Kata-Kata Motivasi Untuk Ibu Terus Bersemangat
Hi ibu. Singgah mencari kata-kata motivasi ya? Ibu rasa burnout? Ibu tak bersendirian. Sebab erna juga pernah melalui perkara yang sama. Sungguh ibu tak bersalah pun bila timbul rasa penat, sedih, letih seperti sekarang ini.
Pengalaman 11 tahun erna menjadi surirumah sepenuh masa. Menguruskan 5 orang anak. Menguruskan rumahtangga dan dalam masa yang sama, menguruskan bisnes Shaklee bisnes terbaik untuk surirumah macam kita. Bukan sekali dua rasa burnout tu. Banyak kali.
Jadi jangan ibu rasa bersendirian. Ibu tak pernah sendiri. Jangan rasa bersalah dengan perasaan ibu sekarang sebab ianya dilalui dan dirasai oleh semua ibu. Tidak kiralah surirumah atau ibu bekerjaya.
Erna kongsikan beberapa kata-kata motivasi buat ibu..bacalah dengan hati ya ibu.
menjadi seorang ibu itu tidak mudah.
Mulai hari ini abaikan suara yang menggoyahkan perjuangan mu.
Suara itu tidak perlu diberi ruang untuk mematahkan semangat mu.
Kamu tidak harus kecewa. Ibu perlu kuat.
Ibu. Ibu. Ibu.
Jika tidak menjadi ibu itu suatu penghormatan, tidak akan Rasulullah menyebut 3 kali tanda kemuliaan.
Ibu, kuat lah.
Ibu biar sejuta orang mengkritikmu.
Hakikatnya kamu tahu, kamu sudah buat yang terbaik. Teruskan perjuanganmu ibu.
Anak-anak tidak pernah minta untuk dilahirkan. Ini adalah pilihan yang kita buat untuk membawa mereka kedunia ini. Itulah sebabnya kita perlu kuat dan perlu mengubah hidup kita untuk mereka.
Terkadang kita rasa hidup sebagai ibu sangat meletihkan, hingga tak mampu diungkapkan dan tidak terluah kepada sesiapapun. Rupanya hanya perkara kecil sahaja yang menyerabutkan otak, kita terlalu overthinking. Akhirnya kita yang terseksa.
Ada banyak sekali ibu yang sebenarnya jiwanya itu sudah mati tetapi terlihat baik-baik sahaja. Dia tetap melakukan rutin hariannya seperti biasa. Bahkan mengutamakan keluarganya. Tapi tiada seorang pun tahu begitu hancur dan rabaknya mental ibu. Jika kamu ibu itu terus kuat dan jangan mengalah.
Semoga penat ibu niatnya kerana Allah akan mendapat syurga. Teruslah kuat wahai ibu. Penat lelah resah gelisah itu hanyalah sementara.
Ada beberapa vitamin Shaklee yang membantu erna dalam menguruskan emosi erna dengan lebih baik.
B-COMPLEX
Jika anda berminat anda boleh hubungi erna. Erna menerima sesiapa sahaja join komuniti sihat cantik bisnes shaklee erna. Tidak kira samaada anda seorang surirumah, pelajar, ataupun sedang bekerja dan berhasrat mencari pendapatan sampingan bersama Komuniti Bisnes Shaklee.
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleePuchong
0 comments:
Post a Comment