Buat Duit Dari Rumah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Anak erna Iman Zikir, semakin hari semakin membesar, semakin bijak, semakin pandai. Haaa semua pun semakin kan? Memang 'semakin' pun..Kadang tu kalau iman tersangat aktif..mesti erna akan cakap..meh meh meh sini masuk perut ummi. Main dalam perut macam dulu. Pastu mula la ummi ni terjerit-jerit. Lagi satu, selalu cakap kat iman.."ummi ni garang tau..haaa takut tak?.." Ada sekali tu..iman terus jawab.."tak!.." hahaha tergelak erna masa tu. Betul-betul jelas iman cakap tak. Act, iman sangat banyak cakap. Pot pet pot pet mulut dia..Kalau bernasib baik memang sebutir perkataan yang keluar dari mulut iman tu betul dan jelas.

Sejujurnya..bekerja dari rumah sambil membesarkan anak dan menguruskan isi rumah adalah besar tanggungjawabnya. Dari bangun tidur uruskan anak, uruskan rumahtangga, melayan customer, packing barang, pos barang dan banyak lagi la..Tapi, kita akan rasa sangat puas hati bila bonus masuk akaun =)

Macam erna, kalau nak gaji besar..nak bonus besar..kena usaha lebih-lebih. Bodek Allah lebih-lebih..insyaAllah..dengan izin-Nya besarlah gaji..besarlah bonus. Tetapi, soal tanggungjawab..memang berat dan ini adalah pilihan erna. Memang dulu sebelum berkahwin dan sebelum ada anak, erna menggambarkan kehidupan erna jauh beza dengan apa yang erna lalui sekarang ni. Dulu, erna membayangkan, hujung minggu akan masak untuk keluarga dan berjalan-jalan dengan suami dan anak-anak. Pastu hujung minggu akan gosok baju cantik, tudung cantik, untuk pakai selama seminggu. Apapun segalanya berubah selepas erna berkahwin, lagi-lagi selepas erna dah ada iman..semunya berubah. Lepas grad dulu, erna sempat berkerja dengan jawatan IT Exec selama 6bulan. Sepanjang tempoh 6 bulan tu, cukup buat erna rasa hati bukan untuk bekerja.

Hati memilih untuk jaga iman dan spend masa sebaiknya dengan iman. Jadi, erna memilih untuk berniaga dari rumah. Lagipun, memang erna sangat suka berniaga. Bukan nak duduk rumah membebankan suami. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya erna juga punya pendapatan sendiri untuk beli keinginan erna. Boleh berkongsi rezeki dengan ibuayah dan boleh soping apa-apa untuk iman dengan senang hati. Tak perlu minta-minta dari suami. Syukur Ya Allah.. Owh ye, Memandangkan erna 24/7 ada dengan iman dan dalam tempoh tu juga erna memang tak pernah berpisah dengan iman. Apa saja yang erna buat, iman perhatikan. Erna juga sediakan beberapa jam khas dan masa itu khas serta wajib untuk bersama iman. Boleh buat apa sahaja aktiviti bersama iman kesayangan ummi. Otak macam span yang menyerap apa juga ilmu dengan cepat. Itu budak..sangat aktif!

Alhamdulillah erna jumpa bisnes Shaklee dan ini adalah pilihan terkini erna. Pilihan menjadi surirumah sepenuh masa. Ummi bersijil dan berjawatan tetap sebagai Work At Home Mom. Semoga selamanya di kuatkan semangat. Semoga di kuatkan semangat tamatkan master engineering erna sekarang ni dalam tempoh masa yang minimum. Amin. InsyaAllah..

Alhamdulillah rangkaian bisnes Shaklee erna semakin hari semakin berkembang. Rakan rangkaian dalam perniagaan ini juga semakin bertambah. Syukur alhamdulillah..erna dapat berkongsi ilmu yang ada dengan orang lain.

Bila erna update di wall fb, "adakah anda berminat nak jana side income?.." alhamdulillah ramai yang berminat. Ramai nak dapatkan wang tambahan dan duit-duit lebih ni. Tak kisah la nak beli baju untuk diri sendiri ke..nak soping untuk anak-anak ke..ada juga yang nak bantu suami..

Shaklee bukan omongan kosong..apa juga perkara yang kita buat, kita perlu sungguh-sungguh. Kalau kita katakan nak..tapi kita hanya duduk diam, memang tak kan dapat apa-apa. Sama macam kita sekolah dulu..jika nak dapat keputusan yang bagus, perlu ulangkaji dan usaha. Sama juga dalam perniagaan ini. Perjalanan erna dalam bisnes ini juga masih jauh..Kenapa erna pilih Shaklee?

1- Perniagaan boleh di jalankan 24/7 kerana hanya memerlukan internet.

2- Shaklee telah di kenali ramai. Tidak perlu susah nak berikan keyakinan kerana memang banyak testimoni yang di berikan oleh pengguna Shaklee sendiri yang sememangnya berpuas hati dengan produk Shaklee.

3- Erna sendiri dah bertemu dengan ramai rakan bisnes yang berjaya jana income sehingga 5 angka. Wanita-wanita ini ada yang bekerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa, bekerjaya hebat dan berhenti kerja kerana perniagaan ini juga hebat! Ramai juga yang berpelajaran tinggi memilih untuk bekerja sebagai pengedar Shaklee. Kenapa? pulangan yang luar biasa..Siapa tak suka..duduk rumah, bekerja dan stress dari rumah..sebulan dapat hingga 15-20k. Seronok kan? Ya Allah..seronok tak tahu nak cakap.

4- Ini bukan perniagaan daftar dan duduk diam tunggu duit masuk akaun. Ini pernigaan yang perlukan matlamat serta usaha tanpa jemu dan putus asa.

5-  Sejak bersama geng-geng Shaklee erna, geng Shaklee Europhia, kami di ajar untuk amalkan bersedekah dan berzakat. Kita minta banyak mana pun duit dari Allah, Allah boleh beri. Apa sahaja Allah boleh beri pada kita. Tapi, bagaimana caranya kita uruskan rezeki yang Allah kurniakan itu. Adakah duit atau apa juga rezeki yang Allah berikan pada kita, kita  gunakan pada jalan Allah atau untuk kesenagan dunia semata-mata? Jadi, inilah perniagaan yang membuka mata erna untuk kejar kebahagian di alam kekal nanti.

6- Alhamdulillah sekarang bukan lagi angan jika seorang suri rumah nak buat duit hanya dari rumah. Selain itu, kita sendiri makan vitamin dan bekalkan vitamin pada orang-orang yang kita sayang. Selalu belikan baju, kain, bagi duit pada ibuayah. Apa kata tukar cara kita dengan membekalkan pada mereka vitamin. Bila ibuayah sihat, kita pun gembira.

7- Shaklee menyediakan 2 bonus. Cash, Car dan Convention.

Cash tu..bonus yang kita sebagai pengedar akan terima setiap 15hb. Masa orang lain sesak-sesak tengah bulan..Shaklee bagi kami bonus =) Sebab tu juga ramai yang jadikan Shaklee ni side income jika mereka masih bekerja.

Car pula, jika melepasi satu tahap dan serius dalam perniagaan ini, mengikut syarat tertentu serta pengiraan tertentu Shaklee akan beri kita Car. Bukan dapat kereta ye..kita akan dapat bonus dalam bentuk duit. Terpulang pada kita nak beli kereta apa. Kalau dah ada kereta elok, boleh buat simpanan duit Car Shaklee tu.

Convention, kita akan di bawa melancong dalam dan luar Malaysia. Ini mengikut syarat serta program tertentu yang di sediakan oleh Shaklee. Shaklee juga bawa kita mengerjakan umrah. Ya Allah...seronoknya. Umrah percuma bertaraf 5star!

Iman Zikir buah hati, cinta hati, kekasih hati, segalanya berkaitan dengan hati khas untuk Iman.

Saya pengedar sah Shaklee Puchong, Sri Kembangan, Putrajaya dan saya boleh buat penghantaran ke seluruh Malaysia. Owh ye..Set penjagaan muka Nutriwhite Shaklee memang best! ^___^
(Sungguh syoook sendiri ini gambar! sekali-sekala nak juga up gambar puan punya belog! hihi)

Ops..belum habis lagi. Penutup entry ni...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

"gitu ler doa nye bile mempunyai anak yg super duper dan yg selalu buat mak nye urut dada.." - Wawa

JOM SERTAI KAMI MENJANA PENDAPATAN DENGAN HANYA BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE.

JIKA ANDA HANYA INGIN MENJADI AHLI, UNTUK TUJUAN PENGGUNAAN PRODUK  SHAKLEE SENDIRI, ANDA JUGA DI JEMPUT UNTUK MENDAFTAR AHLI.

ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, , , , , ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. best kan keje dr rumah.

    ReplyDelete
  2. seronoknye kerje dari rumah.. itu la yang fifi idamidamkan.. tapikan.. tak sanggup mase mulemule nak bangun tu..erna memang ibu yang hebat!~

    ReplyDelete