Banyakkan Susu Ibu Semasa Berpantang
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Bagi ibu yang kali pertama melahirkan anak, semestinya akan kekok dengan pengalaman baru. Pengalaman baru bergelar ibu adalah manis dan indah. Tetapi, jujur juga erna ingin kongsikan disini, pengalaman berpantang kali pertama adalah satu pengalaman yang sangat mencabar. Semestinya tempoh berpantang adalah tempoh untuk ibu merehatkan diri dan tempoh berpantang juga adalah untuk 'recovery' bagi semua ibu. Tapi ibu-ibu harus sedari, tempoh berpantang adalah sangat sesuai untuk menstabilkan penghasilan susu ibu.
Rata-rata merungut susu tak keluar diawal berpantang. Sampaikan ada yang memaksa diri beri bayi susu formula. Walaupun hati tak nak beri sebenarnya. Memang tak berdosa beri bayi susu formula. Tetapi setiap ibu harus jelas dan faham yang susu ibu bukan akan keluar terus memancut-mancut pada awal-awal tempoh berpantang. Perlu tahu juga bayi bukan minum banyak-banyak diawal kelahirannya.
Apa yang bakal erna kongsikan dalam entry ini adalah melalui pengalaman erna sendiri selepas melalui sendiri pengalaman berpantang kali kedua.
1) Direct Feeding - Dari hari pertama kelahiran Taqwa, memang erna dah minta nurse untuk tinggalkan taqwa tidur dengan erna. Mulanya taqwa tidur di nursery. Tapi setiap 30minit nurse akan datang tolak taqwa masuk bilik erna sebab taqwa nangis. Bila erna bagi nenen, taqwa akan senyap. Erna memang dah pesan pada nurse, erna nak baby erna fully breastfeed. No formula milk. Tapi rasa kesian pula nurse tu. Asek la dok ulang alik hantar taqwa room in dan tolak balik nursery semula. Kesimpulan yang erna buat disini, direct feeding itu penting. Erna memang direct feeding taqwa setiap 30minit dalam 2-3hari pertama kelahiran taqwa. Susu alhamdulillah ada. Tapi bukanlah melimpah ruah terus penuh sebotol. Susu awal adalah kolostrum. Memang penat sebab kerap sangat nak kena susu kan. Tapi, erna yakin bukan taqwa nak susu 100%. Lebih kepada nak ummi peluk-peluk.
2) Penjagaan pemakanan semasa mengandung dan semasa berpantang - Ok, erna akui masa mengandung adalah masa yang heaven sangat nak makan itu ini. Teringin itu ini. Tetapi adalah sangat penting untuk jaga pemakanan semasa mengandung. Pemakanan perlulah seimbang. Cukup semua ikut piramid makanan. Segala yang dimakan ketika hamil, bukan sahaja untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Malah, nutrisi yang ada dalam pemakanan kita ini akan diserap masuk ke dalam badan dan nutrisi ini akan membantu dalam penghasilan susu ibu. Begitu juga semasa berpantang. Erna memang ambil air tanpa sekat sepanjang berpantang. Cuma bukan terus ambil banyak dalam satu-satu masa. Minum segelas air panas setiap kali minum. Selain itu, erna memang amalkan makan vitamin Set Kehamilan Shaklee sepanjang mengandung. Jangan culas makan vitamin ye. Sebab badan ibu yang ingin menyusukan anak perlu cukup zat agar ianya dapat disalurkan sebaik mungkin daripada penghasilan susu.
3) Pam susu - erna memang pam susu walaupun dalam tempoh berpantang. Sejak berpantangkan iman dulu pun erna memang akan pam pam susu. Apapun keutamaan adalah erna akan bagi baby hisap dulu. Bila baby tidur, ada masa terluang, terus cepat-cepat pam. Memang tak mustahil yang kita pam tu hanyalah keluar angin bukan keluar susu. Tapi percayalah..pam susu juga salah satu cara untuk stimulate susu untuk keluar. Apapaun hisapan baby paling power dan memang paling bagus dalam semua sedutan jika nak dibandingkan dengan pam pam mahal yang ada di pasaran.
4) Jangan ikut cakap orang - Haaaa ini memang erna lalui masa erna berpantang lahirkan iman. Bila berpantang lahirkan taqwa, erna dah ada pengalaman anak pertama kan..jadi, erna gunakan pengalaman itu sebaik mungkin. Memang akan dengar macam-macam kata orang. Lagi-lagi bila anak kita nangis. Percayalah yang nangis itu bukanlah 100% sebab tak cukup susu dan yakinlah bahawa susu yang diperlukan si anak bukanlah penuh sebotol di awal-awal kelahirannya ke dunia. Keep positive. Tetap positif yakin susu aku cukup untuk anakku.
5) Doa - Berdoalah sebanyak yang boleh. Doa sungguh-sungguh. Doa bukan main-main. Minta dari Allah agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Niat yang baik. Bukan nak menunjuk pada yang lain kita susu kan anak kita. Bukan itu cara yang betul. Doa agar dipermudahkan jalan penyusuan kepada anak. Susu ibu juga adalah rezeki. Maka, sepanjang hamil..berdoalah agar rezeki sentiasa ada untuk anak kita dan cukup. Walaupun bukan melimpah ruah..semoga ianya cukup mengenyangkan perut anak.
6) Susukan anak setiap 2jam - Ok, ini ramai juga yang terlepas pandang. Baby baru lahir memang suka tidur dan akan tidur lama. Sama macam taqwa. Setiap 30minit-45minit pun erna dah kejutkan dia minum. Walaupun kejap je dia hisap nenen, erna tetap akan kejut untuk minum. Itu langkah stimulation susu yang erna buat. Alhamdulillah..erna yakin cara ini juga salah satu cara untuk banyakkan susu. Memang rasa letih dan mengantuk sangat. Tapi apalah salahnya kita berpenat sedikit untuk anak yang kita nantikan.
Hari pertama Taqwa dapat kolestrum daripada susu ummi |
Apa yang erna kongsikan ini adalah daripada pengalaman sendiri. Sedikit sebanyak harap ianya membantu para ibu yang berhajat dan berniat nak susu kan baby. Paling penting adalah yakin, positif dan berdoa agar selalu kuat.
Jika anda ada masalah untuk mendapatkan keperluan nutrisi yang mencukup setiap hari, anda boleh hubungi erna untuk pembelian produk Shaklee. Erna pengedar sah Shaklee dan pada erna, pemakanan serta nutrisi yang mencukupi adalah sangat penting untuk ibu menyusu.
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti. Jangan malu jangan segan, terus hubungi erna.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala
testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk
merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang
mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan
terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment