Ibuayah adik Datang Melawat Ummi dan Iman di Perlis. Info masuk 36minggu

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Weekend baru ni, 11,12,13 March, ibu ayah adik datang melawat erna dan of course melawat ahli baru dalam keluarga kami yang bakal dilahirkan kedunia tak lama lagi...IMAN. Ye...ibuayah dan adik datang melawat iman. Ibu datang, bawa baki barang-barang iman yang erna simpan kat rumah ibu lepas shopping dengan incik suami masa cuti semester lalu..Seronok sangat bila ibuayah datang. Seronok yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata..Rasanya,entri kali ni..akan mengalirkan air mata erna. huhuhu..


11 March 2012
Ibuayah sampai dalam kul10pagi. mereka bertolak sabtu malam. Kul12mlm macam tu ibuayah bertolak dari puchong ke perlis. Sabtu malam tu jugak, erna tak lena tidur sebab tak sabar tunggu kehadiran mereka..Munir tak ada kat rumah sebab munir keluar pegi rumah orang kahwin dengan tunang tercinta. Mai pulak balik kampung sebab famili mai datang dari KL. Sampai je,angkat barang-barang yang di bawa dari puchong. Lepas angkat barang, ibuayah rehat-rehat..tidur..bangun,siap-siap dan kami keluar pegi makan. Erna bawak makan kat cafe asrama je..Nak cepat.. Next destination, erna mintak tolong ayah hantar erna ke PMC. Actually,kena checkup iman hari khamis. Tapi erna ada kelas..so,tangguh sampai ke hari ahad. PMC kat Alor Setar. Hari ahad, kedah kan bekerja seperti biasa..Mula,tak dapat jumpa doktor annuar sebab erna sampai kul4.30. Doktor Annuar pulak ada 2orang ibu nak di operate. Tapi,bila erna bagitau erna datang dari perlis dan selalu rasa sakit kat bawak perut,maka..orang yang jaga kaunter reception terima kedatangan erna ^___^ alhamdulillah..


Perbualan dengan doktor selepas sesi scan perut.


Dr.Annuar: Baby dah engage..dah masuk jalan..bersedia..dan alert dengan tanda-tanda nak bersalin.
Erna: Agak-agak bila saya bersalin?
Dr.Annuar: Ikut due macam biasa. Cuma,perlu bersedia bila-bila masa selepas masuk 36minggu. Kalau sakit dan ada tanda-tanda nak bersalin,tak kisah la pagi petang malam..datang je terus ke hospital.
Erna: Ok doktor..baby pusing lagi tak?
Dr.Annuar: Tadi dah tengok masa scan..baby dah engage. dah masuk jalan. dah ke pelviks kepala baby. InsyaAllah..tak boleh nak pusing lagi..Jangan risau ye.
Erna: Ok..thanks doktor.


  • Alhamdulillah..iman dah nak masuk 36minggu a.k.a 9bulan. macam tak percaya je..alhamdulillah.
  • Berat dah mencecah 2.4KG. Cepat je anak ummi naik berat badan..nak lawan ummi yang cepat naik berat badan ni ye.. :)
  • Alhamdulillah..syukur bila doktor bagitahu iman dah engage..dan ummi memang nampak jelas kepala iman dah masuk ke laluan. ini yang ummi nampak masa doktor scan perut ummi.
  • Beg hospital iman ummi dah kemas. Beg ummi,bila nak kemas??? hunjung minggu ni kena kemas....wajib kemas....
  • Ummi masih tak jumpa siapa nak urut masa ummi dalam pantang nanti. Harus gigih mencari dalam minggu ni jugak..(mai dan munir...teman tau! tolong carik mak cik urut..)
  • Botol nak buat stock susu iman pun ummi tak cuci lagi.
  • Plz..plz..plz..ummi kena alert dengan tanda-tanda nak bersalin. huh..bersedia!

Iman sayang..macam tau-tau je ummi tengah berceloteh tentang iman. bukan main mengeras iman dalam perut ummi ye.. Rasa nak ke tandas pulak ummi bila iman mengeras macam sekarang ni. Iman sayang..ummi berdebar. Tapi,ummi tak sabar. Tak sabar nak lahirkan iman..nak cium iman..nak susukan iman dengan nenen ummi. Iman sayang..kuat tau! kuat untuk menempuh hari-hari yang semakin hampir. Iman sayang..iman kena kuat dan tabah macam ummi tau. walaupun ummi tak setabah mana,tapi..ummi selalu lawan kata negetif dalam diri ummi. Iman sayang..semoga babah sempat datang bagi semangat kat ummi di saat kelahiran iman nanti. AMIN...ummi sayang iman!

Entri tentang ibuayah adik datang perlis ni,akan bersambung...entri nanges-nanges, entri lepas ni..next entri...jam dah kul3.20pg. Sweet dream 

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. sedey lak..aku nak col ko tapi asik tak berkesempatan.. b strong k..love u babe!

    ReplyDelete
  2. aku pon sedey..act entry ni belum sampai tahap sedey lagi la.ada next entry.hehehe..
    anyway..aku pun ada gak niat nak text ko. tapi x text lagi..nak story mory..
    love u too!

    ReplyDelete