Wadihana Islamic Steak House Bangi
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Erna ni lahir di Malaysia. Tapi, tekak erna memang suka western food. Babah iman pula prefer nasil dan lauk campur. Selalu je babah iman mengusik erna cakap yang erna ni tekak barat. Babah, tekak kampung. hehe.. Tak tahu lah kenapa. Suka sangat dengan western food. So far tak pernah lagi erna masak steak sendiri. Dari akhir bulan lepas erna selalu cakap kat suam nak makan steak yang best-best. Tak nak makan steak dekat mamak. Bukan nak memilih makan. Cuma terasa nak makan steak istimewa. (mengada je ummi iman ni tau..)
Alhamdulillah..minggu lepas kami ikut GPS sampai ke 1 destinasi yang mana erna dah banyak baca review serta servey. Blog walking sana-sini sebab nak makan kat kedai ni. Best sebab dapat pergi dengan ibu, ayah, babah dan iman. Belanja mereka semua makan. Rezeki di kongsi bersama. Lagipun erna beriya-iya nak pergi kan..so tak salah la belanja mereka makan malam tu.
Bila melangkah kaki masuk ke kedai, semua pekerja beri salam. "Assalammualaikum...selamat datang.." Ya Allah..rasa sejuk je hati masuk kedai di sambut sebegitu rupa. Pelayan semua lelaki. Tak tahu la kalau tukang masak perempuan kan. Tapi dari apa yang erna nampak..semua pekerja dalam kedai tu lelaki. Ramah dan baik-baik. Ambil order pun dengan baik. Owh ye..kami sekeluarga makan di,
Wadihana Islamic Steakhouse
(Bangi, Berdepan dengan Secret Recepi)
No 2D, jalan medan pusat 2C,
3B curve Business Park,
43650, bandar baru bangi
selangor.
Grill Chiken Chop ni menu ibu dan ayah.
Ibu dan ayah order menu yang sama
Chicken Ribs Barbecue Sauce pilihan babah
Ini ummi punya. Memang nak sangat steak kan..so erna ak pilih ayam.
Berkuahkan Blackpaper sauce
Beef Pizza. Sedap!
Sagu yang dah nak habis makan masa ni..
Siap ada ais krim vanilla
Seafood soup ala-ala mushroom soup.
mangkuk soup ni, roti yang boleh di makan.
Sedap juga pada erna.
Ibu minum air suam sahaja. Iman? Menu iman..semua ni iman makan sikit-sikit. Owh, daging erna iman tak makan. Ribs babah pun iman tak makan. Iman makan chicken grill, roti dan soup ni, jagung pun iman makan juga. Itu jelah iman makan..selebihnya iman sibuk jalan sana-sini dan sibuk la dia ke meja orang lain. Orang lain pun semuanya peramah..baik-baik. Senyum pada kami. Seronoklah makan di kedai ni..Rasa selesa.
Overall, erna puas hati. Total makan RM170++ lupa amount sebenar. Tapi, ok..puas hati sangat. Minuman, erna dan babah iman Ribena Longgan. Ayah minum jus oren. Ibu pula air suam. Kemudian ada la juga kami tambah air kosong dalam 3-4cawan. Minum air manis-manis kat kedai..mesti nak minum air kosong juga. Pada erna harga tu berpatutan dengan menu yang kami order. Pizza bungkus bawa balik. Sebab semua kekenyangan. Pizza bawa balik ke rumah ibu. Pagi esok tu ibu panas kan..so, ibu dan erna sarapan pizza wadihana di pagi hari. hehehe..
Alhamdulillah...rezeki dari Allah di kongsi bersama ^________^
Balik laju-laju telan Omega dan Alfalfa. Jika nak beli SET SLIMMING Shaklee, boleh pm erna ye..
ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Jika anda berdekatan dengan Shaklee HQ di Empire Tower atau lain-lain branch, boleh gunakan ID erna 908806 untuk membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli. Jimat sangat!
0 comments:
Post a Comment