Kehamilan Ketiga | Bersalin Kat Rumah?

Biar Betul Dah Bersalin Kat Rumah


Assalammualaikum...selamat petang.

Entry santai sementara Taqwa tidur, iman pula ummi bagi upah tengok cartoon kat hp ummi. Kesian abang harini seharian ummi tak bagi tengok tv. Tak bagi tengok cartoon. Tadi dia main-main lego, main puzzle, main barbie dengan Taqwa. Ni dah petang-petang ni barulah erna bagi iman tengok cartoon.

Cerita santai ni, sajalah kan kongsi juga dalam blog. Esok-esok kemudian hari baca semula cerita macam ni mesti tergelak sendiri. Ini pun dari tadi kalau teringat mimpi malam tadi, tersenyum-senyum sendiri. Lepas tu call suami yang sedang bertugas, call ibu yang nun jauh di Labuan sekarang ni, hahaha tergelak lagi.

Ok, apa yang lawak sangat tu kan?

Mula rasa sakit-sakit perut. Macam anak berpusing-pusing gitu. Pegang-pegang perut memang rasa keras-keras anak. Sekali, kangkang sikit kaki rasa ketulan. Rupanya kepala baby dah keluar. Sempat cakap "Allahu Akbar...pa, baby dah keluar la.."

Kelam kabut babah iman taqwa cakap.."kejap amik hp, call dulu apa patut buat dah beranak kat rumah ni.."

Rasa berpeluh-peluh panas. Siap sapu leher memang peluh keluar banyak.

Terus terjaga dari tidur. Allah...sampai tahap tu punya menghantui diri ku ini. Sedangkan tidur dalam air cond tu. Boleh berpeluh-peluh real macam beranak. Hahahaha....

Punya la terfikir-fikir baby dalam perut ni dah pusing kedudukan normal atau tak, malam tadi ummi sampai tahap tak lena tidur. Dah la tak lena tidur malam tadi, mimpi pula dah bersalin. Lawak sungguh aih..

Esok erna ada check up dengan Dr.Raja. Erna harap baby dah berada dikedudukan yang betul Walaupun bila pegang-pegang perut ni kat bahagian atas masih terasa keras-keras. Tak tahulah itu kerasa kepala ke, keras punggung baby ke. Allah...berdebar sangat rasa hati ni.

Tapi, kawan-kawan yang pernah menjalani ceaser (operation) cakap ok je czer. Tak ada apa yang nak ditakutkan pun. Bukan lah sakit melampau-lampau macam orang selalu cakap. Tapi, iyelah...erna tak pernah lalui kan? Debaran dihati tu tetap terasa.

Apapun esok jumpa Dr. Raja akan tahulah kondisi dan keadaan baby dalam perut ummi ni nanti. Last check up semuanya ok. So, doktor bagi masa sampai 39minggu kemudian barulah plan macam mana.

Baby...baby sayang ummi. Ummi hari-hari cakap kat baby....pusinglah kepala. Pusinglah sayang kepada kedudukan yang betul. Babah pun hari-hari cakap dengan baby. Kan? 
Apapun baby...ummi doa yang baik-baik je untuk kita berdua. Semoga baby selalu selamat dalam kandungan ummi dan dipermudahkan urusan ummi melahirkan baby ummi ni nanti.

Doakan ye kawan-kawan yang sama-sama baca entry ni.

Siapa tahu, asbab doa kalian...Allah perkenan doa agar baby erna berpusing kepada kedudukan normal dan mudah lahirkan baby secara normal.



Ini supplement yang erna amalkan sepanjang mengandungkan babyI. Berminat? Boleh KLIK GAMBARuntuk dapatkan INFO LANJUT







Doakan kehamilan erna yang berbaki lebih kurang 1 bulan je lagi ini sentiasa selamat, dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin

Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri


"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."

- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -

Share this:

, ,

CONVERSATION

1 comments:

  1. Noor pun mimpi nak bersalin hari tu..siap baby dah keluar..kembar plak tu..sudahnye satu mlm x bleh tido. hahahaha..Noor doakan semuanya selamat utk erna and baby.

    ReplyDelete