TIPS HADAPI CABARAN DALAM PENYUSUAN DARI ORANG SEKELILING-VERSI ERNA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ingat lagi tak ENTRY CABARAN DALAM PENYUSUAN? Dalam entry tu, erna janji yang erna akan share apa yang erna buat dalam menghadapi cabaran untuk menjayakan misi penyusuan lengkap selama 2tahun iman. Memang banyak cabaran yang akan kita temui. Tapi, erna rasa cabaran yang paling melemahkan para ibu adalah cabaran daripada orang sekeliling. Memang ramai yang menyokong penyusuan susu ibu. Tapi ramai juga yang kurang ilmu mengenai penyusuan susu ibu dan terpedaya dengan mitos-mitos dalam penyusuan susu ibu ni. Sebab itu, erna selalu tekankan pada bakal ibu..apa yang paling penting bila berniat nak susu kan anak..ilmu penyusuan. Ilmu penyusuan adalah sangat penting. Jadi, bila ibu menghadapi apa juga cabaran..ibu hanya tersenyum dan istighfar menghadapi cabaran dengan tenang.

Ok, apa yang erna buat ye?

1- Niat dan Ilmu Penyusuan

Ini adalah perkara pertama dan perkara paling asas perlu ada pada semua ibu-ibu. Niat perlu kuat. Perlu jelas kenapa kita berniat nak susu kan anak dengan susu ibu. Ilmu penyusuan pula merangkumi semua segi. Perlu ambil tahu macam mana nak handle ebm. Perlu tahu apa antara cabaran yang biasa dihadapi oleh ibu dalam pantang. Perlu tahu cara nak hadapi cabaran-cabaran yang tidak terduga. Jadi, kita tak akan panik dan sentiasa bersedia sepanjang berpantang nanti. Biasanya ibu gagal menyusukan anak bila dari dalam pantang ibu dah kalah dengan cabaran-cabaran yang ada.

2- Yakin dan Jangan cepat mengalah

Tak kisah apapun orang sekeliling cakap..erna tetap tekad dan kuatkan semangat. Bila ada yang cakap iman nangis tak cukup susu, erna senyum..erna yakin iman cukup susu. Cuma ada beberapa punca lain yang menyebabkan iman nangis. Contoh paling jelas, iman bukan tak cukup susu.. tapi iman suka dan selesa bila ummi sentiasa dukung iman. Iman selesa bila ummi peluk iman. Apa yang erna nak sampaikan disini, sebagai ibu..jangan cepat mengalah. Jangan..bila orang sekeliling cakap baby kena minum air masak, kita ikut..walaupun tahu benda tu salah. Tapi kita turutkan..sebab tu ibu perlu kuat dan jangan cepat mengalah!

3- Mentor

Erna sendiri ada mentor dalam perjalanan nak menjayakan penyusuan iman. Even sampai sekarang kalau ada apa-apa yang kurang pasti erna akan rujuk Puan Aznor. Puan Aznor adalah pensyarah yang erna maksudkan dalam entry sebelum ni. Puan Aznor yang erna nampak tengah mengepam susu dalam surau. Bila erna mengandungkan iman..erna banyak tanya itu ini dari Puan Aznor. Sepanjang iman di NICU selepas erna lahirkan iman..boleh di katakan selang 2hari atau setiap hari erna ber'sms dengan Puan Aznor. Tanya itu ini. Tak kisah dalam apa juga yang kita buat..jika bermisi..biar ada mentor. InsyaAllah kita akan berjaya.

4- Support dari Suami/Mak

Awal kehamilan erna memang dah nyatakan hasrat pada babah iman yang erna nak susu kan iman dengan susu ummi. No formula milk. Suami memang ada cakap..kalau susu tak ada macam mana? Erna tegas cakap.."ada..susu ada..jangan la cakap tak ada..belum lahir iman lagi dah cakap tak ada..susu ada..doa la susu ada.." selalu la kami berbual macam ni. Kita sebagai ibu ada 9bulan nak bercerita dengan suami kebaikan susu ummi. Penjimatan beribu ringgit bila anak minum susu ibu. Memang mula-mula babah iman tak ambil serius sangat. Babah tak bantah. Tapi biasa-biasa saja. Sampaikan erna buat keputusan untuk daftarkan nama kami berdua attend kelas susu ibu. Balik dari kelas penyusuan dengan Dr.Ning (pakar laktasi) terus babah ajak pergi beli pam susu dan kelengkapan penyusuan untuk iman. Kenangan betul..sebab tu adalah sangat penting sokongan dari suami.

Ibu pula..sejak iman dalam perut, erna dah cerita itu ini pasal susu ibu. Sebab ibu yang akan jaga erna dalam pantang. So, erna bagi juga ilmu penyusuan pada ibu. Sekarang ni..ibu adalah orang yang paling hebat dan erna percaya untuk handle ebm iman. Ibu yang susun atur stock susu iman dalam deep freezer. Sebab deep freze ada kat rumah ibu. So, susu iman semua simpan kat rumah ibu. Dalam pantang, erna pam susu, ibu yang akan ambil susu dan siap tulis masa serta tarikh untuk di simpan sebagai stock. See..? betapa pentingnya kita nyatakan hasrat serta niat baik nak susu kan anak kita pada orang sekeliling. Kalau boleh..biar mereka tahu dari awal. Jangan dalam pantang kita dah bengkak susu semua baru nak cerita. Memang lagi besar cabaran untuk kita.

5- Bahan ilmiah

Sebelum iman lahir erna dah kumpul beberapa bahan ilmiah. Siap sedia nota macam mana nak handle ebm. Excited betul nak susu kan iman. hehehe. Dinding rumah dan bilik..erna tampal dengan poster-poster berkaiatan susu ibu. Pintu masuk bilik pun erna ada tampal info bekaitan susu ibu dari sudut pandangan islam. Sekurang-kurangnya kalau ada cabaran dari luar..mereka akan faham betapa pentingnya susu ibu =)

Ini erna tampal di laluan ke dapur

 Ruang Study Erna

Doa yang di amalkan hingga harini

 Ini pula boleh tampal di peti sejuk. 
Hari pertama dan hari kedua saiz perut baby sebesar buah ceri ataupun sebiji guli sahaja.

Firman ini erna tampal di pintu bilik

P/S: Jangan kita hentikan penyusuan hanya kerana tidak tahan dengan cabaran-cabaran dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Kesian anak kita. Berikan hak mereka dan kita sebagai ibu perlu tegas dengan pendirian kita. Segalanya untuk anak yang kita kandungkan 9bulan. Usaha sehabis daya..InsyaAllah dipermudahkan urusan kita.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

3 comments:

  1. btul tu..yang penting orang diri kita dlu.. kemudian orang sekeliling... suami dan mak mil pun selalu support BF.

    ReplyDelete
  2. semangat sy nak fully bf..doakan sy..terima kasih kerana semangat dr enti ini..:)

    ReplyDelete
  3. Mentor aku adalah ko..hihihi..tq selama ni bagi info advise etc..Alhamdulillah Mak aku pn memang selalu attend breastfeeding talk kat tempat kerja..so takde masalah kat situ..wan plak memang hari2 aku dok berzikir dari pregnant sampai skang..sampai le da weaning ni aku dok print out nape itu ini xboleh bg kat baby..yang penting aku pape mst tanya ko..mekaseyyy!

    ReplyDelete