Tips Dan Petua Halau Nyamuk

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Erna ni antara orang yang sensitif dengan nyamuk. Memang dari kecil ada penyakit macam ni. Penyakit ni..kalau nyamuk gigit, gatal tak boleh tahan. Lepas garu-garu mulalah ada parut. Kalau di lihat parut tu, ala-ala kudis pula kan. Eeee...tak suka betul lah. Tapi nak buat macam mana. Darah kita ni manis. Bukan bakal pengantin je berdarah manis tau! Erna ni sejak dulu-dulu lagi berdarah manis. Suka sangat nyamuk gigit erna.

Kes darah manis erna ni menurun pula pada iman. Actualy babah pun sama juga. Babah iman pun berdarah manis. Kaki babah pun kalau di gigit nyamuk akan menyebabkan babah rasa gatal-gatal. Kalau di garu, pasti akan meninggalkan parut dan parut itu ala-ala kudis. Bezanya..babah kuat! Sebab apa erna cakap babah iman kuat? Sebabnya..babah kuat menahan nafsu daripada menggaru-garu kalau di gigit nyamuk. Kalau erna, memang tak boleh nak tahan. Masa menggaru tu memang best. Best tak terkata. Keesokkannya..mulalah menyesal kan. Sebab hasil garuan semalam, akan meninggalkan parut hodoh. huhu

Seminggu selepas raya, kami sekeluarga balik kampung. Memandangkan iman pun sensitif nyamuk serta berdarah manis macam kami suami isteri, erna buat persediaan awal dengan menyedikan beberapa item yang erna rasa, membantu erna dalam menangani masalah nyamuk gigit anak kesayangan erna. 

Beli di Guardian. Lupa la pulak harga berapa. Tapi, bau sedap. Tulis di sini bau lavender. Tapi erna tak bau lavender pun. Bau macam..alaaa tak tau nak explain. Apapun, sedap bau ni.

Erna spray pada semua bahagian yang terdedah. Spray pada jarak 10cm. Lepas tu untuk sapu bahagian muka, tak lah erna spray muka iman. Erna spray pada tapak tangan erna dan sapukan pada muka iman. Risau juga kalau iman makan kan. Tapi, alhamdulillah...ok


Tadaaaa....excited bukan main iman masa erna bukak kelambu ni. Kelambu ni best. Macam kelambu baby. Tapi kelambu ni besar dan dewasa pun boleh masuk dalam kelambu. Kelambu ni ada size dan yang ini..muat tidur 3orang. Malam pertama tidur di kampung, awal-awal erna dah bukak kelambu. Malam kedua, lepas iman tidur baru erna bukak kelambu ni. Kalau tidak, iman asek la keluar masuk kelambu. Nyamuk pun keluar masuk juga lah kan T__T

Alhamdulillah..method ini membantu dan ada juga ayah pasangkan ubat nyamuk asap tu. Tapi letak jauh-jauh. Pasangkan kipas juga. So nyamuk ala-ala takut nak dekat. Takut di tiup angin. hihihi. 

Ringkasnya tips yang boleh di kongsi hasil aplikasi sendiri dan google =)

1- Beli spray halau nyamuk di farmasi
2- Tidur dalam kelambu
3- Pasang kipas berhampiran tempat tidur
4- Ubat nyamuk 
5- Jika tidur dalam bilik, sembur ubat nyamuk sebelum masuk tidur
6- Letakkan kulit limau sunkist di bahagian banyak nyamuk
7- Sapu Tiger Balm di seluruh anggota badan yang tidak bertutup
8- Tips akhir sila refer SINI sebab malas nak menaip - haraf maaf :)

Owh ye..kalau ada apa-apa petua boleh lah berkongsi ye. Terima kasih kawan-kawan =)

ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Jika anda berdekatan dengan Shaklee HQ di Empire Tower atau lain-lain branch, boleh gunakan ID erna 908806 untuk membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli. Jimat sangat!

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment