Tips Merancang Jantina Anak Perempuan
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Anak adalah anugerah Allah yang amat berharga dan kita mesti menghargainya. Sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukannya. Ada pasangan yang sejak awal perkahwinan dah bincang-bincang nak anak sulung atau anak pertama mereka lelaki atau perempuan. Ada yang nak anak sulung lelaki dengan alasan abang mampu mengawal adik-adik dengan baik. Ada juga yang berhasrat ingin anak sulung perempuan. Alasan mereka, kakak lebih bertanggungjawab berbanding abang. Masing-masing punya keinginan dan kemahuan sendiri.
Erna dan suami selepas je dapat tahu erna hamil, kami sama-sama tak kisah apapun jantina anak yang di kandungkan. Tapi, suami ada bagi hint-hint nak anak lelaki. Bila erna cakap..jangan pilih-pilih..kita terima apa sahaja..suami cakap, doa dia..ummi dan iman lahir dengan selamat. Itu sudah cukup. Tapi jika kami di kurniakan anak lelaki, extra dan bonus untuk dia. Lambat juga kami tahu jantina iman dulu. Masuk bulan ke-6 7 baru doktor bagitahu jantina iman adalah lelaki. Sebab kedudukan iman dari awal sentiasa menyongsang setiap kali scan. Itupun kami tak percaya 100%. Allah jua Maha Mengetahui. Memang tak ada planning apa-apa nama baby lelaki atau perempuan. Sebab memang sedari awal kandungan lagi, erna dah panggil anak dalam kandungan erna dengan nama - Iman. So, iman lelaki atau iman perempuan kami terima dengan hati yang terbuka. Sehingga saat kelahiran..lahirnya Iman kami, Iman berjantina lelaki. Sujud syukur suami..
Dalam entry ini, erna ingin berkongsi beberapa tips bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan anak perempuan.
1.Digalakkan memakan makanan yang berasid sepertilimau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2.Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3.Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.
1. WAKTU BERSAMA
- Anak perempuan - kena bersama seawal habis period @ sblm ovulation. Sperm boleh hidup dlm rahim 4-5 hari. So sperm standby sebelum ovum keluar.
- Ada ustaz cakap, kalau kita nak anak perempuan, suami datang dari arah kiri kerana hawa adalah tercipta dari tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. kalau nak anak lelaki, suami datang pula dari sebelah kanan.
2. AMALAN SURAH
Petua daripada seorang Ustaz di Darussyifa'.
- Dia kata, pembentukan janin dalam kandungan ibu terjadi dalam masa 40 hari - 40 hari - 40 hari - 40 hari.
- 40 hari pertama, ketulan darah. 40 hari kedua, akan bersalut daging. 40 hari ketiga, tulang temulang akan terbentuk dan 40 hari ke-4 tulang akan dibaluti semula dengan daging.
- Jantina akan ditentukan sebelum kandungan berumur 4 bulan.
- Kalau nak anak perempuan, lebihkan baca surah Maryam dan berdoa pada Allah, minta kurniakan anak perempuan.
- Insya-Allah berhasil. Tapi Ustaz tu ingatkan, kena buat sebelum kandungan mencecah 4 bulan. Lepas 4 bulan tu, dah tak dapek nak nolong ler sebab jantina dah ada time tuh. Wallahu'alam.... Cubalah! Mana tahu berjaya.
3. MELALUI PEMAKANAN
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:
- Untuk mendapat anak perempuan, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu.
Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus.
4. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG
Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakah masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:
- Untuk mendapat anak perempuan, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.
- Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.
- Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.
- Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih dari kemaluan. Ini adalah disebabkan hormone yang meningkat ketika itu.
- Waktu subur paling tepat dikitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari (kitaran haid adalah tetap pada setiap bulan), waktu ovulasi adalah pada hari ke 14 (28-14). Bagi wanita yang kitaran haidnya adalah 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke 21 (35-14).
5. TAHAP KEASIDANAN
Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.
i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.
6. TAHAP KEPUASAN ISTERI
Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:
- Untuk mendapat anak perempuan, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan merangsang pergerakan benih X.
Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.
Tanda kemungkinan anda akan mendapat bayi Perempuan ;
* Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
* Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
* Payu dara kiri lebih besar berbanding kanan
* Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
* Bentuk perut condong ke arah atas
* Perut tampak agak lonjong
* Mengidam makanan manis
* Sukakan buah-buahan
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam
* Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
* Mudah moody berbanding sebelumnya
* Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
* Tidak suka makan roti bersama kulitnya
* Payu dara kelihatan mengembang
* Suka menghadap muka ke arah selatan semasa tidur
Petua dari bidan, selepas bersama mengiring ke kiri untuk dapat anak perempuan.
Mana petua untuk merancang anak lelaki? Next entry..ye sayang-sayang sekalian =)
Jika anda ingin mencuba Set Kesuburan Shaklee, boleh dapatkan daripada erna. Senarai Set Kesuburan adalah seperti berikut.
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
VitaLea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.
Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.
B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.
Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
Zink
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
KLIK: KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala
testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk
merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang
mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan
terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment