Pilihan Satu atau Pilihan Dua
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Terbaca status seorang rakan di FB.."Menikahi orang yang kita cintai adalah suatu kemungkinan..Mencintai orang yang kita nikahi adalah suatu kewajiban.." ramai yang LIKE. Tapi,yang peliknya..tak ada pula yang komen. Erna pun tak pasti kenapa tak ada yang komen. Termasuklah erna..terbaca je status tu, terus erna LIKE. Lepas tu, erna terus scroll ke bawah untuk baca status-status yang lain. Apa yang pelik..tak rasa nak LIKE status yang lain..dan erna scroll ke atas semula mencari status yang erna LIKE tadi untuk dibaca semula. Erna baca lagi..lagi dan lagi..baca berulang kali. hurm..
Terus tangan klik 'new post' di blog ummierna ni..apa yang dapat dikenal pasti dari ayat di atas, ayat itu terbahagi kepada dua bahagian. Menikahi orang yang kita cintai adalah suatu kemungkinan & Mencintai orang yang kita nikahi adalah suatu kewajiban. Bertanya kepada teman, jawapan adalah pilihan kedua..bertanya teman lain, memilih yang kedua juga. Bertanya yang seterusnya..pilihan kedua. Erna tak nak tahu kenapa mereka memilih pilihan yang kedua bukan yang pertama. Jodoh memang suatu yang telah menjadi ketetapan ALLAH. Kerana kasih sayang ALLAH, telah ditetapkan oleh ALLAH jodoh untuk kita. Mencintai seseorang disaat kita belum ada hak penuh keatasnya adalah bagai menggenggam bara. Jika ALLAH takdirkan bara yang digenggam itu adalah milik kita dan akan menjadi pendamping kita seumur hidup, bara tadi akan bertukar menjadi energi kepada kita. Menjadi energi untuk mencapai kebahagian ketahap maksimum yang mampu dimiliki oleh manusia. Sebaliknya,jika bara yang digenggam itu bukan di takdirkan oleh ALLAH untuk kita genggam selamanya,ia akan membakar diri..menghanguskan segala yang kita cipta dan lebih malang meninggalkan parut berkesan lama. Pilihan pertama adalah benar..kerana jodoh adalah ketentuan ALLAH. Manakala pilihan kedua sudah pasti wajib dilakukan kerana..cinta itu perlu datang dari hati bukan dibuat-buat. Cinta bukan sekadar ungkapan dan rasa semata, tetapi cinta adalah tanggungjawab dan amanah.
Tergenggam bara yang salah,memang menyakitkan. Apa yang lebih malang, ia meninggalkan kesan yang mendalam hingga buta mata dan buta hati. Berusahalah menikmati cinta takdir ALLAH. Mencintai cinta yang wajib ke atas kita akan memberi pulangan luar biasa yang tak pernah terduga. ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang. Usaha dengan niat yang ikhlas, insyaAllah kita dan pasangan akan sentiasa dalam redha ALLAH. Bara salah yang pernah digenggam dahulu, lontarkan jauh. Parut yang berkesan itu, cuba cari penawar agar parut itu tidak terkesan sedikit pun dengan takdir indah yang bakal menyusul sikit demi sedikit asalkan keikhlasan itu menjadi tunggak utama. ALLAH Maha Adil. Itu yang pasti.. pegang erat-erat Kuasa Kasih Sayang ALLAH, ia akan mengatasi segalanya.
Anda pula macam mana? Pilihan pertama atau kedua?
p/s: Sepanjang menaip entry ni, lagu diatas jadi peneman. Tambah feel nak menulis la konon. Untuk iman, terima kasih sebab hadir dalam hidup ummi dan babah. LOVE u iman darling!
Kamu..masih ingatkah lagu ini??? tsktsk
Pilihan yang kedua kut? Hehe..betul..mencintai tak semestinya memiliki. Kalau dah memiliki tu, haruslah kita cintai. Amacam?
ReplyDelete:) LIKE second statement.. 'kalau dah miliki,haruslah kita cintai'
DeleteSALAM...
ReplyDeleteTergenggam bara yang salah,memang menyakitkan. Apa yang lebih malang, ia meninggalkan kesan yang mendalam hingga buta mata dan buta hati. Berusahalah menikmati cinta takdir ALLAH. Mencintai cinta yang wajib ke atas kita akan memberi pulangan luar biasa yang tak pernah terduga....
ayat ni betul2 menyentuh perasaan, terusik hati ini...
kadang2 hati berkata, kenapa aku tidak seperti kamu... tapi diri ini percaya, setiap apa yang direncanakan oleh Nya, ada hikmah disebaliknya....
percayalahh
ReplyDelete