Hippopo Baby Spa & Wellness - Iman & Taqwa 1st Baby Spa Experience

Minggu lepas, hari isnin erna bawa Iman dan Taqwa ke Hippopo Baby Spa & Wellness. Act sebelum kelahiran Taqwa lagi erna dah pasang impian untuk bawa taqwa swimming. Kebetulan keluar pula Yasmin Hani dalam WHI Tv3 sharing tentang kebaikan bawa anak ke Hippopo Baby Spa & Wellness ni. Adik erna pun tengok siaran WHI tu, dia paling excited nak bawa taqwa katanya nanti bila kak ngah dah melahirkan baby. Alhamdulillah..tercapai hajat kami semua nak bawa Iman & Taqwa.

Lebih menarik dan memudahkan urusan bila Hippopo Baby Spa & Wellness ni dibuka di Setia Walk Puchong. Memang dekat sangatlah dengan rumah. Dalam 15minit-20minit pun sampai. Malam erna survey harga dari website dan baca review parents yang pernah bawa baby mereka. Esoknya erna terus call dan alhamdulillah memang ada kekosongan slot. Untung pergi weekdays sebab tak bersesak-sesak. Tak ada orang. Macam dah booked untuk anak-anak erna je. Untungnya WAHM bila bawa anak ke mana-mana tak perlu bersesak-sesak. Sayalah suri rumah Shaklee =)

Ok, berbalik pada cerita erna bawa anak-anak ke Hippopo Baby Spa & Wellness, disini ada menyediakan perkhidmatan baby massage and baby swim. Kebaikan untuk bayi anda adalah, bayi akan tidur lebih lama dan tenang. Mengurangkan masalah bayi yang kerap menangis, emosi yang tidak stabil dan kurangkan rasa stress bayi. Selain dari itu, baik untuk kesihatan bayi dan juga baik untuk tumbesaran mereka. Ada banyak kebaikan lagi jika ibubapa bawa anak-anak ke Hippopo Baby Spa & Wellness. Balik je dari spa ni, anak-anak erna tidur lena sangat.

Kebanyakan review yang erna baca semuanya untuk anak yang kecil. Umur tak sampai 2tahun. Tapi daripada bacaan erna kat website Hippopo Baby Spa & Wellness boleh juga untuk kanak-kanak sehingga 36bulan. Bermakna sampai 3tahun masih boleh dapatkan rawatan di spa ni. Memang betul pun boleh dan erna booked untuk iman juga. Seronok dapat bawa anak-anak.

Siapa yang nak bawa anak ke Hippopo Baby Spa & Wellness, Setia Walk Puchong, sedikit info untuk anda semua.. Hippopo Baby Spa & Wellness betul-betul kat dalam Setia Walk Shopping mall. Jangan jadi macam erna haritu, berpusing jalan jauh mencari. 1st time ke sana. Memang sesat-sesat. Kemudian, eloknya parking dekat Gate 5. Sebab kat Setia Walk tu ada banyak shop lot. Tapi, ala ala bar gitu. Coffee House pun banyak sana. Ada Kenny Rogers dan banyak kedai makan lain. More to non muslim lah kat situ. Landmark lain, kalau nampak Subway kedai sandwich tu, haaa dah dekat lah tu. Masuk je ke situ. Boleh jumpa Hippopo Baby Spa & Wellness.

Ok, sampai je erna pilih-pilih pakej yang erna nak. Buat bayaran dan terus boleh mula dapatkan rawatan baby spa untuk anak-anak erna ni. 2 anak yang erna bayar, so ada 2 orang therapist yang akan belai layan anak kita. Untuk iman, ada kakak hui dan untuk taqwa kakak yana. Baik sangat mereka ni. Lemah lembut dan memang nampak sangat sukakan budak. Mesra dan senyum sepanjang masa. Banyak juga info yang mereka share dengan erna sepanjang iman & taqwa terima rawatan spa.

Mula, bukak-bukak baju semua. Salin pampers khas yang mereka sediakan. Pampers tu pakai untuk swimming nanti. Kemudian aktiviti panaskan badan sebelum mula swimming. Taqwa panaskan badan style baby lah kan. Cute! Iman pula..aktiviti memanaskan badan style kanak-kanak aktif yang dah boleh berlari. hahaha.. memang kesian therapist nama hui yang melayan iman. Sabar je hui melayan iman. Terima kasih sangat pada hui. Kemudian swimming dalam 25mnt-30mnt. Taqwa sikit pun tak tunjuk reaksi takut dan memang sangat cool relax dia dalam tu. Owh ye..iman & taqwa masuk kolam yang berasingan sebab taqwa kan baby. Iman kira kategori kanak-kanak. Dalam tu mula swimming sikit-sikit. Warm up dulu. Kemudian baru on jacuzzi pula. Amboi anak-anak ummi..kecik-kecik dah jacuzzi bagai.

Buat semua ibubapa jangan takut nak lepaskan anak dalam kolam & biarkan mereka swimming. Sebabnya, therapist di Hippopo Baby Spa & Wellness adalah mereka yang terlatih. Setiap satu aktiviti mereka akan beri penerangan kepada kita. Pelampung dan pampers khas untuk swimming juga disediakan dah termasuk dalam harga pakej yang kita bayar.

Mereka ada jam kecil set masa. Cukup masa, jam berbunyi dan sesi swimming tamat. Next, sesi urut mengurut pula. Ada 2jenis minyak untuk urutan ke badan anak. Minyak tanpa bau dan minyak yang bau dia Rose Buds. Jika nak bauan Rose, perlu tambah lagi RM5. Sebab suka bau tu, erna pun setuju untuk buat bayaran tambahan RM5. Sebotol minyak tu harga RM99. Kalau kita daftar sebagai ahli Hippopo Baby Spa & Wellness boleh la tinggalkan minyak kat spa. Bila datang untuk dapatkan treatment boleh guna terus minyak tu tak perlu la nak bayar RM5 setiap kali nak massage.

Dalam tak sedar tu, kejap je masa berlalu. 30minit swimming dan 30minit massage. Seronok dapat bawa iman & taqwa ke Hippopo Baby Spa & Wellness. Untuk ibubapa yang ada 2orang anak macam erna ni, memang sesuai beli pakej 20sesi yang disediakan. Jimat sangat kalau sign up 20sesi tu. Jimat sehingga RM800+ Jadi kalau ada 2 sesi, boleh la bahagi Iman 10sesi Taqwa 10sesi. InsyaAllah plan dalam minggu ni nak pergi lagi. Sekali sign up boleh pakai sehingga 1tahun.

Siapa yang ada anak kecil boleh la ke Hippopo Baby Spa & Wellness. Lebih banyak info boleh ke website mereka http://hippopo.my/what-suits-your-baby.php#packagesWrapper

Centrepoint, Bandar Utama PJ - 03 7728 1889
Great Eastern Mall, KL - 03 4256 7889
Setia Walk, Puchong - 03 5891 6684
Queensbay Mall, Penang - 04-6447272

Jom layan beberapa keping gambar anak-anak erna yang seronok sangat swimming di Hippopo Baby Spa & Wellness. Terima kasih therapist di Setia walk Puchong, Yana dan Hui. Jumpa lagi ok..


Kakak Yana yang tersenyum sepanjang sesi spa

Iman takut. hehehe

Ummi excited betul tengok taqwa swimming


Iman Zikir dan kakak Hui


Taqwa Ammara & Miss Froggie

Ummi dan Taqwa Ammara

Taqwa sayang, this week kita pergi lagi ok

Alhamdulillah...WAHM adalah pilihan yang tepat untuk erna. Meluangkan masa dengan anak-anak tidak mengira masa. Kebebasan untuk melalukan apa-apa aktiviti dengan keluarga. Bisnes Shaklee banyak mengubah kehidupan erna sekeluarga.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. Jangan malu jangan segan, terus hubungi erna.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment