Raya Tahun 2012

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Lama sungguh tak berupdate blog ni. Bukan tak ada benda nak cerita. Cuma masa betul-betul cemburu erna nak menulis disini. Seminggu sebelum raya, suami dah balik dari outstation. Maka bermulalah sesi penyediaan hari raya kami bersama. Setiap hari ada je aktiviti kami bersama yang menyebabkan erna tak sempat nak update blog ni. Banyak betul cerita menarik. Tapi nak buat macam mana kan..tak sempat. Cemburu betul masa ni dengan erna :) Rasa masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin pada semua kenalan erna di blog ni. Dunia blogging erna yang baru setahun jagung ni, dah ramai kenalan alam maya terutama mummy-mummy. Best!

Cerita raya erna tahun ni, erna beraya di kampung suami. Kampung side mama mertua di Kota Bahru, Kelantan. Malam raya, erna tak tidur gara-gara malam raya masih mencari baju raya. Selain dari tu, konon nak hantar alter baju melayu iman pun erna tak buat. Malam raya tulah erna sendiri yang alter baju melayu iman. Jahit senget-senget pun iman tetap suka. Sebab ummi yang jahitkan..haruslah iman suka. Hasil tangan keras ummi, dapat jugak iman bergaya dengan baju raya di pagi raya :) Pagi raya kami masih di KL. Tahun ni erna tak solat sunat aidilfitri sebab iman tidur pagi tu. Erna tunggu suami pulang solat raya dan suami ke kubur arwah papa mertua. Dalam kul11 kami bertolak ke LCCT. Flight ke KB pukul1.35 dalam pukul2.30 kami selamat mendarat di KB. Alhamdulillah...tapi ada kejadian tak di ingini berlaku. Kami check in 3beg di LCCT. Sampai je airport kb, hanya ada 2beg. 1beg lagi tak ada. 2-3kali tunggu beg round atas landasan tu..tapi tak muncul-muncul beg yang satu tu. Dalam beg tu ada semua baju erna dan suami. Bila buat report, pihak air asia cakap akan check dan call kami semula. Petang tu suami dapat call beg kami dah ada dan masalah beg kami koyak. Sangat geram dan kecewa! Nasib baik tak ada apa-apa yang hilang atau rosak. Koyak teruk. Lupa pulak nak snap picture sebab hanya mengomel geram tengok beg tu koyak. Ganti rugi hanya RM50. Sedangkan harga luggage bag kami tu berganda-ganda dari itu. Geram!

Next-next raya, beraya sakan kami setiap hari. Tapi memang penat sebab sepanjang kami di kampung, iman tak nak tidur malam. Kul5-6pagi baru iman tidur. Siangnya lepas zohor kami akan keluar beraya 3-3kereta menziarahi setiap rumah. Ummi dan babah memang bekerjasama gilir jaga iman. Syukur babah sangat banyak membantu. Memang terharu tahap tertinggi sebab babah yang lebih kerap berjaga. Sebab ummi, setakat pukul3, mata dah tak boleh nak bukak. Bila iman tak tidur, iman bukan nak main sendiri. Iman nak berdukung tak pun ada yang teman dia bermain. Aduhai..memang mencabar. Lagi-lagi ini adalah kali pertama beraya dengan anak kecik dan beraya bersama mertua. Rasa sangat kebal! ahahah...padahal kami suami isteri tergelak-gelak bila bercerita tentang betapa indahnya masa bercinta dulu. Yela..ayat yang sering treungkap di mulut kami.."inilah bukti cinta sebenar" sambil tunjuk-tunjuk iman. Bukan senang nak handle anak kecil macam iman. Perlu banyak sangat tolak ansur. Bukan sekadar suka,cinta dan berkahwin. Memang perlu bersedia untuk jaga pelbagai ragam anak. Kini baru faham apa yang selalu di dengari. Kahwin bukan saja-saja. Bukan sebab seks. Bukan sebab kau cinta aku, aku cinta kau. Perkahwinan adalah tanggungjawab. Perkahwinan bukan penghujung cerita cinta tapi permulaan kehidupan. Lagi-lagi bila dah ada anak. Syukur suami ku itu adalah yang telah ALLAH takdirkan untuk ku.

Sepanjang cuti raya seminggu, erna bukan saja-saja bercuti. Tapi banyak juga menguruskan hal-hal berkaitan majlis aqiqah dan kenduri kesyukuran di rumah mertua pertengahan bulan september ini. Dulu, tak sempat buat kenduri di side suami. Sebabnya, perkahwinan kami..perkahwinana yang tidak di rancang. Itulah namanya takdir Allah untuk ku. Selain tu, erna nikah seminggu sebelum raya. Lepas seminggu raya, erna dah kembali pulang ke perlis untuk teruskan pengajian tahun akhir. Masa tu dah mengandung iman. Maka tertangguh-tangguh majlis yang mulanya di rancang nak buat hujung tahun lalu. Kami nikah julai tahun. Arwah papa mertua yang paling bersungguh nak buat kenduri aqiqah iman dan majlis kesyukuran untuk kami suami isteri lepas iman dilahirkan. Tapi ajal arwah papa tiba masa iman 4bulan dalam kandungan. Tapi, niat arwah diteruskan jua dan insyaAllah akan berlangsung september ini. Itu, erna akan update pada entry yang lain. Terasa juga excited merancang hari bahagia. Tak mengapalah tak merancang hari perkahwinan dulu. Merancang majlis untuk iman lebih seronok rasanya :) InsyaAllah..kad siap, erna akan jemput rakan blogger erna. Mata dah mengantuk ni. Iman lena tidur dalam buai elektrik yang pak long hadiahkan. Keletihan agaknya iman..selamat malam


Pagi raya pertama. Iman lena dalam Boba 3g SSC ^__^

Stress iman. Tidur terganggu sebab ummi angkat bawak beraya =)

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment