Tips Mulakan Amalan Gaya Hidup Sihat
Sejak kecil lagi kita biasa baca dan dengar mengenai Gaya Hidup Sihat. Apa yang anda faham mengenai Gaya Hidup Sihat?
"Gaya Hidup" pada pendapat erna merangkumi seluruh kehidupan harian kita. Termasuklah aktiviti harian, pemakanan, pemikiran dan apa sahaja yang melibatkan diri kita.
Tahniah jika anda berniat dan berhajat ingin memulakan Gaya Hidup Sihat.
Mari mulakan gaya hidup sihat dengan 4 langkah ini.
- Kawal pemakanan
Antara kesilapan bila nak ubah gaya pemakanan adalah mengikuti tips-tips diet yang melampau untuk turunkan berat badan dengan pantas tetapi bila dah habis diet, berat naik semula melebihi paras sebelum diet.
Gaya pemakanan sihat adalah menyedari apa yang masuk ke mulut anda, bukan makan mengikut apa yang nafsu anda mahu. Adakah ini bermakna kita tidak boleh lagi makan donut, kek atau makanan segera? Tidak, kuncinya adalah kawal, makanan-makanan tidak berkhasiat ini kita makan untuk waktu tertentu sahaja seperti sambutan hari jadi atau sebagai ganjaran setelah mencapai sesuatu. Dan makanlah berpada-pada.
Salah satu cara mudah untuk mengawal pemakanan adalah menggunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia #sukuksukuseparuh yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda masih boleh makan nasi, tapi dalam kuantiti yang terkawal. 2 perkara anda perlu ingat dalam pemakanan sihat adalah sedar dan kawal.
- Banyakkan aktiviti fizikal
Kebanyakan pekerjaan zaman sekarang tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, sehari 7-8 jam duduk sahaja di depan komputer. Sebelum mulakan aktiviti senaman berkala, cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan 5 cadangan di bawah. - Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (bawah 1km)
- Gunakan tangga berbanding lif
- Parkir kereta jauh daripada ofis
- Regangkan badan selama 10 minit bagi setiap 1 jam
- Rajinkan buat kerja rumah (menyapu, mengemop)
Untuk aktiviti senaman, cari aktiviti yang paling sesuai dengan diri anda, anda boleh menari, yoga, berlari, lompat tali atau bermain bola. Lakukan minima 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin, adrenalin dan endorfin.“Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas”- Pepatah Arab.
3. Jaga kesihatan mental
Tiada gunanya jika badan sahaja sihat tetapi mental kita tertekan. Dengan tekanan di tempat kerja dan penat menempuh kesesakan jalan raya, generasi hari ini lebih mudah mendapatkan tekanan mental. Kita akan rasa hidup ini sekadar kerja, makan dan tidur, sedangkan ia lebih daripada itu.
Ini beberapa aktiviti untuk menjaga kesihatan mental:
- Kajian telah membuktikan meditasi mampu mengawal tekanan dan kerisauan. Bagi yang Muslim, ibadah solat dan doa juga adalah salah satu bentuk meditasi. Ketika solat kita ibarat terpisah sebentar daripada dunia, lupakan seketika semua masalah, ia adalah masa kita dengan Tuhan. Kemudian luahkan semuanya dalam doa anda.
- Belajar kemahiran baru atau mulakan hobi baru bagi memastikan minda anda sentiasa muda dan aktif. Anda boleh mula menulis, melukis, berkebun atau belajar muzik. Luangkan sekitar 10-15 minit sehari pun sudah memadai.
- Luangkan masa dengan alam sekitar. Sekali sekala kita perlu lari daripada kesibukan ibu kota. Pergilah berkelah di air terjun atau pantai, berjalan-jalan di taman awam atau mendaki bukit. Melihat kehijauan alam juga terbukti baik untuk mata anda.
Tidur yang cukup adalah elemen yang sangat penting dalam membina gaya hidup yang sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak anda sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit. Tetapkan waktu tidur anda, jangan hari ini tidur jam 12 malam, esoknya jam 1 pagi dan lusa jam 2 pagi. Tidur sekurangnya 6-8 jam sehari. Walau sesibuk mana pun anda, pastikan tidur anda mencukupi.
Mulakan gaya hidup sihat dengan mengubah sikit demi sikit dalam setiap aspek kehidupan. Mulakan dengan langkah kecil dan tambah baik dari semasa ke semasa. Ingat, ia adalah sebuah perjalanan bukannya destinasi.
Akhir sekali, bagi melengkapkan kesemuanya, anda perlulah melindungi gaya hidup sihat anda ini. Andai berlakunya musibah seperti kemalangan, sakit atau kematian, perlindungan takaful mampu menyelamatkan anda dan keluarga.
Sesihat mana pun kita, kematian itu pasti, jadi sediakan hibah takaful buat orang yang tersayang. Kita juga tidak mampu menjamin kesihatan kita pada masa akan datang, sebaik mana pun kita menjaga kesihatan, risiko sakit masih ada, ambillah kad perubatan bagi melindungi kewangan anda.
5. Makan Vitamin (Makanan Tambahan/Supplement)
Setiap tahun, Shaklee menggunakan pelaburan besar untuk jalankan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti yang dijalankan untuk setiap tahun.
Sebanyak lebih 100 lebih ujian klinikal yang ternyata mahal untuk dilakukan tetap dijalankan walaupun produk ini diklasifikasikan sebagai “supplement”, bukan “drugs”.
Sebab itulah, sebagai bukti supplement ini sangat selamat dan berkualiti, telah ada lebih 100 paten yang dilakukan terhadap supplement supplement keluaran Shaklee.
Itulah sebabnya, supplement ini telah wujud selama 100 tahun di pasaran dunia kerana kualitinya.
Selama 100 tahun ini jugalah Shaklee hanya menggunakan bahan semulajadi untuk penghasilan produknya.
Disebabkan ia vitamin erbaik dunia, ia telah dipilih oleh pasukan atlet US untuk Olimpik Rio de Jeneiro, disebabkan mereka terlalu cerewet untuk memilih supplement yang boleh melepasi ujian dopamine serta bantu meningkatkan prestasi mereka secara semulajadi dan ternyata sebanyak 43% pingat dari pasukan Performance Team ini diperolehi mereka yang ambil supplement Shaklee secara serius.
Jika dulu kita lalai dalam menjaga kesihatan diri kita sekeluarga, insaf. Sama-sama kita insaf dan mulakan sekarang. Boleh juga baca perkongsian sahabat erna, 3 Kelebihan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat. Insya-Allah ia juga berguna untuk anda yang baru nak mulakan Amalan Gaya Hidup sihat.
Anda nak dapatkan vitamin Shaklee? Boleh hubungi erna dapatkan vitamin shaklee beserta konsultasi terbaik. Erna berpengalaman membantu ramai orang mendapatkan vitamin shaklee terbaik dan sesuai untuk keperluan mereka.
0 comments:
Post a Comment