White Studio Photoshoot : Snappix Studio, Shah Alam

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sejak iman dalam perut lagi erna dah berangan-angan nak bergambar di white studio. Alhamdulillah..angan-angan jadi kenyataan selepas usia iman dah pun menjangkau 1 tahun 5bulan. Lama betul erna simpan angan-angan erna tu. Act, pernah plan nak buat maternity photoshoot tapi kekangan masa. Masa tu kan erna masih study di perlis. Suami pula di JB. So memang susah la kan nak atur masa yang sesuai. Kesudahanya sampailah iman selamat di lahirkan ke dunia, kami tak berMaternity Photoshoot pun. 

Kebetulan dalam seminggu yang lalu, erna ada terima 1 surat dari Shaklee. Mereka minta erna emailkan gambar ataupun pos gambar untuk di muatkan dalam majalah Shaklee Today. Kami suami isteri tak ada gambar fomal yang proper. Gambar saja-saja santai adalah. Nak masuk majalah satu Malaysia tengok kan..ibu cakap bagi gambar elok-elok sikit. hehe..Tapi sejujurnya..memang nak sangat bergambar di studio dengan babah dan iman. Kalau pun bukan sebab nak hantar gambar ke Shaklee, erna memang dah lama pasang impian nak bergambar dengan kesayangan erna di studio. Kenangan hari mendatang =)

Erna buat keputusan mengejut je bila ajak suami ke studio. Pagi-pagi call arezam. Arezam ni owner Snappix Studio. Call arezam pukul10 pagi rasanya..temujanji di buat pukul1 tengahari. Alhamdulillah arezam ok. Sebab erna bagitahu pada arezam erna nak cepat gambar tu. Arezam siap pesan bawa baju lebih kalau nak bertukar baju masa sesi bergambar nanti. Semuanya last minit kan. Jadi..baju pun hentam-hentam je. Tak ada prepare props ke apa ke. Sambar apa saja yang ada. Seragam ala kadar jelah kami ni.

Sampai studio, memang luar jangka aktifnya iman. Rasa nak nangis ummi ni. Yela..bukan main susah nak ajak dia bergambar depan kamera. Sibuk pulak dia nak mengukur keluasan studio. Berjalan sana sini. Kesian arezam. Beriya dia cari toys la apa la nak bagi iman duduk diam depan kamera. Memang mencabar. Ingat lagi ayat arezam.."biasa budak lain 30minit pertama ok..30minit akhir tu dah mula tak duduk diam..hehehe.." Jadi, biar ummi sambung ayat arezam.."iman pula..jangan kata 30minit terawal ok, 1minit pun memang tak duduk diam.." aktif anak ummi. 

Owner memang sangat bertabah dengan iman yang tak duduk diam. Baik sangat arezam ni. Sabar je..Lagi best sebab arezam pandailah suruh kami posing camtu camni. Sebab kami sama-sama bukan model kan. Memang out lah nak posing-posing ni. Kawen dulu pun mana ada hire special photographer. Semua serba sederhana. Banyak kali arezam cakap pada erna, "santai-santai je..jangan kaku.." huwaaaa....memang i kaku arezam. Tak biasa. hihihi.. Erna memang rekomen anda untuk hubungi arezam. For me, memang berbaloi dengan bayaran yang di kenakan. Owh ye..anda boleh juga sewa studio tanpa jurugambar.

LIKE FB PAGE - Snappix Studio
CONTACT NO - 017 357 2223
ALAMAT - D-2-2,Jalan Serai Wangi H 16/H Perisran Selangor, 40000 Shah Alam, Malaysia

Tips: Jika anda rasa anak anda aktif macam iman, sediakan props atau apa-apa yang boleh buat anak kita duduk diam dalam satu-satu masa. Selain itu, erna rasa yang paling sesuai untuk iman adalah outdoor. Iman bebas nak gerak sana sini.

Amaran: Jangan muntah layan posing kami sekeluarga. Unlimited shoot katanya ^__^










JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment