DIARI HAMIL UMMIERNA : EPISOD 3 - Jantina Adik Iman Telah Diketahui!

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Wah...tajuk bukan main lagi. Macam retis sangat bila memberanikan diri letak tajuk macam tu. Hahaha...alaaaa tak risau pun sebab erna ni bukan artis. So tajuk entry macam ni, biasa saja. Tak salah pun letak tajuk entry macam ni kan. Bagi tambah semangat pembaca semua dan sebenarnya yang tengah menaip entry ini berkali-ganda semangat nak share =P

Last check up erna dengan Dr. Raja Juhaidah di Columbia Asia Puchong pada 30/1/2014. Melampau la ummi awak ni adik baby..hampir sebulan selepas check up dan next week 27/2/2014 ada next check up. Malam ni barulah ummi nak update cerita tentang awak wahai adik baby kesayangan ummi. Maaf sayang..bz ummi ni. Bz uruskan macam-macam benda. Alasan lagi! Apapun, ummi tak nak terlepas peluang berkongsi cerita awak yang bakal jumpa ummi tak lama je lagi. Ok, ummi sangat tak sabar.

30/1/2014 pagi, erna pergi hospital sorang je. Babah kerja. Aduhai..bukan main lama kena menunggu.  Adalah dalam 30minit juga. Sebab ramai betul ibu-ibu hamil yang pilih Dr. Raja. Di Puchong ni, Dr. Raja Juhaidah adalah satu satu nya doktor perempuan islam. Jadi, memang menjadi pilihan ramai ibu hamil. Ini juga antara kriteria yang erna tekankan dalam proses mencari serta memilih doktor yang akan menyambut kehadiaran anak kedua erna nanti. Selain tu, record Dr. Raja Juhaidah memang baik daripada banyak testimoni yang erna dengar. Macam biasa, sama macam 1st check up dulu..bila dah lama menunggu, erna ke cafe makan dulu. Siap cakap dengan adik baby, "sayang..ummi dah makan kenyang-kenyag ni. Nanti Dr. raja scan, adik bagi kerjasama ok. Pose paling comel untuk ummi.." hahaha...boleh pulak kan? 

Sampai je turn erna, nurse Dr.Raja Juhaidah ni namanya Saripah. Saripah panggil nama erna, erna masuk dan...bila masuk je Dr. Raja dah ada rekod erna dalam komputer dia. Kemudian Dr. Raja cakap..usia kandungan 16w. Terus Dr. Raja tanya.."nak tahu jantina baby tak?" Erna pulak jawab soalan Dr. Raja dengan pertanyaan. Bukan jawapan. "Dah boleh tahu ke?" Dr. Raja cakap.."yang keluar tadi sebelum awak tu, baby baru 15w dah nampak jantina. Baby awak dah 16w+ dah terlebih nampak dah.." Wah..excited la kan erna nak tahu. So, dalam proses erna nak baring atas katil tu, erna cakap kat Dr. Raja.."ok saya nak tahu la jantina baby Dr. " 

Mula, Dr. Raja ukur dulu size kepala, panjang badan baby, size tulang peha, tengok denyutan jantung dan conversation selepas itu erna bersama Dr. Raja,

"kejap, kita pusing, pusing, pusing, ok baby..ok..pusing..ok, ini baby..............." 

"Yeke Dr. ? betul ke? saya nampak bird.." 

"Yelah. Betul la apa saya cakap ni. Saya tak pernah bad record tau!.."

Kemudian Dr. Raja tunjuk lagi sekali dan scan berpusing-pusing adik baby daripada arah bawah montot comel tu. Bagusnya Dr. Raja siap explain pada erna. Dr. Raja cakap..bila kita scan baby dari arah montot tu, mudah la nak nampak jantina. Bukan scan dari arah atas. Pada awalnya erna macam ia ia kan saja apa kata Dr. Memang nampak jelas tapi erna ni yang tak berapa nak faham tengok baby di screen tv bilik Dr. Raja. Patutlah Dr. cakap pusing, pusing, pusing lagi, pusing sambil gerak-gerakkan alat scan tu pada perut erna. Rupanya mencari posisi serta kedudukan bayi dengan betul. Dr. Raja cakap lagi, kalau bird, jelas la nampak bird macam nak terbang. Kalau tak ada bird, flat je la pemandangan dari arah montot comel baby kita..Hehehe gelak-gelak erna dengan Dr. Raja masa Dr. Raja terangkan haritu.

Macam biasa, setiap kali check-up juga Dr. Raja tak lupa tanya tentang supplement atau ada apa-apa masalah yang erna hadapi. So far semuanya ok pada erna dan erna memang tak ambil apa-apa supplement daripada Dr.Raja. 100% baby Shaklee ni..

Syukur. Macam tak percaya pun ada juga. Awal sangat rasanya dapat tahu jantina adik iman. Masa iman dulu, lambat baru kami dapat tau jantina iman. Rasanya iman masuk 6bulan baru erna tahu jantina iman. Itu pun..Dr. cakap iman menyongsang. Jadi susah sikit comfirm. Bila Dr. pun tak cakap comfirm..erna pun tak berani la nak comfirm. Apapun, secara jujur..masa iman dulu, memang perasaan erna merasakan yang iman adalah BOY. 

Sebenarnya, dari awal hamil erna dah beritahu pada suami..erna tak kisah apa jantina bayi yang erna kandungkan. Tipulah kalau cakap tak nak GIRL kan. Mesti nak baby girl sebab dah ada seorang anak lelaki. Tapi, jika Allah takdirkan anak erna hamil kali kedua ini adalah BOY, erna redha. Terima seadanya. Scan tu kepakaran Dr. sahaja. 100% jantina baby adalah kuasa Allah yang Maha Mengetahui. Apapun jantina anak yang bakal dilahirkan nanti, doa erna setiap saat adalah..dipermudahkan urusan kelahiran bayi ke dunia dan semoga sempurna sifat kejadian anak dan sihat bayi yang erna kandungan ini. Amin



OR







Sekarang ni, ummi declare awak sebagai adik baby T ^_____^


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment