Anak Kita Tak Sama Dengan Anak Dia
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Semangat nak cerita tentang abang iman kesayangan ummi dan babah. Baby ummi dan babah. Baby sampai bila-bila. hihi..kalau iman baca entry ni masa usia dia dah 12tahun ke..senyum-senyum malu iman kan. Sebab ummi cakap sampai bila-bila iman baby. Walaupun mungkin pada usia iman 12tahun nanti, iman dah ada 3orang atau 4orang adik di bawahnya. Waaahhhh...bukan main meriah la keluarga kami nanti. Berderet anak. hihi. Berangan je ni. Berangan kan tak kena bayar =) Cuma kena lah usaha sungguh-sungguh agar angan-angan kita jadi kenyataan.
Ok. Ok. Semangat ummi membuak-buak nak menaip entry ni. Iman tengah tidur tu. Maka, inilah peluang terbaik ummi nak duduk kat soho comel ummi sambil feeling 100% menaip entry ini. Jika masih ingat lagi, erna pernah cerita dalam ENTRY INI tentang iman yang ada join playgroup setiap hujung minggu. Alhamdulillah iman masih lagi join palygroup yang sama.
Bulan depan iman genap 24bulan a.k.a 2tahun. Kejap betul masa berlalu. 2tahun dah bersama iman. 2tahun dah Allah beri peluang pada erna dan suami untuk pinjam iman dan jaga serta didik iman mengikut acuan kami. Walaupun kadang tu ada juga cabaran yang besar untuk kami sebagai ibubapa dalam usaha mendidik anak menjadi insan yang berguna. Biasalah..buat apapun dalam hidup ini ada cabaran. Bagi erna, ujian dan cabaran tu..pengakhiranya jika betul kita sabar, Nikmat indah akan kita perolehi nanti.
Iman makin besar ni makin banyak cakap. Banyakkkkkk cakap! Macam-macam iman cakap. Kadang tu, erna sendiri terkejut bila dengar iman cakap. Tak terjangka dek akal erna. Paling seronok, iman dah boleh susun ayat dengan 3 perkataan. Contoh, "ummi, satu. please.." Masa erna tengah bekerja di soho erna..tiba-tiba iman datang tunjuk botol vitamin atas meja kerja erna. Terus cakap ayat tu dan tunjuk botol vitamin. Rasa terkejut dan off course sangat happy bila iman dah boleh susun ayat macam tu. Contoh lain, kalau pampers iman dah penuh atau iman poo poo..iman akan cakap.."mi, beyak busuk" Owh sangat berbunga hati ni. Iman tau dia poo poo dan itulah ayat yang iman bagitau ummi bila iman poo poo. Kalau ummi kentot, iman akan cakap.."mi kontot.." pastu iman akan senyum ataupun ketawa sambil bukak mulut dia besar2. hahahaha anak ummi! I love u!
Actually banyak lagi perkataan yang iman dah sebut sekarang ni. "air macak" stand for air masak. "air cejuk" stand for air sejuk. "nenen celah" bila iman nak mintak tukar untuk hisap nenen sebelah. "mi nacik" iman mintak nasi. "ayam" "sayur" "ball" "meow" "kimis" stand for kismis. "kuma" stand for kurma. "Air cilo" air milo. Banyak lah..sangat banyak perkataan yang iman dah boleh sebut termasuklah membina ayat. Pada erna, ia adalah suatu yang membanggakan kami, sebagai ummi dan babah. Mungkin anak orang lain dah boleh cakap lagiiii banyak. Tapi, setakat umur iman yang tak sampai 2tahun lagi ni..bercakap sebanyak ini..kami bersyukur sangat-sangat.
Adik erna ada cakap, hanya ibu dan erna sahaja yang boleh faham banyak perkataan iman. Ahli keluarga yang lain ni, boleh faham juga apa yang iman cakap. Cuma bukan semua perkataan. Syukur alhamdulillah..ini juga satu nikmat dan hadiah tidak ternilai dari Allah untuk erna. Kenapa? Sebab...erna dan ibu yang bersama iman 24jam. Jadi, setiap perkataan yang iman sebut dan apa juga perbuatan yang iman buat, erna boleh kesan seawal yang mungkin. Setiap perkembangan iman, berlangsung depan mata erna. Nikmat bukan? Nikmat bila Allah izinkan erna bekerja dari rumah dan sentiasa bersama iman. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Kalau di school, iman lebih banyak melihat. Jarang dia berlari aktif macam kanak-kanak lain. Ada kawan-kawan iman yang sangat aktif di school. Daripada apa yang erna nampak, iman lebih banyak memerhati. Cuma, kalau sesi menari..teacher on je music..kami akan menari dan beraksi bersama. Masa sesi ini, iman memang melampau suka. Menari sakan iman. Kalau lagu dah habis. Iman akan cakap pada erna.."mi lagi. lagi. please.." hahaha erna akan cakap pada iman, "balik rumah kita dance and sing a song again ok.." kalau tak cakap macam tu, iman akan mintak erna on semula music. hahaha.. itu bukan school ummi, iman sayang. Mana boleh sesuka hati nak on off music :P
Tapi, erna tak pernah risau bila iman tak berapa aktif di school dan iman lebih banyak memerhati. Sebabnya..bila iman masuk je kereta, erna terus akan cakap dengan iman.."best kan school. ada friends. Next week kita datang lagi ok.." iman senyum-senyum. Dalam perjalanan balik dari school juga erna akan terus start nyanyi dan buat action macam yang kami sama-sama buat time class tadi. Iman sangat happy dan akan follow apa sahaja. Bila erna suruh iman buat action..dan erna nyanyi..iman akan buat! Apa sahaja yang iman belajar di school, erna suruh buat..iman akan buat. Ikut mood dia juga la. Mostly iman tahu cuma nak atau tak je la dia buat bila ummi suruh buat. Maknanya...walaupun iman hanya banyak memerhati di sekolah, tapi iman serap dan ingat apa yang dia perhatikan.
Haritu erna ada ber'Whatapps dengan teacher watie, tak sangka pula teacher watie buat satu kesimpulan daripada conversation kami. Kemudian teacher update dalam page Genius Baby On Board. Meh baca perkongsian daripada teacher..
- Ini msg ummi dan teacher watie -
"OBSERVATION IS PART OF PARTICIPATION"
Jangan pernah rasa cemburu dengan anak org lain apabila di kelas, anak kita tidak seaktif rakan-rakan mereka. We want them to be like what 'we want to see'..but my dearest Mommy & Daddy... sometimes it doesn't work that way..
Ingat kembali zaman kita belajar dahulu.. ada yang boleh belajar walaupun keadaan bising di persekitaran. .ada yang tidak boleh dgr radio ketika mengulangkaji, ada yg wajib dgr radio utk lebih fokus masa study, ada yg mesti pusing-pusing pen masa sedang menghafal data.. ada yg wajib hidang nescafe tepi meja sepanjang belajar..dan macam2 lagi cara kita nak fokus kan?
Begitulah anak kita. Tidak bermakna mereka tidak belajar apa2 jika mereka diam dan hanya melihat apa yg Guru lakukan di kelas..itulah cara anak kita belajar. By watching, looking and absorbing whatever they see.. Bila di rumah, mereka ulang dan ulang apa yg telah mereka pelajari dengan cara tadi. Apa yang penting bagi kami di sini, anak2 menggunakan kesemua deria yg Allah beri untuk menggali ilmuNya.
Sebab tu kami di GBOB selalu tarbiah Mommy dan Daddy.. Kerana kita org dewasa ini sering benar mengklasifikasikan 'belajar' itu sesuatu yg 'mesti duduk diam2..mesti pandang muka cikgu tepat2, mesti fokus, tak boleh main2' & macam2 lagi lah. Samalah dgn main. Bila main..kena main betul2..mesti lompat, mesti jerit..'tak boleh tgk jer...tak boleh duduk diam'..dsb..
Bagi erna, yuran bulanan yang di bayar untuk hantar iman ke school, bukan sekadar memberi manfaat kepada iman, malah kami sebagai ibuayah juga dapat pendidikan. Banyak yang di kongsikan oleh teacher watie yang membuka mata dan minda kami. Ilmu yang di perolehi adalah sangat banyak, sangat bernilai jika nak di bandingkan dengan yuran yang kami bayar setiap bulan. Kami akan terus hantar iman bermain dan berjumpa kawan-kawan di school setiap minggu. Social skill juga sangat bagus. Syukur..
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
0 comments:
Post a Comment