Kisah Bermula Dari Situ

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Sejak zaman sekolah rendah lagi erna dah terjebak dalam dunia perniagaan ni. Masa erna sekolah darjah satu, ibu jual nasi lemak. Harga sebungkus nasi lemak sedap yang ibu buat hanya 60sen. Ada kacang, ikan bilis, timun, sambal, nasi yang berlemak. Memang sedap. Sedap sangat. Rindu nasi lemak ibu. Tak macam nasi lemak sekarang ni. Harga RM1. Kadang tu, tak rasa pun lemak. Ikan bilis tak ada. Apappun tak ada. Tak best betul. Ibu ada jugak masak ayam rendang, sambal sotong kering, sambal kerang. Ini semua lauk tambahan untuk nasi lemak lazat yang ibu jual. Setiap hari pergi sekolah, erna akan ambil nama kawan-kawan yang nak order nasi lemak lazat ibu. Tulis nama kawan-kawan atas kertas kosong dan siap collect sorang 60sen. Itu kalau nak nasi lemak biasa la. Kalau nak nasi lemak lazat ada ayam, harga lain pulak. Sampaikan ada sorang cikgu nama cikgu Alina pun beli nasi lemak lazat ibu. Ok, itu pengalaman terawal erna mula terjebak dalam bidang perniagaan. Sesi pagi jual nasi lemak. Bila erna ke sekolah agama di sesi petang, erna akan bawa beg kecil berisi gula-gila, coklat, keropok tam-tam yang harga 10sen je dulu dan erna akan jual kepada kawan-kawan sekelas. Bila dah heboh, kawan kelas lain pun datang nak beli dari erna. Balik rumah, ibu akan bagi upah hasil titik peluh berniaga secara sambilan di sekolah. Kenangan..

Kemudian bila ke sekolah menengah teknik, setiap kali balik dari kampung..erna akan bawa sebungkus lolipop. Sure semua tahu lolipop tu apa. Gula-gula bulat yang ada batang. Masa zaman erna sekolah teknik, lolipop dan choki-choki antara makanan fav kami time prep. Ibulah pembekal semua makanan ni. Biasanya kalau erna bawa sebungkus atau dua bungkus lolipop, dua kali prep habis semua lolipop terjual. Kalau boleh, balik dari kampung..erna nak bawak berbungkus-bungkus lolipop sebab nak jual kat kawan-kawan. Tapi rasa melampaulah pulak buat macam tu kan. So, memang rasa seronok time jual lolipop ni. Contoh, kalau lepas cuti balik kampung tu..pergi mandi petang jumpa kawan kat toilet dah ada yang booked lolipop. Kat surau pun dah ada yang booking. Bila dah tiba masa dalam bilik prep, akan ada je kawan-kawan yang cangkung tepi meja prep erna beli lolipop. Kawan erna tu mencangkung sebab takut la kalau-kalau senior atau warden ternampak. Kenangan...

Bila melanjutkan pelajaran ke politeknik, erna semakin berani mencuba dan terjebak lebih lagi dalam bidang perniagaan ni. Erna beli printer guna duit ptptn. Dengan printer dan komputer meja yang erna ada, erna jalankan perniagaan printing service :) Masa ni memang kurang sangat student yang buat printing service. Erna bagi best price pada yang nak print. Sem satu, erna selalu datang bilik senior print. Masa tu belum ada komputer dan printer. Bila erna dah jadi separa senior, erna jalankan perniagaan ini. Seronok bila sampai ada yang terpaksa q untuk gunakan service erna. Masa tu ada banyak pandrive yang tertinggal dalam bilik dan tak dapat nak kenal pasti pandrve tu miik siapa. Lagi, erna sediakan service hantar ke bilik. Sebagai contoh, customer yang datang nak print akan tulis nama, no hp, no bilik dalam buku yang erna sediakan. Customer akan tulis folder apa dan dokumen mana yang mereka nak print. Erna akan printkan dan lepas siap..sama ada erna sms bagitahu dah siap atau erna sendiri akan hantar ke bilik mereka. Masa di politeknik jugak erna ada jual t-shirt. Perniagaan ini, erna share dengan sahabat sejati..Munir! Rindu munir sangat.. Selain itu, masa dipoliteknik erna ada ketuk pintu dari bilik ke bilik jual brooch. Paling meninggalkan kenangan yang dalam..bila ibuayah datang melawat erna dan ibu bawa 25bekas dadih pelbagai rasa yang ibu buat sendiri. Sebelum balik, ibu bagi dadih kat erna dan cakap.." Ibu tak ada duit nak bagi. Jual dadih ni. duit jual dadih tu, ambil buat belanja.." Sayu je hati bila ibu cakap macam tu. Jual dadih, kejap je laku. Seronok sangat masa tu. Kenangan..

Di universiti barulah erna mula memperkenalkan OhShawl. Act, OhShawl bermula dari tahun 2010. Tapi erna on off berniaga sebab susah nak dapatkan stock. Erna study di perlis. Sedangkan semua stock erna datangnya dari KL. Sebab tu perniagaan erna kejap ada dan kadang tu lambat sangat dapat update barang baru. Alhamdulillah sekarang erna dah habis study dan erna rasa seronok dapat berniaga kecil-kecilan di fb dan blog. Dalam hati selalu cakap, tak mengapalah kecil-kecilan sekarang. Rezeki ALLAH..takdir ALLAH..siapa yang tahu? Kalau esok-esok ALLAH takdirkan erna akan ada butik sendiri. Ya ALLAH..angan-angan itu..semoga menjadi kenyataan. AMIN. Sekarang selain menganbil berat tentang iman, erna menjaga perniagaan OhShawl erna. Sikit-sikit duit hasil perniaagaan, erna simpan dan beli apa kemahuaan erna tanpa minta-minta dari suami. Nak juga merasa duit titik peluh usaha sendiri. Suami pulak memang sokong sepenuhnya segala impian dan apa yang erna buat sekarang ni.

Jom sertai contest ini, KLIK SINI

Terbaru, erna anjurkan satu contest khas untuk berkongsi rezeki yang erna perolehi dengan customer OhShawl. Contest ini juga sebagai tanda penghargaan erna kepada yang banyak support erna dalam usaha menaikkan nama OhShawl. Hadiah memang menarik. Seluar palazzo ni antara item yang sangat hot di OhShawl. Selesa memakai palazzo ni, hanya si pemakai je yang dapat rasa. Best! sangat best! Peserta hanya perlu upload gambar berbaju kurung dengan tema raya dan promote pada kawan-kawan LIKE gambar anda. Mudah je. Kawan-kawan bloggers pun dijemput untuk sertai peraduan ini. Siapa tahu..anda yang bertuah akan menang hadiah menarik dari kami. Jom sertai..Klik SINI untuk join contest ni. JOM! Terima kasih sebab anda juga support erna. Terharu -____-

Share this:

, ,

CONVERSATION

3 comments:

  1. hoho.. cik tqah cm erna.. almost same brg yg kite jual since sekolah..best kan berbisness.. nk join tp cm malas.. hahhaa..

    ReplyDelete
  2. berbisnes ni leh money manyak manyak kan...hehe~
    salam ramadhan^^

    ReplyDelete