Tips Merancang Jantina Anak Lelaki
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dalam entry lepas, erna ada berkongsi Tips Merancang Jantina Anak Perempuan. So, seperti yang di janjikan..erna akan berkongsi Tips Merancang Jantina Anak Lelaki pula. Owh ye, sebelum itu erna nak ceritakan sedikit pengalaman saat hamil kan iman. Pengalaman ini semestinya berkaitan dengan ciri-ciri sepanjang kehamilan erna yang bersangkut paut dengan jantina iman. Iman anak erna, iman lelaki ^___^
Flashback sikit tentang kehamilan iman zikir dulu;
- Beberapa bulan sebelum hamil, erna memang kerap makan makanan laut.
- Sebenarnya erna alah pada ketam. Tapi, tak tahu kenapa..ada satu hari di awal kehamilan iman, erna minta suami nak makan ketam. Suami bawa erna ke kedai makanan laut di tepi pantai. Makan ketam puas-puas tak ada alahan langsung! Memang pelik bila fikir-fikir semua.
- Tak makan asam langsung sepanjang kehamilan iman.
- Tak ada masalah morning sickness.
Sebenarnya benih yang terkandung di dalam air mani lelaki menjadi penentu kepada jantina bayi kerana benih-benih tersebut membawa koromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih yang dibawa oleh wanita hanya membawa kromosom X. Jika antara dua ini bercantum misalnya XX akan mendapat anak perempuan, manakala jika kromosom XY bercantum akan mendapat anak lelaki.
Benih bagi kromosom X danY mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Bagi benih Y ianya lebih cergas dan laju bergerak tetapi lebih cepat mati serta lebih tahan dalam keadaan beralkali. Manakala benih X pula lambat bergerak tetapi hidup lebih lama dan lebih tahan dalam keadaan berasid.
Untuk mendapatkan anak lelaki:
Disebabkan benih Y lebih tahan dalam keadaan beralkali maka:
1. Makanan dan minuman yang mengandungi asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga,
cuka, air bergas perlu dijauhkan selama dua(2) bulan sebelum merancang untuk mendapatkan
anak. Makanan laut adalah digalakkan makan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga
diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan 'douching' atau basuh dalam faraj
dengan satu alat khas. 20ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam
sebelum mengadakan persetubuhan.
Kaedah diatas adalah untuk memastikan kromosom X mati kerana sifatnya yang tidak tahan dalam keadaan beralkali.
Jika anda ingin mencuba Set Kesuburan Shaklee, boleh dapatkan daripada erna. Senarai Set Kesuburan adalah seperti berikut.
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
VitaLea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.
Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.
B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.
Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
Zink
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
0 comments:
Post a Comment