Pentingnya Memiliki Perlindungan Insurans - Highly Recommended Agent
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Seperti yang erna janjikan dalam entry lepas, entry kalini erna nak kongsi dengan semua kawan-kawan dan pembaca blog ummierna, kepentingan memiliki insurans. Berkongsi berdasarkan pengalaman yang erna sendiri dah lalui. Pada usia yang tak berapa nak tua dan tak berapa nak muda ni, kira pertengahan la ye umur erna ni..dekat-dekat 3series juga ni. huuuu tua dah tu sebenarnya T___T erna pernah terfikir nak memiliki insurans diri sendiri. Sejak daripada erna belum berkahwin lagi memang ada terfikir nak beli insurans untuk diri sendiri.
Masa zaman study-study dulu lagi la berangan. Ada juga kawan-kawan study dulu yang dah ada insurans diri. Mak ayah mereka bayarkan bulanan. Erna faham ekonomi keluarga dan ayah macam mana. So, memang simpan angan-angan sendiri je. Dari dulu la cakap kat ibu nak ada insurans. Ibu cakap, belajar rajin-rajin, kerja dan boleh beli insurans sendiri nanti =) Alhamdulillah..tercapai juga niat dan hajat nak ada insurans sendiri sekarang. Dengan izin Allah juga, sekarang kami sekeluarga memang ada insurans diri. Babah, ummi, iman dan insyaAllah lagi 2minggu nak sign up untuk adik iman pula.
Cerita bagaimana erna mula sign up insurans ni, sejak dari awal mula serius bisnes Shaklee..ummi Shaklee erna, a.k.a upline erna selalu juga berkongsi cerita perihal insurans. Selalu rasa teruja bila ummi Shaklee erna boleh biayai insurans dia sendiri. Selalu juga la masa tu erna berangan-angan nak ada insurans diri. Berangan kan tak kena bayar pun =) Alhamdulillah rezeki dari Allah..september tahun lalu, erna sign up untuk kami sekeluarga. Officialy 120hari selepas pendaftaran baru boleh mula nak claim ke apa. Agen kami, adik kepada ummi Shaklee erna. Syukur..mudah sangat berurusan dengan encik agen kami ni.
Erna pernah bawa iman untuk menerima rawatan di hospital kerajaan. Menunggu sahaja sampai 4-5jam. Bayangkan 4-5jam kami terpaksa menunggu giliran untuk jumpa doktor. Dalam situasi iman tak sihat tu, kami suami isteri kalau boleh ingin dapatkan rawatan sesegera yang mungkin untuk iman. Masa untuk mendapatkan rawatan lebih kepada giliran menunggu. Apapun kami suami isteri faham, pihak hospital terpaksa berdepan dengan beratus-ratus pesakit dan bermacam kerenah manusia setiap hari. Maka tidak hairanlah kalau mereka semua tertekan semasa bekerja.
Cerita panjang lebar, lupa nak inform kami sekeluarga ambil insurans daripada syarikat Prudential BSN Takaful. Di Malaysia sendiri sekarang ini, dah bermacam-macam insuran yang ada..cuma kita sebagai penggunalah yang harus bijak memilih polisi yang setaraf dengan kemampuan dan perkhidmatan yang di beri oleh insurans yang kita telah pilih itu nanti.
Pendapat erna apa yang penting, jika hendak memiliki insurans:
1) Selidik produk/polisi, perkhidmatan serta faedah yang kita bakal perolehi dengan insurans yang hendak diambil.
2)Pertimbangkan dengan kemampuan kewangan kita.
3) Buat sedikit kajian mengenai agen insurans yang bakal berurusan dengan kita. Agar kalau terjadi apa-apa di masa hadapan kita akan mudah dan senang berurusan dengan agen insurans tersebut.
4) Selidik kawan-kawan, saudara mara atau kenalan yang pernah mengambil insurans..bagaimana urusan selepas memiliki insurans itu. Adakah mudah untuk membuat sebarang tuntutan/claim.
Erna dan suami mendaftar di bawah pelan PruBSN TakafulLink. Iman pula, PruBSN SmartLink. Pelan insurans ni, ada orang yang hanya ambil untuk medical card ataupun ada juga orang panggil, insurans kad perubatan. Tapi, kami sekeluarga ambil yang pakej 3 in 1. Perlindungan, Hospital & Medical Card, Simpanan. Pendapat erna, jika anda berkemampuan..elok ambil yang 3 in 1 ni. Cuma, jika kekurangan budget, boleh juga ambil yang medical card sahaja. Khas untuk perubatan.
Kenapa best jika kita pilih yang 3 in 1? Sebab pada erna complete la..alang-alang nak beli insurans, erna pilih terus yang TakafulLink. Lagipun, erna bekerja sendiri. Erna cerita seringkas yang boleh ye tentang 3 in 1 pakej yang erna bayar setiap bulan untuk kami sekeluarga.
1st untuk perlindungan. Kita, akan terima pampasan jika berlaku kematian. Kalau erna mati, suami akan terima. Jika suami, erna akan terima. Jika iman, kami suami isteri akan terima pampasan. Bukan sahaja kematian, jika berlaku hilang upaya kekal pun akan dapat juga pampasan. Selain tu, jika di sahkan ada penyakit kritikal atau berlaku kemalangan. Termasuk bil perubatan di cover oleh pihak insurans. Semua ni ada pampasan serta amaun perlindugan tersendiri
2nd, manfaat perubatan pula..kami akan dapat rawatan hospital secara percuma. Contoh masa iman demam berpanjangan 3hari tu, erna terus bawa iman ke Sunway Medical Centre dan terus dapat rawatan di emergency. Tak perlu tunggu lama. Bila doktor cakap warded, 1sen deposit pun kami tak perlu bayar. Ini, perlu tengok juga pada pelan yang anda pilih dan bayar setiap bulan. Bilik pun kami boleh pilih nak yang mana. Macam iman haritu, bilik dan penginapan di hospital maksimum RM300 sehari. Boleh la pilih nak single beded dan single duluxe beded pun boleh. Keselesaan untuk pesakit juga penjaga. Erna sebagai penjaga iman pun boleh claim/buat tuntutan elaun harian sebab jaga iman. Seronok bukan? Bukan seronok anak kita jatuh sakit dan duduk hospital. Tapi, andai kata anda ni bekerja..jika sehari tak datang kerja, kena potong gaji. Bila pihak insurans boleh bayar elaun..berbaloi la kan untuk kita? Untuk iman haritu, boleh claim RM250/day.
3rd simpanan/pelaburan ini adalah simpanan untuk persaraan. Terutama untuk erna yang memang bekerja sendiri. Pada umur sekian, simpanan akan ada berapa. Kira simpanan pencen juga la ni. Kalau orang bekerja ada epf, orang-orang yang tak bekerja ni, ada simpanan sendiri. Kalau anda memang bekerja, kemudian ambil pelan yang ada simpanan..bagusnya. Ada simpanan extra untuk hari tua. Pelaburan/simpanan ni kita boleh tambah jumlah tunai dia bila-bila masa yang kita nak. Simpanan/pelaburan takuful ini juga di luluskan oleh undang-undang syariah. Contoh, untuk anak pula..macam erna ambil pelan untuk iman, pada kadar 9.0% return annually, simpanan akan ada 24k pada usia iman 15thn. Kalau iman nak sambung belajar ke nanti, dah ada simpanan. Persediaan awal. Seboleh-bolehnya erna tak nak anak-anak menanggung hutang belajar macam erna sekarang. Kalau anak-anak dapat biasiswa belajar nanti, syukur alhamdulillah..apapun ini namanya persediaan.
Kalau anda yang bekerja dengan majikan tu, mungkin ada panel klinik ke apa kan. Macam suami erna, ada juga insuran pekerjaan. Ada panel klinik sakit-sakit biasa. Cuma cover tak banyak. Jadi, kalau ada yang rasa tak penting pun beli insurans ni sebab company bayarkan kos perubatan klinik dan ada insurans, anda kena tanya betul-betul pada company. Berapa mereka cover? Sejak-sejak erna mula bayar insuran kami sekeluarga setiap bulan, erna rajin juga baca kes-kes orang lain. Ada yang di serang penyakit..mulanya mereka ni tak terfikir pun betapa pentingnya ada insurans. Sebab apa? sebab company cover kos perubatan. Malangnya company cover 20k sahaja. Sedangkan kos rawatan 50k. Mana nak cari lagi 30k? Lainlah kalau memang ada simpanan ke kan..memang orang kaya ke kan..takdelah masalah nak langsai lagi 30k tu. Kalau macam erna? haaaa....mana nak korek???
Syukur alhamdulillah...dipermudahkan segala urusan. Syukur juga sebab Allah kabulkan doa, impian serta hajat nak ada insurans sendiri. Malah Allah beri lebih lagi nikmat, bila setiap bulan sekarang ni erna boleh bayar insurans untuk suami dan iman. InsyaAllah dalam 2minggu lagi nak sign up untuk bayi dalam kandungan pula. Nanti, kalau dah sign up..erna share dengan anda semua, kenapa erna nak sign up untuk anak yang masih dalam kandungan erna ni ye. Ummi bayar untuk abang, adik pun perlu perlindungan juga. Tak semestinya tunggu anak keluar dari perut baru nak daftar insurans untuk anak kita.
Bisnes Shaklee banyak mengubah kehidupan erna. Banyak mengubah kehidupan kami sekeluarga. Daripada impian dan angan-angan biasa sebelum ini, ia dapat di realisasikan dan menjadi kenyataan. Erna akui, jika erna bekerja dengan jawatan yang lama dan bukan dengan bisnes ini..mungkin erna masih berkira-kira untuk laburkan hampir 1k sebulan untuk bayar insuran kami sekeluarga. Mungkin juga erna hanya mampu bayar yang medical card sahaja. Tapi, semua ini rezeki dari Allah. Ada keinginan dan impian, buat sungguh-sungguh. Peluang ada, erna tak nak biarkan terlepas. Erna juga cakap pada suami, insuran ini sebagai reward jangka panjang yang erna laburkan dan hadiahkan untuk diri sendiri, untuk suami tercinta dan untuk anak-anak kami.
Erna memang highly recommend encik agen erna kepada semua yang pertama kali nak beli insurans diri macam erna ni ataupun kalau anda pernah ada bad experience ke dengan mana-mana agen, silalah hubungi encik agen kami. Dari mula erna pm nak minta quotation sampailah ke saat claim insurans semuanya berjalan lancar. Memang tip top service dan sangat mudah. Kami sangat berpuas hati. Syukur..semuanya di permudahkan. Pilihlah agen insurans yang betul-betul membantu dan bertanggungjawab.
Sama juga macam anda nak beli vitamin, sekarang ramai sangat pengedar Shaklee. Maka, carilah pengedar yang boleh berikan service terbaik. Sebelum beli, semasa pembelian dan juga selepas pembelian. Cari pengedar Shaklee yang boleh berikan konsultasi pemakanan vitamin dengan betul. Jangan hentam kromo membeli. Ini melibatkan pelaburan wang dan nyawa serta kesihatan. Samalah juga macam membeli insurans ye..keterangan lanjut, boleh call, sms, whatapps Encik agen erna. Encik agen erna akan email kepada anda quotation ikut spesifikasi yang anda inginkan. Jangan takut, minta quotation dan penerangan free je.
Encik Agen tak suruh pun erna sediakan entry ini. Tak ada bayaran % keuntungan pun =) Tetapi, atas kesedaran diri sendiri dan erna nak semua kawan-kawan memiliki insuran, erna sediakan entry ini berkongsi pengetahuan yang erna ada. Erna jugak tak nak kalau kawan-kawan tersalah buat pemilihan agen. Penting dalam hidup ni kita buat pilihan yang tepat. Selebihnya letakkan kepercayaan serta keyakinan pada apa yang kita telah pilih. Doa banyak-banyak agar semuanya di permudahkan..InsyaAllah.
Anda boleh hubungi Encik Mohd Solihen Bin Abu Zarin;
Ini kad untuk Ummi, Babah, Iman.
Tak lama lagi, ummi akan simpan kad adik baby T pula ^___^
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
0 comments:
Post a Comment