Suri Rumah Buat Duit

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Esok ada kelas Nutrisi bersama Shaklee di Hotel Holiday Villa, Subang. Pagi-pagi dah nak gerak ke sana. Tapi, dah lewat malam ni..masih nak menulis blog. Rindu nak menulis blog. Selalu je kekangan masa nak menulis blog. Mata mengantuk. Badan pun perlukan rehat juga. Harini COD vitamin Shaklee di 6 destinasi yang berbeza. Syukur..rezeki dari Allah. Destinasi terakhir tadi, suami temankan erna ke hospital Putrajaya. Actually erna dan customer dah lama juga deal nak jumpa dan nak past vitamin Set Berpantang Shaklee. Bila customer free, erna pulak jadual full. Bila erna free, customer pula tak free. Last-last kul8.30mlm tadi dapat Whatapps dari customer yang dia dah selamat melahirkan baby boy. Cuma, baby boy ada masalah jantung dan perlu ke IJN. Sama-sama kita doakan baby baik-baik sahaja. Amin.

Harini jadual betul-betul full. Dari pukul11pg keluar ke HQ Shaklee. Kemudian ke Petronas Seksyen 7, Shah Alam untuk COD SET BERPANTANG + PENYUSUAN + SLIMMING. Kebetulan, 2 orang customer terus erna jumpa di lokasi yang sama. Last untuk sesi petang punya COD, erna ke Plaza Perangsang. Balik rumah..dan pukul8.30mlm keluar COD semula. COD sesi malam, bertemankan suami dan iman. Sesi siang, ibu dan iman. So, dalam apa-apa sesi COD pun iman tetap peneman paling setia. Iman tahu semua jadual ummi. Iman tahu apa yang ummi buat. Iman pembakar semangat ummi...

Kadang tu ada juga terfikir..tak sangka inilah pekerjaan erna sekarang. Diam tak diam hampir 1tahun juga erna dengan pekerjaan yang sekarang ini. Pekerjaan yang tak pernah jemu erna buat. Pekerjaan yang..semakin erna bz, semakin erna tak puas. Semakin nak buat, buat, buat dan buat lagi. Pekerjaan yang semakin bz, semakin semangat nak kerja. Tak pernah merungut pun dengan kerja sekarang ni. Ops..ada juga merungut pada suami. Tapi, suami selalu balas.."inilah pekerjaan yang paling serasi dengan ummi iman. Ikut suka hati nak masuk kerja pukul berapa. Nak buat apa. Nak tidur bila. Nak bangun tidur pukul berapa.." (ayat ni erna dah olah supaya tersusun. Tapi, maksudnya sama) Syukur..suami sangat memahami. 

Erna selalu tanya pada suami..redha kah suami dengan pekerjaan yang erna buat sekarang ni?
Erna juga selalu tanya pada ibu dan ayah..setujukah mereka dengan apa yang erna kerjakan sekarang?
Erna juga selalu bertanya pada iman..seronokkah iman dengan pekerjaan ummi? 
Erna juga selalu bertanya pada diri sendiri..inikah kerjaya yang kau pilih erna berbekalkan sijil yang ada ?

Bila dah jadi isteri..bila dah jadi ibu..bila dah sedar diri ini adalah anak kepada ibu dan ayah..insyaAllah inilah pekerjaan terbaik untuk erna. Semoga terus dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. Semoga sentiasa dalam redha suami dan ibu ayah. 

Tidak pernah berbangga dengan apa yang di perolehi hari ini. Peluang setiap orang berbeza. Rezeki setiap orang juga berbeza-beza. Cuma, peluang ini telah terbuka kepada erna. Maka, perlulah erna manfaatkan sebaik-baiknya..Semoga jalan yang di pilih ini, adalah jalan terbaik bukan untuk erna sahaja. Tetapi untuk iman, suami, ibuayah, serta masyarakat.


#semoga impian untuk jadi suri rumah berpendapatan 5angka termakbul dalam masa terdekat ni. Pendapatan sekarang pun memang di luar jangka. Tiada yang mustahil. Ramai rakan lain berjaya, takkan nak tengok dan dengar sahaja kisah mereka. Ingin juga berkongsi pada mereka semua kisah kejayaan sendiri. InsyaAllah..

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment