Demam Virus - Iman Dan Sunway Medical Centre
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Alhamdulillah..ada kelapangan malam ni, boleh la erna update blog. Baru lepas makan nasi lemak sambal kerang. Cop! Entry ni bukan nak cerita tentang nasi lemak. Entry ini sebenarnya nak cerita tentang iman masuk wad hujung minggu lepas. Kesian anak ummi. Menguji kekuatan ummi dan babah juga bila anak kesayangan kami kena duduk wad.
Kisah bermula, minggu lepas tiba-tiba iman demam. Demam yang menyerang waktu malam je. Siang, suhu badan iman ok. Dalam 37c tapi menjelang malam , suhu iman naik. Lebih-lebih bila nak dekat subuh, suhu iman mencecah ke 39-40c Memang risau sangat erna. Sentiasa lap-lap badan iman dengan kain basah. Letak kain di celah-celah ketiak, kepala, leher dan pelipat kaki.
Tapi, masuk hari ketiga..malam tu badan iman mula panas lagi. Jadi erna buat keputusan nak bawa iman ke hospital. Owh ye..sebenarnya, hari kedua iman demam erna dah bawa iman ke klinik. Tetapi demam masih berlarutan sehingga ke hari ketiga. Siang hari, iman segar. Sakan dia bermain. Walaupun hidung iman ada hingus dan tak batuk teruk mana pun. Sikit je batuk. Cuma, panas badan waktu malam tu buat erna risau.
Mulanya erna plan nak bawa iman ke hospital serdang je. Tak ingat langsung yang kami sekeluarga ada carum insurans setiap bulan. Panik kan. Semua pun tak ingat. hehe. Suami yang ingatkan erna. So, selepas erna whatapps agen insurans kami, En.Solihen terus call Columbia Hospital Puchong. Dalam 10minit, En.Solihen hubungi kami dan bagitahu yang tiada wad kosong di Columbia. Jadi, En.Solihen bagi cadangan kepada kami untuk pergi ke Sunway Medical Centre. Erna dan suami setuju sebab tak jauh pun Sunway Medical Centre tu.
Kami terus ke emergency malam tu. Pukul12 lebih kurang. Sampai je, bacaan suhu iman 40.2c terus kena masuk ke ruangan rawatan bahagian dalam. Doktor datang, check iman, tanya-tanya beberapa soalan dan terus cakap.."warded". Maka kami pun redha. Sebab doktor cakap sekarang ni banyak kes denggi. Memang di kawasan perumahan kami pun ada pasang banner tentang banyak kes denggi. Jadi, tak apalah iman kena duduk wad untuk terima rawatan lanjut.
Rawatan pertama yang iman terima adalah, nurse minta erna buka semua pakaian iman termasuk pampers. Seksi iman masa tu. Tak pakai apa dah dia masa tu. Menangis la iman dalam tu..cakap "mi sejuk sejuk" "habis habis habis" "yeay..pandai.." semua tu iman sendiri yang cakap. hehe comel je anak ummi ni. Sakit pun banyak cakap. Bijak! Nurse ambil semangkuk air suam dan lap seluruh badan iman. Lenjun abis atas katil tu. Iman nangis pun nurse teruskan lap-lap badan iman. Rawatan ini dikenali sebagai sponging/lap. Nurse ada bagitahu erna, jangan lap guna air sejuk sebab badan anak akan terkejut. Sebaliknya lap-lap guna air suam dan lap keseluruhan badan tidak terkecuali kepala.
Lepas dah siap lap-lap, nurse ada explain pada erna next step yang akan mereka buat. Doktor datang ambil darah, dan akan ambil sample kahak iman. Bila sebut ambil darah, babah awal-awal cakap akan duduk jauh dan minta ummi temankan iman. Suami erna memang macam tu. Mudah lemah semangat lagi-lagi bab iman. Babah tak boleh tengok orang cucuk iman. Tak boleh tengok iman nangis. So, ummi yang tuff ini temankan iman. Babah intai-intai je dari jauh.
Sebelum doktor cucuk iman, erna bagitau doktor..yang iman memang ada masalah untuk dapatkan darah. Sebab pernah ada 2x pengalaman di Hospital Serdang. Iman terpaksa di cucuk sehingga 3x 4x sebab bila nurse dan doktor cucuk, mereka tak dapat jumpa urat yang betul. Bila dah cucuk, darah tak keluar pun. Kesian sangat iman kalau di ingat semula peristiwa dulu-dulu.
Tapi, kalini erna betul-betul berpuas hati. Doktor ambil masa belek-belek tangan iman. Erna rasa lebih daripada 15minit doktor belek urat-urat di tangan iman. Doktor tanya erna, iman pernah ke kena cucuk di bahagian atas tapak tangan tu? Erna pun explain yang iman pernah duduk NICU seawal kelahirannya. Doktor cakap, patutlah..urat iman nampak tak cantik dan tidak tersusun. Mungkin kesan daripada pernah di cucuk berkali-kali. Sedih tauuu ummi ni dengar. Bila doktor comfirmkan dengan 2orang nurse tempat yang akan di cucuk, nurse balut iman dengan selimut tebal dan cucuk iman. Alhamdulillah...sekali je cucuk, terus keluar darah. Alhamdulillah...
Bermalam lah kami di wad. Hari pertama dan kedua je iman masuk air. Sabtu tengahari tu iman dah tak masuk air lagi. Sebab iman berselera makan dan nak minum macam biasa. So, nurse cakap tak apa..tak perlu lagi masuk air. Setiap 4jam nurse datang ambil suhu badan iman dan tanya beberapa soalan pada erna. Tanya erna ada tukar pampers iman ke tak. Iman minum dan makan ke tak. Iman makan dan minum apa. Itu antara soalan wajib. Selain dari itu, setiap 6jam nurse datang hantar ubat dan setiap kali nurse datang juga iman akan cakap.."dah...habisss..." iman takut betul bila nampak nurse. Sebab iman sangat takut makan ubat! hehehe hero ummi ni.
Nurse pun cakap trademark iman "habisss..dah...pandai.." hehe. Sepanjang iman duduk wad, iman memang akan cakap ayat yang sama bila nampak nurse.
Setiap hari waktu makan, iman akan dapat menu bubur. Tapi, bertukar-tukar menu bubur iman. Bubur ayam, bubur ikan, bubur campur. Macam-macam bubur. Menu untuk penjaga pula, setiap pagi pekerja yang bawa makanan akan berikan sekeping kertas untuk penjaga pilih menu makan tengahari dan juga menu makan malam. Makanan memang sedap-sedap. Siap ada pelbagai pilihan. Nak western ke. Nak ketimuran ke. Nak pedas. Tak nak pedas. Semua boleh pilih. Tick tick dalam kertas menu tu.
Bilik selesa walaupun single beded je tak dapat masuk duluxe single beded sebab semua bilik dalam wad kanak-kanak di Sunway Medical Centre full. Tapi, kami suami isteri berpuas hati. Iman dan ummi tidur sekatil. Babah pun ada tempat tidur sendiri. Kerusi yang boleh di ubah menjadi katil.
Nurse baik-baik. Semua lemah lembut dan sangat membantu. Sampaikan iman nak makan ubat, nak tukar baju, muntah semua nurse nak buat. Erna tak bagi la nurse buat semua tu. Erna dan ibu buat sendiri. Owh ye..sepanjang iman duduk wad, 2hari berturut-turut ibu tolong jagakan iman. Ibu sentiasa ada tolong erna. Pagi-pagi ibu dah datang. Sebelum sarapan sampai, ibu dah sampai. Terharu T__T Mama mertua dan famili suami pun ada juga datang melawat sepanjang iman di wad.
Disebabkan entry ini di tulis on off jadi, jadi content agak kucar kacir. Faham-faham jelah..kalau dulu menulis blog boleh la nak khusyuk. Pastu idea pun mencurah-curah. Sekarang ni, baru nak menaip..anak bijak erna dah tarik nak itu ini. Macam-macam nak. Sabar je lah...anak bijak memang macam tu =)
Alhamdulillah, selepas 4hari 3malam kami berkampung di hospital, doktor benarkan iman keluar wad.
Total bil adalah 2k++ semuanya selesai tanpa ada apa-apa masalah. Masuk hospital juga tanpa sebarang bayaran deposit. Mudahnya bila ada perlindungan insurans.
Next entry, erna akan share betapa pentingnya ada insurans untuk setiap orang. Termasuk diri kita sendiri dan anak-anak kita. Syukur erna buat keputusan yang tepat lebih cepat.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
0 comments:
Post a Comment