TESTIMONI SET KEHAMILAN SHAKLEE

Erna memang seorang yang disiplin makan vitamin, Jarang sangat culas makan vitamin. So, erna teruskan je makan vitamin seperti biasa. Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, minum ESP, ini memang rutin erna. So, erna teruskan je seperti biasa.


PANDAI RANCANG JARAK ANAK

Masa doktor tengah soal soal sikit pasal kandungan sebelum ni nak tulis dalam Antenatal Card erna, doktor cakap, "pandai awak merancang. 2012 2014 2016 ni baby 2018 pula " 

Dalam hati erna, doktor ni tak tahu aku tak ready sebenarnya. hahaha 

VITAMIN KETIKA HAMIL

Sebelum hamil, erna memang pengamal vitamin B Complex, Vitalea, Vitamin C secara konsisten setiap hari makan. Vitamin B Complex, jika terlalu letih dan mood tak berapa cun, erna akan makan 2-4bj vitamin B Complex. Jika nak tahu, sebelum hamil..vitamin B Complex bertindak melancarkan darah dan hormon serta meningkatkan kesuburan wanita. 


Jadi kepada pembaca semua...jangan abaikan pengambilan vitamin B Complex, Vitalea (Multivitamin), Vitamin C dan juga ESP ye. Serius ini penting.

Ambil vitamin ni seelok-eloknya 6bulan sebelum hamil. 


1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)


Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.



Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Membantu ibu untuk menstabilkan bacaan HB. 



Pengambilan Vitalea bersama Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum. Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium dapat mengganggu penyerapan zat besi. Selepas sarapan setiap pagi, erna akan ambil Vitalea bersama Vitamin C serentak.



2) Sustained Release Vita-C


Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Sistem imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Sebiji vitamin C shaklee 553mg adalah bersamaan dengan 6 1/2 biji buah oren. Sanggup ke kita ni nak makan buah oren sampai 6biji sehari? 



Uniknya vitamin C Shaklee pula ia berteknologi pelepasan bermasa. Itu yang di panggil Sustained Release Vita-C. Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah. Kalau semua vitamin C yang kita makan terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu, badan kita tak dapat khasiat vitamin C yang kita makan, sepenuhnya sepanjang hari.



3) B-Complex


Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. 8kumpulan Vitamin B yang di maksudkan adalah, thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin. 



B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Selain itu, untuk mambantu mengurangkan morning sickness ibu hamil pada trimester 1. Bcomplex juga menukar gula dalam badan kepada tenaga. Jadi, pastikan makan bcomplex selepas makan ye. Adalah gula yang akan bertukar kepada tenaga dan kita pun cergas je sepanjang hari. 



Owh ye..lagi1 nak bagitahu ni..riboflavin dalam B kompleks tu la yang memberikan warna kuning fluorescent pada urin dan susu ibu. Jadi, jangan risau bila makan bcomplex dan buang air jadi warna kuning sangat. Kena banyak minum air masak urin akan putih macam biasa.



4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)



ESP mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh badan. Merupakan non-GMO soya iaitu pembersihan soya tidak dilakukan dengan alkohol. Ia mengenyangkan dan merupakan sumber pemberi tenaga yang segera. Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. 



Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 



Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.



ESP sangat membantu erna kerana erna masih menyusukan iman walaupun hamil. ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.



5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)


Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu.



Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.



Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

Sebenarnya banyak lagi produk Shaklee yang Erna makan. Nanti erna akan kongsikan dalam entry yang lain. Jemput baca testimoni pengguna lain yang memang dah jatuh cinta habis dengan produk Shaklee. Boleh KLIK SINI BACA SENDIRI PERKONGSIAN ALIMAH. Seronok baca testimoni pengguna lain yang dapat improve tahap kesihatan kepada tahap yang lebih baik lagi dari sebelumnya.

Nak makan produk Shaklee? 
Nak daftar ahli Shaklee? 


Walau hanya buat secara part time, niat yang baik, korang niat bantu lebih ramai orang untuk sihat badan dan sihat kewangan. InshaaAllah ada bahagian pahala juga untuk korang. 

Jika berminat boleh wasap erna ye. Erna berbesar hati nak ramai wanita terutama yang surirumah, pelajar ataupun anda wanita bekerja boleh tambah pendapatan dengan berkongsi kebaikan produk Shaklee. Dalam masa sama kita dapat CASH. Paling best dapat makan Vitamin Shaklee percuma. 

Boleh hubungi erna disini ðŸ˜˜ðŸ’•

#NextLevelBlogging
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee 
#shakleepuchong
#codpuchong
#espshaklee
#vitamincshaklee 
#vivixshaklee 

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment