Iman Turn to 4 Month

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Kesian iman..ummi bertangguh-tangguh nak update tentang perkembangan iman yang kini dah mencecah usia 4bulan 4hari. Maafkan ummi. Bukan ummi saja nak lewat-lewat update tentang iman. Tapi iman pun mesti tahu ummi terkejar sana sini. Masih nak membiasakan diri yang kini full time house wife dan juga full time business women =)

Alhamdulillah iman dah mencecah usia 4bulan 4hari sekarang ni. Memang erna lewat 4hari update tentang iman. Tapi, di fb awal-awal erna dah ucap selamat ulang bulan yang ke-4 pada iman. Syukur Allah pinjamkan iman kepada kami suami isteri. Syukur kerana kelahiran iman menambahkan lagi rasa kasih sayang dan cinta antara kami suami isteri. Memang benar kata orang, zuriat itu penyeri rumahtangga dan zuriat juga pengikat kasih antara suami dan isteri. Walaupun kalau dulu setiap kali call, suami akan ucap i love u pada erna, kini iman menjadi keutamaan pada suami. Bila erna merajuk, suami cakap.."iman kan orang baru dalam keluarga kita. Iman pun baru hidup 4bulan di dunia ni..janganlah cemburukan iman.." olololo...sweet je ayat babah iman nak pujuk ummi. Bukan erna cemburukan iman. Cuma saja nak bermanja dengan suami. Biasanya, lewat malam sebelum erna tidur..akan dapat sms dari suami, "anak buat apa?" isteri balas.."anak dah tidur" suami hantar sms lagi, "terima kasih jaga anak kita..jaga iman baik-baik ye.." isteri balas semula.."mestilah.." laju je suami akan hantar sms lagi.."babah cinta ummi. rindu sangat.." kalini, biasanya isteri tak balas pun sms suami. Isteri akan cium iman dan tutup mata sambil senyum berbunga dalam hati.. Semoga hingga hujung nyawa kami akan terus macam ni. AMIN

Iman makin kerap meniarap. Biasanya waktu malam iman akan tertiarap sendiri. Bila iman tak tahu nak gerakkan badan macam mana, iman akan nangis seolah-olah panggil ummi tolong angkat iman. Erna akan angkat iman dan betulkan posisi tidur iman. Setiap malam biasanya lebih dari 2kali erna akan alihkan kedudukan iman tidur. Mulalah erna fikir macam mana nak susun atur bantal-bantal supaya dapat jadi penghadang bila iman tidur semakin lasak nanti. Takut jugak kalau iman jatuh katil nanti. Ish..harap tak jadilah macam tu. Risaunya.. Masa ni jugaklah erna terfikir itulah fungsi playpan iman yang babah beli. Sejak lahir kurang sangat iman gunakan playpan tu. Jadi, kena maksimumkan penggunaan playpan iman tu mulai sekarang. 

Iman anak bijak ummi dah pandai reject puting palsu. Mama (MIL) selalu cakap "sekarang tok ma tak boleh tidurkan iman. Sebab iman tak nak puting..nak nenen ummi je.." Bijak betul baby ni..sebab tahu beza puting kosong dan puting ummi :) Kadang tu, erna sampai rasa pedih-pedih sikit nipple ni sebab iman nak melekap je nenen kat mulut die. Kalau dah tertidur, ummi tarik puting tu..mesti iman terjaga. Alahai...anak ummi. Bijak sangat.. Botol susu, masih guna botol MAM. Kadang tu campur jugak dengan puting botol brand Anakku. Nasib baik yang ni iman tak reject. Kalau iman reject, mesti tambah susah hati ummi.

Kalau dulu, sebelum-sebelum ni..iman bercakap bukan main bising mulut dia. Sekarang, iman cakap dalam versi baby yang sopan santun. Susah nak keluar suara kalau kita ajak cakap. Iman akan ketap mulut dan buat muncung panjang. Macam mana ek nak terangkan..? hurm..kesimpulannya sekarang ni iman senang nak senyum tapi susah nak dengar suara dia bercakap. MIL cakap..mulut muncung iman boleh sangkut hanger. Ibu pulak cakap..iman suka buat dahi kedut kerut-kerut macam atok (ayah erna) Ummi pulak selalu cakap.."anak ummi ni makin besar makin putih melepak.." sendiri puji anak sendiri :) nanti iman senyum bukan main lebar..faham la kot dia ummi dia puji :)

Kebanyakkan barut iman dah kecil. Baju-baju pun mula ketat tang ketiak. Anak ummi dah besar la. Untuk umur 4bulan ni, iman tak ada rawatan imunisasi apa-apa lagi. Nanti bila dah umur 5bulan baru kena pergi ke klinik untuk timbng berat badan. Kadang-kadang ada jugak erna baringkan iman atas penimbang digital erna. kekeke..sian iman. Ummi selalu over excited nak tahu apa sahaja tentang iman. Anggaran berat iman sekarang 6.4kg. Tak sabar nak tunggu iman 5bulan nanti nak tahu berapa berat, tinggi dan ukur lilit kepala iman :)

Ini lagi satu update terbaru..iman sekarang suka sangat nak berdiri. Rasa macam tak sesuai lagi nak masukkan iman dalam walker. Act kalau boleh erna taknak pun masukkan iman dalam walker. Tapi ibu selalu cakap nak masukkan iman dalam walker nanti. Nantilah fikir..nak naik walker atau tak. Penat jugak nak pegang iman dalam kedudukan berdiri sepanjang masa. Boleh tahan lenguh la tangan ni..huhuhu. Iman..iman..belum pun lagi boleh berdiri tapi dah feeling feeling nak diri. Anak ummi....

Pada usia iman menganjak 4bulan, hasrat ummi nak belikan iman carrier tercapai. Hasil titik peluh ummi berniaga kecil-kecilan, dapatlah ummi belikan carrier jenis ring sling untuk iman. Iman pandai tidur dalam rs yang ummi beli tu. Position yang iman suka, menghadap ke depan. Bukan main lagi nak menghadap kedepan. Syok betul ummi dia kendong sana sini.

Syukur kerana hingga usia ini iman masih minum air susu dari badan ummi. Syukur kerana rezeki tu tak pernah putus. Air susu sentiasa melimpah keluar untuk kenyangkan perut iman. Rezeki ALLAH bukan hanya wang ringgit semata. Rezeki dari ALLAH datang dalam pelbagai bentuk. Semoga ALLAH terus kurniakan rezeki susu yang melimpah ruah untuk isi perut kecil iman anakku. AMIN


 Ini ulat yang ummi dan babah beli msa ummi dan babah pegi babymoon kat Cameron highland. Masa tu umur iman 7bulan dalam kandungan ummi ^_^

 Selagi boleh, semua nak masuk dalam mulut dia..

Walaupun gambar ni vibrate, tapi ummi suka. Sebab susah betul nak capture gambar iman senyum macam ni..

 Kaki iman peluk ulat =)

Sekarang kalau ajak iman bercakap, macam ni la mulut dia..

"Aunty dan uncle doakan iman sihat selalu ye..iman dah 4bulan. Alhamdulillah..."

Nota Cinta Untuk Anakku,
Iman sayang..iman dah 4bulan. Kejap je masa tu berlalu. Ummi selalu cakap dengan iman, meh masuk dalam perut ummi semula. Iman senyum-senyum je. macam faham sangat apa yang ummi cakap. Iman sayang dah makin besar sekarang ni. Makin banyak ragam yang iman buat. Kadang tu, ummi rasa tercabar nak handle. Lagi-lagi bila tidur malam kadang kala iman tidur tak lena dan boleh terjaga setiap 30minit. Tapi, bila iman tidur..ummi tengok iman..rasa sayu je hati ummi. Rasa sayang pada iman sangat-sangat dalam. rasa syukur pada ALLAH berganda-ganda sebab ALLAH izinkan ummi merasai nikmat bergelar ibu pada usia sekarang ni. Membesarlah iman menjadi anak soleh ummi dan babah. Membesarlah iman jadi anak yang bijak pandai. Membesarlah iman jadi anak yang akan membanggakan ummi dan babah. Kami sayang iman sepenuh hati kami. Ummi dan babah sayang iman sangat!

Share this:

,

CONVERSATION

4 comments: