umur iman harini dah mencecah 1 tahun 3 hari, iman masih minum susu ummi. Kalau tidur malam tak ada nenen..memang tak boleh tidur la dia. Sejak erna full time bekerja dari rumah, lagi laaa iman dah pandai reject botol. Nak nenen! Kalau erna terpaksa tinggalkan iman, iman tinggal dengan nenek. (ibu erna) Nenek cakap, iman akan minum susu kalau dah maximum tahap haus melampau. Iman lebih rela minum air kosong guna sippy cup dia daripada minum susu dalam botol. Hebat betul anak ummi ni. Pandai memilih nipple. Nak yang ori sahaja! Bijiak bijak..
Macam-macam la di kecam bila ada suara-suara yang cakap..erna ni obses susu ibu. Owh..sangat obses ok! Memang mengaku obses susu ibu. Kalau kita nak obses pada sesuatu dan benda tu mendatangkan faedah pada kita adalah sangat bagus kalau kita obses =) Obses sahaja tak cukup ye kawan-kawan..obses erna ni disertai usaha tahap tertinggi dan selebihnya mohon dari Allah agar obsesi erna ni Allah izinkan. Yela kalau obses tapi tak usaha tak guna. Kalau obses dan usaha..tak berdoa minta dari yang ESA, rasa tak berkesan juga. Kesimpulannya..tepuk pipi masing-masing dan lihat serta pandang wajah bayi kesayangan anda semua. Tak dapat nak gambarkan perasaan erna bila iman dah pandai selak sendiri baju ummi..tarik-tarik bra nak mintak nenen. Sungguh emak-emak emosi yang dirasai saat itu dan saat sedang menaip entry ini.
Jom erna nak berkongsi beberapa Mitos Penyusuan Susu Ibu.
1) Susu kering - Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.
2) Luka - Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.
3) Penyebab sakit kuning - Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.
4) Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah - Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.
5) Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat - Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.
6) Makan banyak untuk hasilkan banyak susu - Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.
7) Bagi bayi air masak - Tidak benar! Susu ibu akan berubah suhu mengikut cuaca supaya ia mampu menghilangkan dahaga pada bayi. Ibu boleh lihat pampers bayi dan check kuantiti air kencing untuk mengetahui bayi dapat susu mencukupi atau tidak.
8) Urut puting sebelum menyusukan bayi - Payudara seorang wanit telah dicipta secara semulajadi untuk susu kan bayi. Mengurut puting hanya menambahkan sakit pada puting.
9) Mesti susukan bayi dengan kedua-dua payudara - Cara ini memang akan seimbangkan payudara. Tapi, seeloknya beri bayi minum susu pada satu payudara sehingga bayi sendiri melepaskannya. Ini ada kaitan dengan hindmilk dan foremilk. (boleh rujuk entry erna yang dulu)
10) Banyak susu bergantung pada size payudara - Sangat tidak tepat! penghasilan susu dapat bertambah dengan usaha serta tindakan yang betul. Bukan mengikut size payudara.
11) Bayi minum botol akan kembung perut - Bayi minum susu ibu pun terdedah dengan masalah kembung perut. Bergantung pada pemakanan si ibu. Tidak semestinya minum guna botol sahaja yang akan kembung perut.
12) Mula kerja stop susu badan - Silap! Dari dalam pantang dah boleh mula buat stock dan ibu boleh mengepam di office walaupun anak ditinggalkan ketika keluar bekerja.
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
suke erna dedahkan pasal mitos ni. terutama psl air masak tu.
ReplyDelete