Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Entry lepas erna ada cakap yang erna nak beli drying rack dari One Baby World..Erna memang dah lama target nak drying rack My First Years tu. Alhamdulillah...dah ada dalam tangan sekarang. Kejap je boleh dapatkan drying rack untuk botol-botol iman ni. Erna pilih-pilih dalam website tu dan buat pembayaran. Erna beli Drying Rack My First Years dan Soft Toy Book 'Animal' untuk iman. Total RM91.80. Termasuk kos penghantaran, RM6. Alhamdulillah..rasa berbaloi sangat di sebabkan perlis ni kurang tempat nak shopping. Jadi,pilihan untuk shopping online,adalah pilihan yang tepat.
Erna collect barang yang erna beli kat office hari khamis..harini dah sabtu..tapi,botol masih tak berbasuh lagi. Esok ahad..jadi,esok adalah masa yang sesuai nak basuh botol dan part-part breast pump. Ummi kena la rajin ye..jangan malas-malas..nanti iman dah lahir,nak collect susu,takde botol bersih pulak. kan susah..so,sebelum bersalin, kena rajin-rajin..
Lagi satu..lepas erna fikir kaji timbang tara, blogwalking dan mintak mintak pendapat lecturer erna kat Unimap ni tentang Storage Plastik atau Botol, sesuai untuk buat Stock EBM (Express Breast milk)...keputusan erna, erna nak collect banyak-banyak dalam botol dulu. Bila baby iman dah menganjak ke umur 7bulan ataupun dah start minum banyak sikit nanti, baru erna nak start collect dalam plastik liner. Alasannya....kenapa erna pilih botol???
1. Baby yang baru lahir minum susu tak banyak. So,botol yang comel-comel dengan sukatan 2-4oz dah cukup memadai.
2. Kalau simpan dalam plastik liner, sukatan yang paling kecik 7oz. baby tak minum banyak tu.. nanti,membazir pulak kalau iman tak habiskan.. Nak jimat-jimat susu.. ^___^
3. Erna dah ada plan macam mana nak simpan dan agih susu yang akan erna collect nanti. Simpan dalam botol adalah sebaiknya..
4. Awal-awal ni,masih banyak nak tuntut ilmu penyusuan. Guna botol adalah jalan terbaik untuk menganggar berapa banyak susu yang dapat erna collect untuk baby iman. Senang nak uruskan dan insyaAllah..bila dah pro nanti,boleh la try guna plastik liner pulak.
5. Psiko..kenapa erna cakap psiko? sebab..kalau kumpul dalam botol,stock yang erna dapat tu akan nampak macam banyak..penuh je kat bahagian freezer tu nanti. Bila dah nampak banyak,secara tak langsung, tambah bersemangat erna akan kumpul susu untuk iman. Ok ke cara ni untuk motivasi? ok la kan...ini cara ummi iman. hehehe
Dari Kiri: Botol gemoks warna biru tu..botol untuk iman bila ummi ke kelas. Kalau ummi terpaksa tinggalkan iman, iman tak dapatlah nak direct feeding dengan ummi kan? so,botol My First Years,jadi pilihan hati ummi. Kalau iman ada dengan ummi, kita direct feeding je la ye sayang..
Botol penutup Pink dan Biru: 12botol 2oz ummi beli khas untuk buat stock. 2oz? kecikkan? sesuai untuk kumpul stock awal-awal. sebab..iman baby, tak minum banyak-banyak sangat. 5botol 5oz, erna dapat free masa beli Ameda Breast Pump. untuk buat stock susu jugak.
Botol penutup warna putih: Botol ni brand Autumz. OV (official videografer) masa majlis perkahwinan, bagi hadiah kat erna lepas dapat tau erna nak dapat baby. Faisal pos hadiah 10botol, untuk buat stock susu. banyak kan? thanks faisal..
Ada 2botol free dengan Pam Ameda yang erna beli..
Total botol yang ada sekarang, 33botol. Ini termasuk botol untuk feedingkan iman dan botol untuk stock susu. Ikut plan awal ni,erna tak nak campur botol untuk stock susu dan botol untuk iman menyusu. Erna nak asing-asingkan. erna plan nak tambah lagi sikit botol untuk iman..tengok la macam mana atas budi bicara babah nanti ^__^
Ini drying rack idaman erna. Masih dalam kotak..
Jumpa lagi. Assalammualaikum
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
KLIK: KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
ira pon ada macam2 jenis botol...beli bile ada sale..ada dekat 50 botol...betul tuh, bile kite tgk dalam peti ais ada banyak EBM, rasa lagi semangat nak pam susu...hihihi...psikologi itu penting.. :)
ReplyDelete