Kehamilan Ketiga | Check Up Baby 35 minggu

BAYI 35 MINGGU MASIH SONGSANG?

Dalam 2minggu lepas hingga semalam, erna rasa tidur malam erna tak berapa nak lena. Ibarat hidup ku dihantui risau memikirkan baby i dalam perut ummi ni akan berpusing ke tak. Hahaha...seramnya bila fikir pasal ceaser. Orang lain ok je..relax je. Ibu lagi lah 3 anak potong perut. Erna ni salah seorang bayi yang keluar ikut tingkap bukan pintu. hehehe...Mujur ada Ostematrix dan B Complex Shaklee. Setiap malam memang wajib erna telan 2 jenis vitamin ni untuk berikan kesan tenang dan tidur malam yang lena.

Semalam erna dah selamat pun jumpa Dr.Raja untuk check up 36week. Pagi-pagi semangat dah bersiap. Siapkan Taqwa dan iman juga. Lepas hantar iman ke sekolah, terus erna bawa Taqwa ke hospital. Selalu erna pergi check up dalam pukul11 gitu. Kalini belum pukul9 erna dah terpacak kat hospital. Nampak tak punya tak sabar dan sebenarnya lebih kepada berdebar.

Mujur awal pagi erna pergi dan orang masih tak ramai. Dalam 10minit je erna menunggu luar bilik doktor, dah dipanggil masuk. Tak sempat sarapan apa-apa pun lagi. Ingatkan kalau sampai tu giliran dah banyak nak ajar taqwa sarapan pagi dulu di cafe hospital. 

Ok, masuk je bilik Dr. Raja, terus Dr. suruh baring atas katil nak scan baby dan nak tengok baby sihat ke tak. Selak je baju Dr. raja cakap lagi..."besarnya yang....perut awak.." Sambil tu tangan doktor tangah memicit gel untuk scan tu. Terus letak kat bahagian bawah perut. Dan.......

berdebarnyaaaaaa erna ni rasa. Hasilnya lepas Dr. Raja letak je alat scan atas perut erna,......................





"Baiknya baby...bagus-bagus, dah ok ni. Last scan breech kan? Ni dah ok ni. Kepala kat sini dah"





Allah.......
Perasaan tu tak tahu nak cakap macam mana. Mujur dalam bilik Dr.Raja, atas katil Dr.Raja. Kalau lah masa tu atas katil kat rumah, mesti erna dah melompat bangun kegembiaraan. Syukur Alhamdulillah....

Lagi, Dr. Raja cakap..."ingatkan baby dah 3kg. Baby comel je. Perut mak ni besar ni..."
Tersenyum-senyum Dr. masa cakap tu dan erna pun memang mengakui la apa yang Dr. cakap. Perut erna memang besar. Tak pernah lagi orang yang tengok perut erna cakap perut erna kecik. Memang besar melampau-lampau.

Terkini, pada usia baby 36minggu, berat baby adalah 2.5kg. Comel je kan size baby? Rasanya akan lahir nanti berat lebih kurang abang iman je nanti. Iman dulu lahir 2.85kg So, erna memang rasa berat baby akan lebih kurang abang iman je.

Berat badan ummi???
Muahahahaha.....terharu tau masa naik penimbang semalam. Naik 0.5gram sahaja daripada check up sebelumnya. So, terkini berat ummi adalah 79KG. **sihat betul ummi 

Kedudukan baby erna memang di side kanan. Jadi, posisi tidur terbaik adalah tidur menghadap kiri. Sebabnya tak nak himpit baby dan nanti baby rasa tak selesa pula. Bila tak selesa takutlah kalau-kalau baby berpusing ke tempat lain pula.

Jadi erna nak kongsi dengan pembaca semula apa yang erna buat dalam usaha nak pusingkan baby dalam kedudukan baby songsang pada usia baby 34minggu - 36minggu.

1. Senaman Knee to Cheest Position

Erna memang ikut saranan Dr. Raja untuk buat senaman ni. Biasa orang cakap sujud. Tapi, pesan Dr. Raja kena letakkan bantal dibahagian lutut kita supaya kedudukan punggung tu lebih menonggeng. Kalau sujud dalam solat biasa tu, tak cukup menonggeng tinggi. Erna letak dalam 2-3lapisan bantal di bahagian lutut.. Jadi posisi punggung tu memang lebih ternaik tinggi lah. Tu yang anak-anak suka sangat kalau ternampak erna senam macam ni.

Saranan Dr. Raja dalam 5-10minit. Jika tak mampu, buat 2-3minit pun ok. Erna awal-awal buat kejap je. Kurang dari 5minit. Tapi bila dah selalu buat, kita dah dapat tune keselesaan tu macam mana. Alhamdulillah makin lama erna boleh stay menonggeng tu lebih lama tanpa rasa pening dan krem kaki.Nak lebih selesa, bahagian kepala tu letaklah sikit bantal nipis.

Senaman ni erna WAJIB buat dalam 2minggu selepas last check up. Owh sebelum terlupa, pesan Dr.Raja boleh buat bila-bila masa yang kita suka. Tapi...paling elok dan digalakkan waktu bangun dari tdur. Erna buat sehari 3-4x juga senaman ni. Ada kelapangan je erna terus buat.


2. Letak Ais atas perut 

Aktiviti ni erna buat sekali je. Tapi memang betul terasa pergerakan anak. Erna ambil ais kiub dan masukkan dalam kain. Kemudian letakkan di bahagian atas perut. Erna terasa keras-keras kat bahagian atas perut. Erna bukanlah letak je. Tapi macam tuam-tuam kan. Bergelodak perut. Sebab baby tak selesa terasa sejuk baby kat dalam.

3. Bercakap-cakap dengan baby

Ini memang aktiviti wajib setiap hari tak kira masa. Erna selalu cakap pada baby pusing ke jalan dan laluan yang betul. Sambil usap perut, erna selawat nabi dan mohon doa pada Allah.

4. Solat Hajat mohon dari Allah

Segala yang berlaku atas muka bumi ini adalah kehendak Nya. Alam rahim juga dalam kekuasaan Allah. Jadi, sepenuh hati memohon agar dilancarkan dan dipermudahkan segalanya sehingga kelahiran bayi ini nanti.

Sekarang, hati erna pun dah rasa lega. Boleh mula fikir tentang mendobi baju baby i. Siapkan beg hospital erna dan baby. Excited!

Apapun segalanya boleh berlaku dengan izin dari Allah. Kita hanyalah hamba dan manusia biasa yang kita boleh lakukan tanda kesunggunhan kita 

Terima kasih sahabat dan kenalan yang sudi baca entry ini. 
Terima kasih sahabat dan kenalan yang tidak putus mendoakan keselamatan, kemudahan perjalanan kehamilan kalini erna dan baby i.


InshaAllah...kita jumpa next entry =)

Ini supplement yang erna amalkan sepanjang mengandungkan babyI. 

Berminat? Boleh KLIK GAMBAR untuk dapatkan INFO LANJUT






Doakan kehamilan erna yang berbaki lebih kurang 1 bulan je lagi ini sentiasa selamat, dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin

Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri


"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."

- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -


Share this:

, ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. Alhamdulillah... berbaloi erna punya kuda-kuda. hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe...alhamdulillah wawa. legaaa sgt sgt. semoga terus duduk diam2 betul2. jangan pusing ke lain dah

    ReplyDelete