Kenapa Makan Supplement Perlu Minum Air Masak Banyak-Banyak?
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
"Puan erna, kenapa ye kena minum air masak banyak bila makan vitamin shaklee ni? Saya ni susah sikit nak minum air masak"
Itu adalah antara soalan yang sering ditanya oleh customer erna, apabila erna berikan jadual makan vitamin dan tip-tip makan vitamin selepas pembelian.
Sesiapa sahaja yang mengambil supplement Shaklee atau apa sahaja jenis supplement adalah dinasihatkan supaya minum air masak yang banyak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Jom kita baca fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplemen semulajadi Shaklee:
Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya erna akan mencadangkan 3 liter air sehari.
Bagi yang dah biasa minum air masak dengan banyak, memang tiada masalah. Tapi bagi yang tak biasa atau tak berapa suka nak minum air masak, 3 liter sehari mungkin menjadi sedikit masalah.
Ok, disini erna akan kongsikan sedikit tips bagaimana untuk anda pastikan anda mampu untuk cukupkan syarat 3 liter air masak sehari.
TIPS 1:
✔ Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
✔ Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
✔ Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch. Anda ada sekurang-kurangnya 5jam untuk habiskan 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch.
✔ Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
✔ Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml
** Jika anda bekerja atau belajar atau mungkin suri rumah sekalipun, anda boleh sediakan tumbler yang size 1liter ataupaun tumble yang 1.5liter.
TIPS 2:
✔ Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.
✔ Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.
✔ Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.
✔ Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
✔ Minum 1 gelas air selepas ke tandas.
✔ Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
✔ Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.
✔ Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.
✔ Minum air masak apabila terasa laparatau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
✔ Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.
✔ Alhamdulillah, jika anda ikut tips di atas, maka anda berjaya cukup kan minum air masak 3liter sehari.
Mudah kan? Itu tidak termasuk air masak yang kita minum masa makan supplemen. Siapa yang rasa susah nak cukupkan 3 liter sehari, boleh cuba tips yang di kongsikan ini ye.
Mula-mula mungkin tak biasa, tapi bila dah jadi rutin, semuanya rasa mudah. Sedar-sedar dah minum 3liter air masak ni sehari.
Ini contoh tumbler erna. Tumbler ni 1.5liter
ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Jika anda berdekatan dengan Shaklee HQ di Empire Tower atau lain-lain branch, boleh gunakan ID erna 908806 untuk membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli. Jimat sangat!
0 comments:
Post a Comment