Kehamilan Ketiga | Check Up Baby 33 minggu
Baby Breech | Bayi Songsang 33 minggu
Kesian sangat baby i ummi. Kesian sebab sepanjang kandungkan adik baby i dah masuk 34minggu ni, baru 1 post sahaja ummi bersembang pasal adik baby i. Harap bila adik baby i dah besar nanti, dah pandai membaca dan baca blog ummi, jangan la baby i rasa ummi ni ambil mudah segala kenangan sepanjang baby i dalam perut ummi. Kiranya ini post kedua ummi cerita pasal baby i.
Sejujurnya sekarang ni ummi betul-betul sibuk dan terikat dengan jadual yang sangat padat. Abang Iman 4tahun 6bulan, Kak Ngah Taqwa 2tahun 1bulan, kemudian hamilkan baby i pula 34minggu. Fuh..baca pun seram. hahaha...apapun alhamdulillah. Kurniaan Allah. Bila erna mengadu penat pada suami, suami selalu ingatkan yang orang lain semua sibuk-sibuk nak anak, sibuk-sibuk nak tambah anak, sibuk-sibuk mencari pelbagai jalan dan cara nak dapatkan anak. Janganlah sekali-kali kami ni sebagai ibubapa merungut kepenatan jaga anak. Terus istighfar dan ucap alhamdulillah syukur untuk nikmat Allah.
Ok, kalau baca tajuk pun dah tahu agaknya apa isi post kalini. Last week erna ada pergi check up baby i di Columbia Asia Puchong. Seperti biasa rutin bulanan sepanjang mengandungkan anak kedua dan ketiga ni, erna memang buat full check up dengan Dr. Raja. Dr. Raja ni positif sangat orangnya. Sentiasa cantik, kemas dan cool. I Like! Pernah sekali erna tak sihat 2 3 hari sebelum check up dengan Dr. Raja dan memang sehari sebelum erna check up tu erna sangat kurang minum air masak. So, bila buat urine test tu, bacaan protien erna bacaan tak cantik. Cuak la juga kan. Sementara tunggu turn nak jumpa Dr. Raja, sempat la erna google bacaan result urine test erna. Tapi, bila masuk je jumpa Dr. Raja hati yang gundah gulana tu terus rasa...cool down. Sebab Dr. Raja punya explaination sangatlah memuaskan hati dan menenangkan hati erna ni. Bukan apa-apa sebab badan dehidrasi je rupanya. Alhamdulillah...
Eh dah melalut. Itu cerita check up last month. Bukan last week. Tapi tak apalah ye baby, ummi sekalikan cerita. aci tak ? hehehe...
Ok, untuk last week punya check up...kandungan erna dah mencecah 34 minggu. Macam biasa, rutin check up, sampai je hospital..daftar dan akan buat urine test. Alhamdulillah semua ok. Masuk je bilik Dr. Raja, tengok Dr. Raja senyum rasa seronok je...baring atas katil nak scan baby,
"Wow besar perut u yang....baby besar ke mommy besar ni? Meh kita check..." hihihi sambil gelak-gelak Dr. Raja, erna dan nurse yang ada dalam bilik Dr.
Bila Dr. Raja cekup perut. (alamak macam mana ye nak explain? Dr. Raja macam nak grab anak kat perut lah gitu..)
"Owh...tak besar lah. Kosong ni. Lemak mommy ni..size baby ok je ni. Tak penuh sampai tepi ni.."
sambil Dr. Raja cekup perut erna, macam kepung baby gitu pakai 2 tangan Dr. kiranya bukan penuh 100% baby yang buat perut tu nampak besar sangat.
Sempatlah erna bagitau Dr. yang erna rasa gerakkan baby kuat sangat dibahagian kanan. Bahagian kiri memang tak ada rasa apa. Rasa kosong je. Bila Dr. Raja letak je scan tu kan perut erna, terus Dr. cakap...
"oooloooo baby, kenapa tak pusing ni baby...."
erna ni mulanya ingatkan maksud 'baby tak pusing' tu baby tak bagi snap muka. Rupanya...kepala baby masih di kedudukan atas.
Baby i bukanlah kepala betul-betul kat atas, kiranya baby macam menyengit sikit. Kepala baby ada di area bawah nenen kanan gitu. Tapi, lepas Dr. teruskan scan, Dr. cakap jangan risau. Potensi untuk pusing tu ada. Sebabnya kedudukan uri, jumlah air ketuban dan size baby semuanya normal. Peluang nak berpusing kepala ke bawah tu ada. Peluang untuk baby masuk laluan betul tu ada. Huh.....lega la ummi ni bila doktor cakap macam tu. Berat baby pada usia 33minggu , 2.3kg
Dr. cakap lagi, Dr. bagi peluang baby pusing sampai 39 minggu.
Jika sampai 39 minggu baby masih tak pusing, Dr. sarankan plan untuk keluarkan baby secara pembedahan yang dirancang, sebab tak nak nanti risiko melahirkan baby keluar kaki dulu.
Mulalah ummi panik. Panik dengar operation. Hahaha....Tapi masih besar harapan ummi agar baby i berpusing ke kedudukan yang betul. Amin....
Haaa...lagi satu, kalini Dr. siap bagi tips lagi senaman yang boleh erna buat dan kiranya salah satu usaha untuk pusingkan baby i kepada kedudukan normal. Dr. pesan buat awal pagi sebab masa tu pundi kencing penuh. Dan double kan kedudukan bantal supaya punggung lebih tinggi dari kedudukan sujud. Sejak dari jumpa Dr. memang erna amalkan. Erna niat usaha dan selebihnya serah kepada yang ESA.
Gambar ehsan en. google |
Gambar ehsan en. google |
Lebih kurang macam gambar diatas lah yang erna buat hari-hari bangun dari tidur. Tapi paling tak syok...kalau erna bangun, iman dan taqwa pun dah bangun. Mulalah erna tak senang nak buat senaman ni. Sebabnya 2 budak bijak tu akan kudakan ummi. Katanya naik kuda ummi. huwaaaa.....stress ummi tau. Jadi, kalau nak buat menonggeng tonggeng ni kena la pastikan 2 budak bijak kat rumah ni tak bangun tidur lagi.
Jika nak tengok petua dan tips lain untuk pusing bayi songsang, boleh KLIK LINK ini.
Bila selak-selak kenangan lama, catatan lama dalam blog ni, rupa-rupanya....kak ngah taqwa dulu pun masih menyongsang masa check up 33 minggu. Alhamdulillah check up seterusnya masa 35 minggu tu kak ngah taqwa dah masuk laluan yang betul. Allah.....lega sangat hati ni bila baca entry lepas. Rasa macam masih ada harapan ni untuk baby i juga ikut macam kak ngah taqwa. Berpusing ke kedudukan yang betul dan tidak menyongsang.
Terima kasih kepada semua kawan-kawan di Facebook yang mendoakan kesejahteraan ummi dan baby i. Tak lupa juga kepada yang share petua, share doa, dan macam-macam lagi. Semoga urusan kalian semua juga di permudahkan Allah.
"Baby i, walaupun awak bayi ketiga yang duduk dalam rahim ummi, kasih sayang ummi tak pernah sikit pun kurang. Excited ummi dan babah tetap sama. Babah? selalu je babah cakap-cakap dengan baby i kan? Lagi best...abang dan kak ngah pun selalu cium-cium. Tapi kalau sesekali tu baby i rasa terpenyek ke terhimpit ke, maaf lah. Sebab abang dan kak ngah tu kalau dah bergurau, tak ingat dalam perut ummi ada baby. Semoga baki lebih kurang 1 bulan ni, Allah terus lindungi baby i dalam kandungan ummi. Semoga lahir baby i nanti, baby i sihat sejahtera, sempurna sifat dan elok rupa paras mu wahai anak. Ummi hari-hari makan vitamin tak pernah lupa. Baby i baby shaklee ummi =)..baby i pusing ok. Dengar cakap ummi selalu. Ummi selalu doa, kehadiran baby i dalam keluarga kecil kita ni akan membuahkan lebih banyak lagi rasa cinta yang semakin kuat antara ummi dan babah. I Love You baby...."
Ini supplement yang erna amalkan sepanjang mengandungkan babyT. Berminat? Boleh KLIK GAMBARuntuk dapatkan INFO LANJUT
Doakan kehamilan erna yang berbaki lebih kurang 1 bulan je lagi ini sentiasa selamat, dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin
Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.
Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri
"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."
- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -
0 comments:
Post a Comment