Seebaby Stroller yang Ringan dan Murah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Setakat usia iman 1tahun 6bulan, Iman ada 3bijik kereta. Eh eh bukan kereta..tapi stroller. Datangnya panggilan kereta ni bila Ma Mai iman cakap..iman kecik-kecik dah ada kereta. hihi. Stroller pertama iman, erna beli masa usia iman hampir 2bulan. Masa tu memang dah rasa tak larat nak dukung. Terasa sengal-sengal pada tulang lengan erna ni bila dukung iman. Alhamdulillah stroller pertama iman tu, SIL yang belikan. Rezeki untuk iman dan ummi babah pun dapat berjimat juga bila SIL offer diri untuk hadiahkan iman stroller tu. Cerita ada di entry INI 

Kemudian, semakin iman membesar, kami mula rasa stroller pertama iman tu besar dan berat nak bawa ke mana-mana. Lagipun Stroller tu memang sangat sesuai untuk bayi kecil yang nak baring dengan selesa. Untuk iman yang dah boleh duduk tegap, kami rasa..stroller tu dah jadi bulky. Besar dan berat. Actually memang dari awal pun erna sedar yang stroller tu besar dan berat. Cuma, erna beli juga stroller tu sebab ia betul-betul nampak sesuai untuk bayi comel yang selesa nak baring dan tidur dalam stroller. Jadi, kami suami isteri pakat nak carikan iman satu stroller yang lebih ringan dan kecil bila di masukkan dalam bonet kereta. Tanpa plan dan survey yang terlalu detail, kami sekali lagi beli stroller dari brand yang sama dengan stroller pertama. Brand Sweet cherry. Murah je stroller ni. RM134 sahaja.

Erna juga ada gunakan khidmat SSC jika nak bawa iman berjalan. Tapi, ini special kes juga. Iman kadang tu tak nak erna kendong dia dengan SSC. Kadang, iman memberontak tak nak duduk dalam SSC. Kebiasaannya erna akan bawa SSC dan stroller kalau memang plan nak berjalan lama-lama. Kalau setakat jalan kejap-kejap biasanya erna tak bawa SSC. Stroller memang biar je dalam kereta. Tak keluarkan. So mudahlah..Sampai destinasi, terus keluarkan stroller dari bonet. 

Al-kisah, lebih kurang 2 minggu lepas kami jalan-jalan kat GM Klang. Stroller tertinggal dalam bonet kereta babah. Berjalan ke GM tu dengan nenek, acshu dan ummi sahaja. Babah kerja. So, comfirm-comfirm lah tak ada stroller. Gigih erna menggunakan SSC untuk bawa iman berjalan dalam GM tu. Tapi, GM hujung minggu kan ramai orang. Iman mulalah gelisah nak jalan. Nak bebas. Tengah jalan-jalan, ternampak Seebaby Stroller.. Masa tu ada 2 design. Satu tu Seebaby QQ1-1 Stroller yang tak boleh nak baringkan. Memang khas untuk duduk sahaja. Lagi satu Seebaby QQ2 yang ini boleh buat 2 position. Duduk tegak atau baringkan sedikit. Tak boleh baring terus pun. Boleh baringkan sikit je. Mulanya erna nak yang duduk sahaja tu. Sebab sangat ringan dan kecil. Tapi, bila erna fikir-fikir semula..nanti susah pula kalau iman tidur. Sebab tak boleh baring kan..Akhirnya beli yang QQ2 sebab boleh duduk dan sedikit baring =) Murah..RM128 sahaja.

Stroller pertama iman. Usia ketika ini hampir 3bulan. Boolat! Gerammmm.

Tak jumpa pula gambar yang full. Tapi inilah stroller ke-2 iman

Ini stroller terbaru iman. LIKE!

Ini yang best kalau bawa stroller pergi shopping. hehehe

SSC kesayangan erna yang dah berjasa lebih dari 1tahun. 
Terima kasih babah belikan SSC ni. Berjasa sangat ^__^

Sedikit info mengenai Seebaby QQ2 Light Stroller
  • Hong Kong Brand
  • Stroller Weight: 3.9kg
  • Baby weight can load up to 20kg
  • Handrail is removable
  • Come with shield and brake
  • 2 adjustable position: relax sitting & recline positions
  • Colours: Red, Blue & Purple
  • Dimension (After Setup):Length 67cm x Width 42cm x Height 90cm
  • Dimension (Folded):Length 42cm x Width 19.5cm x Height 85cm
  • Colors Available: Red, Blue & Purple
Komen erna? Apa yang best stroller ni?

1st sebab murah. Bab-bab murah ni memang erna suka. Siapa yang tak suka murahkan? RM128 harga erna beli. Adik erna cakap..ada juga yang jual RM110 sahaja. So, perlu rajin survey kalau nak harga rendah daripada erna. Erna ni terus beli tak survey dulu..

2nd stroller ni melampau ringan. Sebelah dukung iman, sebelah bawak stroller pun boleh. Ringan sangat...

3rd Senang nak simpan dalam bonet, Senang nak lipat. Senang nak buka. Walaupun tak boleh buat kedudukan baring terus..tapi, ok untuk iman. Boleh baring sikit dan boleh duduk.

Kurang best dan kurang sesuai..

Tiada tempat untuk tahan kaki. So, bila iman tidur..kaki iman terjuntai ke bawah. Tapi, taklah rasa teruk sangat sebab kaki iman dah sampai kat tempat pemijak. So, kalau terjuntai pun..still kaki iman ada penahan. Cuma erna yang tengok ni, rasa kurang selesa sikit. Itu sahaja pada erna masalah yang ada dengan stroller ni. Owh ye..stroller ni juga kurang sesuai untuk bayi baru lahir dan yang tak sesuai untuk bayi yang tak pandai duduk tegak lagi. Tapi, erna ada juga nampak ibu lain yang baringkan sit dan alas dengan tilam selesa. Kemudian letak bantal dan letak baby kecil. Nampak ok dan selesa juga. Try and adjust mana yang sesuai untuk anak anda =)


iman punya yang tengah..warna biru tu =)

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment