Iman 1tahun 8bulan 7hari
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Sekarang iman sedang bermain-main di rumah nenek. Maka, laju-laju erna mengambil kesempatan ini untuk update blog. Tak terluah rasa rindu erna nak update blog. Draf je dah ada lebih daripada 15draf. Yela..asalkan tengah mula nak update je, iman dah tarik-tarik baju ummi. Asalkan erna dah menaip perenggan pertama, iman nak nenen, nak itu, nak ini, iman pun nak update blog juga. Makin mencabar bila anak makin membesar ni. Masa anak baby, cabaran lain. Bila anak makin membesar bijak, lain pula cabarannya. Bertabahlah sebagai seorang ummi yang hebat!
Harini 7/12/2013 usia iman genap 1tahun 8bulan 7hari bersamaan dengan 20bulan. Bermakna lagi 4bulan sahaja erna nak lengkap menyusukan iman 2tahun. Ya Allah, syukur..setakat hari ini..belum pernah lagi erna beli susu formula untuk iman. Semoga rezeki air susu ini sentiasa ada hingga genap usia iman 2 tahun nanti. Bila iman dah 2 tahun, cabaran lagi besar. Cabaran nak wean off ataupun nak putuskan penyusuan. Actualy erna memang tak ada plan pun nak stop kan iman menyusu. Kalau boleh nak susu kan iman selama mana yang boleh dan selagi iman nak. Sekarang pun, dah kurang menyusu dan tak lah kerap. Cuma, tidur malam memang tak boleh kalau tak ada ummi. Tido malam nak nenen ^__^
Perkembangan terkini anak syurga erna ni, iman dah banyak....cakap. Macam-macam dia cakap. Kalau tanya "siapa marah iman?" iman akan jawab "ibu". Bila ummi tanya "siapa pukul iman?" iman jawab.."ibu". Bila ummi tanya, "siapa sayang iman?" iman akan jawab.."ibu". hehe semua pun ibu. Sedangkan erna memang tahu tak ada orang lain yang marah-marah iman selain ummi. Ummi ni je yang garang bukan main. Haih la ummi ni...tak patut pun nak marah iman lagi sekarang ni. Tapi, iman faham kalau ummi marah. Terharu bila erna tengah marah, iman akan..."mi mi ammi..muuaahhh (sambil buat flying kiss)" cair hati ummi!
Iman sangat suka main pinggan mangkuk periuk jug senduk. Huwaaaaa dia bukak sendiri kabinet dapur ambil semua peralatan masak. Memang erna tak letak yang kaca-kaca di bahagian bawah. Pernah erna belikan iman mainan masak-masak tapi dia prefer yang betul. Kalau erna masak, iman mesti duduk kat dapur juga. Siap mintak dukung masa ummi masak. Bahaya memang bahaya kan? Tapi, erna tetap berhati-hati juga. Kadang tu, erna biarkan iman tarik-tarik baju erna kalau erna tengah menumis atau menggoreng. Risau juga kalau terpercik minyak ke apa kan. Cadangan terbaru ibu, pergi kedai RM2 belikan iman barang-barang masak plastik yang original. Asingkan mainan iman dan peralatan memasak erna. Ok, masuk list belikan iman periuk belanga ^___^
Owh ye, masa 22hb November 2013 yang lepas..masa bufday erna, iman jatuh sakit. Last iman sakit pada bulan April 2013. Kiranya lebih daripada 6bulan iman tak sakit. Syukur alhamdulillah..antibodi kuat. Jadi, kami suami isteri redha masa iman jatuh sakit haritu. Redha sebab iman bukan jenis budak yang selalu jatuh sakit. Selesema tak. Batuk tak. Demam tak. Selepas 6bulan baru demam haritu. Tinggi juga suhu 38 39 38 39. Erna sentiasa lap lap setiap pelipat pada badan iman. Ke klinik, doktor cakap tak ada apa-apa yang kronik. Cuma demam jadi on off sebab demam virus.
Bila masuk hari ketiga demam, erna bawa iman terus ke Hospital Serdang. Erna ada perasan macam pernafasan iman lemah sikit. Tapi, sampai hospital doktor cakap..paru-paru semua clear. Tak ada masalah. Cuma ada kahak sikit terkumpul di bahagian laluan ke tekak. Sebab tu nampak iman macam susah bernafas. Doktor ada buat x-ray dan ambil darah. Subhannallah...anak ummi tak meragam. Doktor puji-puji iman baik sebab tak meraung-raung pun masa kena cucuk ambil darah. Erna pula yang rasa sayu hati bila doktor puji-puji cakap iman sangat baik. Doktor cakap, kalau semua budak macam iman..datang selalu pun tak apa. Kena cucuk tak nangis meraung. Ada juga iman nangis. Tapi, nangis biasa-biasa. Bila teringat saat iman dicucuk, hati rasa tersentap. Tapi sentiasa amin kata-kata Doktor bertiga yang merawat iman masa tu. "adik tak takut doktor cucuk ambil darah..adik jadi doktor ni nanti.." tersentuh hati ummi.
Jom layan beberapa keping gambar iman kesayangan ummi dan babah..
InsyaAllah ada kelapangan nanti erna update lagi ye. Syukur...dapat update entry ini ^__^
ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Jika anda berdekatan dengan Shaklee HQ di Empire Tower atau lain-lain branch, boleh gunakan ID erna 908806 untuk membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli. Jimat sangat!
0 comments:
Post a Comment