Iman Join Playgroup Genius Baby On Board Puchong

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Lama dah tak bercerita perihal pendidikan anak. Kawan-kawan lain ada juga up entry perihal pendidikan anak mereka. Haih la ummi iman ni..bz memanjang. Itulah erna ada cakap dalam entry-entry sebelum ni. Banyak sangat nak berkongsi cerita dalam ni. Tapi, selalu kekangan masa. Selalu je tak sempat. Cerita banyak tertangguh-tangguh. Sekerat jalan menaip, pastu save jadi draf. Banyak betul. So, bila ada masa terluang, memang laju-laju nak update. Supaya setiap kenangan terus tersimpan baik je dalam ni dan memori. Mana la tau kan..esok-esok lupa pula.

Act, sejak iman dalam perut ummi lagi..masa erna di perlis lagi erna selalu blogwalking blog mommy-mommy yang dah ada anak dan bakal ada anak. Rajin juga erna blogwalking blog mommy yang anak mereka dah berusia lebih dari 3 4tahun. Info yang erna selalu cari dulu selain daripada info kehamilan, erna suka mencari info perihal pendidikan. Siapa tak nak anak dia bijak pandai kan? Kalau pun mak study sampai master, phd, mesti nak anak-anak jauh lebih baik dan jauh lebih hebat dari mak. Tanya la sesiapa pun yang ada anak..semua mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Me too!

Hasil blogwalking erna, erna terjumpa 1 tempat yang namanya Genius Baby On Board (GBOB). Tempat ni menjadi tarikan pada erna sebab pendidikan yang di sediakan seawal baby habis pantang. Fresh-fresh otak baby dah boleh pergi school =) Bukanlah school yang belajar mengadap buku tu. Lebih kepada playschool dalam bentuk group. Lagi best sebab tempat ni kat Puchong. Tak jauh pun dari rumah kami. GBOB menyediakan 4level kelas. Iman kan duduk dengan ummi di perlis sehingga usia 3bulan ++, so tak sempat nak hantar iman ke class level 1. Pada usia iman 6bulan, kami suami isteri bawa iman ke GBOB. So, iman terus masuk class level 2. 

Class level 2 iman, iman masih tak boleh menyusur dan merangkak. Iman boleh meniarap je. Ingat lagi erna masa iman join class level 2, bila teacher watie panggil dan nak bagi toys, iman tak boleh ke arah teacher watie pun. Hanya goyang-goyang kaki beriya-iya iman nak ke arah teacher. hehe..lawak masa tu. Ada juga kawan-kawan class level 2 yang sama dengan iman dah boleh merangkak ke arah teacher watie. Seronok la mereka boleh pergi ke arah teacher. Iman, ummi yang kena bawa ke arah teacher untuk ambil apa-apa tools playgroup masa tu. 1 class adalah dalam 10baby dan ibubapa masing-masing. Masa iman join class level 2, erna masih lagi bekerja. So, 1jam tempoh bersama iman dalam playgroup adalah masa yang sangat berkualiti. Seronok sangat...

Bila iman masuk level 3, erna terpaksa stop kan iman school. Sebab erna dah mula sambung master dan class erna hujung minggu. Babah selalu out station masa tu dan tiada siapa boleh bawa iman serta handle iman dalam class. Kami suami isteri sepakat stop kan dulu dan erna selalu berdoa erna dapat bawa iman ke GBOB semua nanti. Syukur..sem ni erna boleh bawa iman ke GBOB semula dan kalini iman terus masuk level 4. Reaksi iman setelah sekian lama tak join playgroup, iman lebih banyak tengok aksi kawan-kawan dan teacher daripada diri sendiri buat. Erna yang perlu approch iman untuk buat itu ini. Iman lebih minat tengok kawan-kawan daripada follow apa yang kawan-kawan dia buat.

Sebab dah lama tak join playgroup..ada juga insiden iman nangis dalam kelas. Lawak sungguh anak ummi ni. Muka macho, nangis pula dia depan ramai gugurl. hehe..Ada masa ok, ada masa nangis. Tak banyak nangis pun..sikit je iman nangis. Nangis bila ummi minta iman buat itu, ini follow teacher dan kawan-kawan lain. Di rumah kalau main sendiri atau main dengan ummi, ikut suka dia la kan nak buat apa. Bila di school mesti kena follow apa yang teacher dan kawan-kawan buat. Doa ummi, next class, iman ok..

Dalam kereta, bila erna minta iman buat itu dan ini yang teacher ajar dalam kelas, laju je dia buat. Syukur..pada pendapat erna dan daripada apa yang erna lihat, walaupun dalam kelas pertama iman ni setelah sekian lama tak ke school, iman alert dan boleh follow apa yang teacher ajar. Dalam kelas segan-segan ikut suka dia nak jalan ke mana, tapi bila erna minta iman buat di rumah, iman buat. Alhamdulillah...

Di school, bukan iman je belajar..ummi pun banyak belajar. Banyak aktiviti di school yang erna boleh aplikasikan di rumah. Bila baring-baring erna tunjuk pada iman video dia di school, senyum-senyum tepuk tangan dia. haha..jangan kat rumah suka, bila ummi bawak ke class hujung minggu ni sayang ummi nangis. Haa..jangan macam tu oke iman ku sayang!
 
Ok kawan-kawan, nanti erna akan update progress iman week by week ye. Iman sangat banyak cakap! Apa sahaja kami cakap, iman follow dengan jayanya. Maka, berhati-hati kami ni bila bercakap depan iman.

  • Count 1 2 3 - 10 (nanti erna update video)
  • Siapa nama ummi? ERNA! (nanti erna update video)
  • Siapa nama kawan iman? AMMAR! (nanti erna update video)
  • Phonics A APPLE, B BALL, C CAT, D DOG, E EPENT, F FISH, G GGGG..(act gorilla) (nanti erna update video)
  • Abang apis (ini babah dia panggil abang apis Gggrr..) Atok, Nenek, Acu, Wa, babah, mimi (act ummi), mamy, cikyin, uncle, mama (act tokma), tatun (kucing depan rumah kami)
  • Semua haiwan berkaki 4 iman panggil D DOG! sabun mandi susu kambing dalam bilik air ada gambar kambing, iman cakap D DOG! bijak sangat!
  • NAK NENEN (minta ummi nenenkan)
  • SATU SATU (kalau nak apa-apa yang kami sedang makan)
  • AIR (nak minum air)
  • APA KABA? (ini jelas. tapi iman ikut-ikut apa kami cakap)
  • ACiii (act vitamin C. Semua vitamin Shaklee ummi, iman panggil Acciii)
Banyak lagi iman ni cakap sebenarnya. Ini apa yang biasa dia cakap..dan terlintas di kepala erna, erna list di atas. Kat atas tu banyak "nanti erna update video" tah bila la tu dapat update. InsyaAllah..erna usahakan lebih konsisten update blog. Berkongsi kisah anak kesayangan erna dan suami =)

Kami bawa iman ke school bukan nak mendera iman untuk beri dia terima pendidikan terlalu awal. Lagipun di school iman bukan belajar mengira, membaca, menulis. Kelas iman lebih kepada penggunaan motor skill yang ada. Supaya anak kenal dan boleh asah motor yang mereka ada. Banyak juga aktiviti yang iman follow di school, menjadi sumber idea kepada ummi untuk jalankan lebih banyak aktiviti di rumah bersama iman. Lagipun, iman dari lahir hanya bersama kami. Tak bergaul dengan kawan seusia. Lainlah kalau iman tinggal di nurseri. Ramai kawan-kawan seusia. 

Semoga apa yang kami buat ini..mampu menambah nilai yang baik untuk iman. Apapun aktiviti anak bersama ibubapa di rumah, dalam kereta, ketika berjalan-jalan juga satu pendidikan untuk anak-anak sebenarnya.

Proudly Joined Genius Baby On Board Playgroup - uniform iman
"Muhammad Iman Zikir"

Ini sofea. Comel sofea nak main-main dengan iman. 
Ini dah habis kelas..seronok la anak-anak terus masuk ruang main-main

Salah satu aktiviti best!
Mula iman senyap, masuk pusingan kedua dah nangis nak ummi. hehe

Jika anda ingin dapatkan lebih banyak maklumat mengenai GBOB, 
Alamat: 

Cawangan Puchong:

47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1, 
Taman Meranti Jaya, 
7120 Puchong, Selangor.
Teache Watie: 0162033340

Cawangan JB : 

Genius Kids Resources,
No 58A Jalan Utama 45, 
Mutiara Square, 
Taman Mutiara Rini, 
Skudai, Johor.
Teaher Aida: 0106694699

Cawangan Shah Alam: 

Baachak Baby & Kids Resources
102B, 2nd Floor, Jalan Pelabur A/23A, 
40300 Shah Alam 
Teacher Azie : 0122877516

Set Vitamin Shaklee Untuk Anak


  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • Sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua
  • Setiap bancuhan Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap. 


  • Minyak ikan yang paling tulen mengandungi 7 jenis asid Omega 3 termasukEPA, DHA, ALA
  • Membantu tumbesaran, perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.


  • Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Jika anda berdekatan dengan Shaklee HQ di Empire Tower atau lain-lain branch, boleh gunakan ID erna 908806 untuk membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli. Jimat sangat!

Share this:

, , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment