Review Expo Baby di Mid Valley Oktober 2014

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,  

Lama dah rasanya tak buat review di blog. Alhamdulillah ada kelapangan ni boleh la erna buat sedikit review. 17-19 oktober 2014 baru-baru ni erna, suami dan iman ke Expo Baby Mid Valley. Last erna pergi Expo Baby di Mid Valley ni masa erna tengah mengandungkan Taqwa. 

Pergi ni pun dah siap sediakan list. Pergi dengan babah iman dan bawak iman..haruslah sediakan list siap-siap. Mana rajin suami erna nak teman erna round 3hall expo ni. Lagi-lagi bawak hero erna. Memang tak lah nak jalan santai-santai. Window shopping apatah lagi. Memang tinggal harapan je lah. hehehe..Dengan orang ramai lagi. Jadi, memang bergerak ikut list barang yang nak dibeli sahaja.

Tujuan utama adalah nak beli Pampers anak-anak, baju tidur Taqwa Ammara, baby wipes, nursing bra ummi. Itu memang list yang utama. Jadi, sampai je terus bergerak ke tujuan utama.

Pampers memang agak murah dan kami dapat apa yang kami nak. Untuk abang iman, Drypers Pants size XL 4bag RM123. Pampers untuk Taqwa Ammara pula, dari lahir sampailah ke usia Taqwa 3bulan ni erna dah try beberapa brand. Huggies, Drypers dan Pet Pet. Agak lama Taqwa pakai Pet Pet. So far alhamdulillah..semua ok. Pet pet memang best lah untuk Taqwa. Expo kalini, tak ada pun booth Pet Pet. Bila nak belikan Drypers wee wee jenis lekat untuk Taqwa tak ada stock pula. Kalau ada pun size M pants. Rasa macam belum bersedia nak belikan Taqwa pants. So, belikan jugak Taqwa brand Drypers Pants tu. Size M, 1bag je. Lagi 4bag, erna beranikan diri beli Diapex. Harini seharian pakai Diapex nampak ok je. Alhamdulillah...

Lain, beli baju Taqwa semua kat booth Fiffy. Katanya tak sempat nak round mana-mana kan..berbelanja ikut list dan laju-laju je beli. Tak ada istilah window shopping. Murah betul baju kat Fiffy. Kualiti kain pun best juga. Sepasang baju tidur ada seluar dan baju RM10 je. Murah sangat kan? Teruja la juga memilih dan beli 7pasang. Dalam list 5pasang sahaja. Tiba masa, tak dapat round ke lain, beli 7pasang baju pun jadilah. Nak jugak tu....out daripada list. hehehe. Owh ye..belikan iman juga. Baju iman mahal sikit. RM15 sepasang. Tapi, kalau ikutkan kualiti, memang sangat berbaloi.

Macam biasa, dekat booth Pureen beli baby wipes. Tapi dah naik harga tau. Dulu, 2pack 100sheets baby wipes RM9. Expo kalini harga RM10. Erna beli 4set dapatlah 8bag baby wipes 100sheets tu. Beli pencuci botol yang nak letak kat rumah ibu. Sempatlah juga beli sepasang baju tidur untuk Taqwa.

Jom cuci mata tengok gambar yang sempat erna snap.
  
Baju Tidur Iman Zikir - RM30 2pasang
Baju Taqwa - RM75 7pasang baju. Baju tidur brand Fiffy baby.
Permandangan dari belakang kereta. Penuh bonet isi pampers anak-anak
Alhamdulillah..puas hati dan berbaloi!
Alhamdulillah syukur rezeki daripada Allah. Perbelanjaan bulanan untuk pampers anak, belanja barang dapur, semua tu memang suami punya bahagian. Expo kalini, erna gunakan bonus Shaklee yang baru dapat untuk reward anak-anak erna. Seronok dapat belikan keperluan anak-anak guna duit bisnes erna sendiri. Duduk rumah...ada pendapatan dan mampu juga berbelanja untuk anak-anak. Tak apalah tak beli apa-apa untuk diri sendiri. Tapi seronok mampu berbelanja untuk anak-anak. Duduk rumah pun boleh je shopping kehendak dan kemahuan tanpa membebankan suami.

Jom siapa yang nak jana pendapatan dengan bisnes Shaklee, anda boleh pm erna. Jangan malu jangan segan. Sebab hanya bermodalkan RM65 anda sememangnya layak dapat bonus sehingga 5angka. Kami juga ada group bisnes yang akan sama-sama bantu anda yang serius ingin berjaya dalam bisnes ini.

JOM SERTAI KAMI MENJANA PENDAPATAN DENGAN HANYA BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE.

JIKA ANDA HANYA INGIN MENJADI AHLI UNTUK TUJUAN PENGGUNAAN PRODUK  SHAKLEE SENDIRI, ANDA JUGA DI JEMPUT UNTUK MENDAFTAR AHLI.
HUBUNGI,

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment