Restoran Belanga Empire Subang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ini kisah hari jumaat yang lepas. Selalu je lambat update erna ni kan? Better late then never. Betul tak? 

Al-kisah hari jumaat baru ni erna ke Shaklee untuk re-stock vitamin. Tengok almari Shaklee erna, kering kontang. Permintaan pun, alhamdulillah ada..jadi erna ajak ibu temankan erna ke Shaklee untuk re-stock vitamin dan buat pendaftaran untuk seorang ahli baru. Awal pagi jumaat, rakan-rakan bisnes Shaklee erna dah sibuk cakap "Harimau Maybank dah mengauuwwwmmm". Bonus masuk. Wah...awal betul bonus Shaklee masuk bulan ni. Happy nye....Apa yang lebih membuatkan erna tak sabar nak ke HQ, sebab erna nak collect cek reward kat Shaklee. Tapi, erna tak dapat collect cek lagi haritu. Cek untuk erna masih belum get ready. Staf di kaunter Shaklee tu bagitahu erna, sebelum ni mereka buat 4500keping cek. Sekarang ni, untuk bonus bulan lepas sahaja..mereka perlu sediakan 12000keping cek. Banyakkan?? Syukur..bisnes Shaklee menjadi pilihan di Malaysia. Terutamanya untuk ibu-ibu yang berhasrat WAHM macam erna ^____^

HQ Shaklee betul-betul bersebelahan dengan Empire shopping. So lepas je erna beli vitamin, erna ajak ibu jalan-jalan kat empire shopping. Tenang je bawa iman jalan time-time orang lain sibuk bekerja di office. Tak lah pack sangat shopping centre. Kalau bawa anak shopping hujung minggu, stress rasanya. Pack! Nak makan, nak jalan, semua memeningkan. Bawa iman jalan haritu, Iman nak berjalan pun senang. Bebas. Ummi pantau je iman..kasi peluang iman jalan puas-puas. Tapi, ada masanya uncontrol juga. Semua kedai iman nak melawat. Haha..window shopping sangat anak erna tu tau! Macam dah besar sangat pula dia. 

Maka terpaksalah iman redha bila ummi carry iman dengan SSC. hehe..pasrah je muka anak ummi. Mulanya macam meberontak jugak iman bila kena carry dengan ummi. Tapi, bila erna carry iman dan bawa iman jalan-jalan..iman ok. Iman khayal tengok sana-sini. Baik anak ummi ni.. Bijak!

Actually dalam Empire Shopping ada 1 restoran yang jual makanan pantai timur. Cuma kedai tu ekslusif dan harga bukan harga gerai. Tapi harga restoran. Dah lama erna survey restoran makanan pantai timur yang best dan mendapat feed back serta testimoni hebat dari pengunjung. Lebih-lebih lagi..isteri kepada pemilik restoran ini adalah sideline erna dalam bisnes Shaklee. Selalu terliur-liur memikirkan menu-menu best yang ada. Siap erna pernah google google dan menunggu masa yang sesuai je nak makan di sana. Nama restoran ni Belanga. Seronoknya sebab erna bukan berdua dengan iman je. Ibu pun ada juga temankan erna. So, kami bertiga.

 
Pintu masuk Restoran - Sumber

Erna - Air bandung
Ibu - Sirap Selasih

Bubur Nasi - Untuk iman tapi kami berdua yang makan

Laksam pilihan erna. Serius sedap!

Nasi kerabu ayam rendang pilihan ibu tersayang

Sampai-sampai je waiter letak set pinggan mangkuk sudu ni untuk iman. 
Bekalan air dari rumah wajib ada tu..

Enjoy! Tak ramai orang. 
Puas berjalan time orang lain sibuk-sibuk kerja kat office.

Tengok tu anak ummi..bukan main.

Dah puas berjalan sakan, tidur kepenatan iman ^___^

Alhamdulillah untuk rezeki yang tidak pernah putus. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit. Kebahagiaan dan kepuasaan melakukan sesuatu perkara juga adalah satu nikmat serta rezeki dari Allah. Jika buat sesuatu yang bukan dengan sepenuh hati, rasa tak happy pula. Rasa kurang keberkatan. Alhamdulillah syukur..semoga Allah permudahkan urusan ku. Amin

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment