Belum Ada Zuriat ~ Belum Ada Anak
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Keluarga - ibu,ayah,anak
Anak mengeratkan lagi kasih sayang
Pewaris keluarga
Bekalan akhirat sana
Sejak pertengahan bulan lepas sehingga ke harini, erna banyak menerima panggilan, sms, whatapps, email daripada ramai isteri dan suami yang juga pasangan yang masih belum di kurniakan zuriat. Ada yang baru berkahwin 3bulan, 5bulan, 6bulan, 1tahun 5bulan dan 5tahun pun ada. Besar kasih sayang antara pasangan apabila sama-sama masih terus berusaha dan tidak pernah putus asa untuk mendapatkan zuriat serta darah daging sendiri.
Rata-rata yang menghubungi erna ini berhasrat ingin mendapatkan SET KESUBURAN Shaklee. Ada juga di antara wanita-wanita ini yang mengalami masalah HORMON tidak stabil. Terus terang erna katakan..mengambil keputusan untuk mencuba supplement ataupun vitamin Shaklee bukanlah satu jaminan yang isteri akan hamil. Tetapi, inilah yang dikatakan usaha anda bersama pasangan. Kita boleh bermohon dari Allah agar di kurniakan zuriat segera. Tetapi, usaha juga adalah sesuatu yang Allah suka. Tanda sungguh-sungguh anda dan suami ingin memiliki zuriat sendiri. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Pelbagai perasaan serta pengalaman mereka luahkan serta kongsikan bersama erna. Indahnya perniagaan erna ini, ramai di kalangan pelanggan erna kini menjadi teman. Seronok kerana punya teman di seluruh Malaysia. Hari ini erna ingin berkongsi sesuatu dengan semua pasangan yang telah berkahwin dan masih belum di kurniakan zuriat. Harapan erna perkongsian ini memberi inspirasi serta semangat buat anda semua.
Bismillah...untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat
1) Alhamdulillah...saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah...bersangka baiklah pada Allah...
2) Allah Maha Baik....
3) Buatlah sujud syukur (google cara buat sujud syukur) & syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu"
4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu - KERANA DIA MAHA BAIK!
5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam
6) Buang semua perasaan sedih
7) Berlapang dada & senyum selalu
8) Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?
9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini
10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan
11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah
12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu
13) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'
14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik
15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah.
16) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.
17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita
18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka
19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik
20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita akan dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin
21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita
22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"
23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar
24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan ataupun makanan tambahan
25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin
26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin
27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)
28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :
SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA ~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!
****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita~
TAMBAHAN: Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, 'makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi"- selepas anak sulungnya kahwin bertahun-tahun, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank...ibu-ibu dan ayah2 tolong check perkataan jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak-anak tolong jumpa mak ayah risik-risik bertanya kalau-kalau pernah menyebut perkataan seumpama ini. Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, " ya allah aku redho anak ku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti...tolong ya Allah..."
Jika anda ingin mencuba Set Kesuburan Shaklee, boleh dapatkan daripada erna. Senarai Set Kesuburan adalah seperti berikut.
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
VitaLea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.
Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.
B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.
Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
Zink
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
KLIK: KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala
testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk
merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang
mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan
terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment