Kisah Seorang Suri Rumah Shaklee

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Setiap kali mula menulis entry dalam blog mesti pesan-pesan kat diri sendiri.."erna lepas update je entry ni, ko akan rajin update blog setiap hari tau tau tau erna..tau!.." Tapi, bila dah tinggal beberapa hari kadang tu hampir seminggu blog tak berupdate..baru lah teringat pesan lama tu. Huhu.. kesian tau my belog ni sebab ummi dah jarang-jaranggg sangat update. Ada orang baca atau tak, tak pasti pula..Tapi, sempat juga intai2 siapa yang rajin singgah sini. Kalau tersinggah tak sengaja pun..terim kasih banyak-banyak baca 1 2 entry pun. Kalau tak baca 1 entry, baca setengah pun terima kasih ye.. =)

Hari-hari yang dilalui sekarang ni sangat bz to the max! Wow..kalah YB kat kawasan perumahan kami ni. Yes. memang sangat bz melampau. Menjana pendapatan dari rumah jauh beza dengan keluar berkerja. Kalau kerja dulu, pergi kerja pagi..petang balik. Malam main-main dengan iman. Iman tidur update blog. Tapi sekarang memang kerja 24/7. Tapi..bak kata seorang teman, 'Busy is money' yes my dear friend..setuju sangat-sangat. Inilah busy kepuasan + keikhlasan yang sangat-sangat di dambakan oleh erna selama ini. Busy melampau yang erna rasa sangat enjoy dan bertambah semangat nak busy kan diri. Apakah? hehehe...syukur alhamdulillah.

Memang tak sangka permulaan bermatlamat dulu menjadikan hari erna seperti hari ini. Jika dulu semua sibuk tanya-tanya 'buat apa erna tu duduk rumah je ada sijil siap dengan sambung study lagi, tapi duduk rumah..' Sekarang ni ibuayah sendiri pun tak pernah keluar dah soalan-soalan 'bila nak cari kerja?' 'tak ada orang panggil interview ke?' 'sampai bila nak duduk rumah?' Ibuayah dan mertua sendiri tak pernah dah tanya soalan-soalan ni. 2-3bulan pertama selepas erna berhenti kerja disember tahun lepas macam-macam soalan cepukcemas yang mereka ni bagi. Masa tu suami lah tempat ku luah segala dan suami juga yang support tanpa henti. Terima kasih suami. Cinta kamu sangat tau! Eh, macam tak percaya..hampir setahun erna dengan kerjaya sekarang. Paling menarik, masa ada majlis kahwin..ibu rewang-rewang..makcik jiran tetangga ada tanya, 

Makcik: Erna kerja apa? hari-hari nampak ada rumah

Ibu: (senyum-senyum jawab) 'Erna kerja kat rumah. Jual Vitamin Shaklee'

Makcik: Bisnes online ye?

Ibu: Dia suka kerja macam sekarang ni. Kerja juga macam orang lain. Bezanya kerja di rumah..

Makcik: Banyak ke untung erna bisnes kat rumah?

Ibu: Erna tak ambil untung. Erna dapat bonus setiap bulan dari syarikat vitamin shaklee tu..

Makcik: Seribu ada ke dia dapat? (dia- merujuk kepada erna)

Ibu: Seribu? Alhamdulillah...dapatlah banyak **** setiap bulan. Hampir 5angka bonus setiap bulan.

Makcik: bagusnya kerja erna (senyum ^____^ makcik-makcik)

#hasil penceritaan ibu kepada erma. Ayat tu erna sampaikan maksud yang sama dengan apa yang ibu cerita.

Terharu tau..terharu sangat-sangat bila ibuayah dan mertua support erna to the max! Support sangat-sangat.

Ayah selalu offer diri nak tolong erna cod vitamin shaklee ke - COD Petaling Jaya, COD Damansara, COD Sg. Wei. Ayah memang selalu offer diri nak bantu erna cod. Selalu juga ayah cakap..kalau erna dah siap packing malam, malam tu boleh bagi pada ayah. Esok pagi-pagi ayah tolong pos. Terharu kan? Ayah jugak tak kan bagi erna ke mana-mana sendiri. Setiap hari ayah akan call ibu tanya erna ada plan cod mana-mana ke? Erna pos barang ke? Erna pergi HQ Shaklee ke? ibu kena teman ye..bawa iman sekali. Ayah kan..ayah yang akan bawa kereta ke mana-mana erna nak cod jika temujanji dengan customer malam. Sayang ayah dunia akhirat T___T

Ibu? ibu pula selalu offer diri nak jaga iman. Kalau sampai kul10-11pg erna tak hantar iman ke rumah ibu..mesti ibu call. Ibu tanya..'Tak hantar iman ke?' 'Iman makan apa?' 'Meh la hantar iman kalau sibuk' Sebagai seorang anak, kalau soalan yang sama ibu tanya setiap hari..terharu tak? terharu kan. terharu sangat-sangat. Ibu juga yang selalu teman erna pos barang, cod barang, beli barang. Semua ibu..ibu..ibu..pengorbanan ibu, dari erna kecil hingga dah ada anak sekarang ni.

Suami? setiap hari kat tempat kerja, suami akan call..'ummi masak apa? kalau bz tak masak pun tak pe..' 'ummi, masak sadin je ye dengan telor dadar pun ok, nak simple je' 'ummi kalau iman buat sepah rumah takpe. nanti babah kemas' Terharu tak? terharu kan..sangat-sangat-sangat terharu dan syukur. Setiap malam suami tempat erna berkongsi rasa dan berkongsi emosi. Suami segala-galanya...Suami, Jodoh Itu Milik Kita! Alhamdulillah syukur...

Apa lagi yang di mahukan dalam hidup? Keluarga yang support 100%. Suami memahami 100% serta terlalu banyak bertolak ansur dengan isteri. Group bisnes Shaklee yang...Subhannallah. Tak terjangkau dek akal ni yang bekerja dari rumah macam erna akan dapat ramaiiii kenalan. Walaupun kerja dari rumah, kami semua ni dah macam duduk meja sebelah-sebelah. Masak apa, tengah buat apa, semua sama-sama kongsi. Seronok!!! Ya Allah..tah apa lagi tak cukup? Syukur Ya Allah..semoga nikmat ini kekal selamanya. 

Iman?

Eh, ummi tak sebut iman pun kan sayang...iman lah permata hati ummi. Selalu ummi terfikir, ini antara pengorbanan ummi untuk iman dan adik-adik iman. Kerana iman juga ummi lupa semua yang ummi bayangkan dulu. Kononnya ummi bila bekeluarga, bekerjaya, hantar iman ke rumah pengasuh, masak malam, pergi keje pagi, balik kerja, jalan dengan anak dan suami hujung minggu. Semua tu dalam bayangan ummi dulu-dulu. Bila iman ada didunia, segalanya berubah sayang. Ummi pernah tinggal iman lebih 8jam hanya dalam tempoh lebih kurang 6bulan dulu. Masa tu ummi bekerja. Itu pun sayang..ummi tinggalkan iman dengan nenek. Sekarang ni iman sayang..kalau ummi pergi pos barang atau pergi HQ Shaklee 3-4jam sahaja, ummi dah teringat iman sangat-sangat. Terima kasih iman sayang..iman lah semangat ummi untuk terus berjaya dengan apa yang ummi buat sekarang. Ummi sayang iman. Sayang iman dan seronok iman 24j direct feeding dalam dakapan ummi. Iman kekok pakai botol. Iman jadi anak soleh ye..iman bijak!

Alhamdulillah..syukur Ya Allah....



JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, , , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment