Rumah Baru Iman

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Semalam erna, ibuayah dan iman jalan-jalan kat GM Klang. Banyak betul kedai mainan kat situ. Iman relax duduk kat stroller dan kejap-kejap mintak atok dukung. Tapi erna yang seakan meroyan tengok macam-macam mainan ada. Kereta besar yang erna idam-idam nak beli kat iman pun ada. Harga boleh tahan. Tapi,erna tak beli pun kereta untuk iman semalam. Belum cukup budget. hehehe.. So, sebagai pelepas gian dan meroyan erna, erna belikan rumah untuk iman main-main dalam tu. Ada banyak size. Ini size second last besar. Ada yang lagi besar dari ni. Harga sebijik rumah iman ni, RM79. Wah..bukan main. Sebijik rumah ummi beli untuk iman tanda kasih sayang ummi. hehehe.. Kalau dah beli rumah, nak lagi syok..mesti la ada benda-benda nak letak dalam rumah tu kan? Memandangkan rumah iman tak lah besar mana..tak boleh la ummi belikan perabot bagai. So, ummi belikan bola-bola kecil ni 2set. Kalau banyak-banyak sangat bola, kat mana pulak iman nak duduk. Rumah pun sekangkang kera je. Spend sebijik rumah beserta bola warna-warni 2set lebih kurang RM100.  =)

Macam biasa, ummi yang akan over excited bila ada permainan baru untuk iman. Tapi, kalini..rasanya bukan ummi sorang je excited. Iman pun excited sama. Bila erna pasang je khemah ni, erna taburkan bola dan masukkan iman dalam khemah. Senyap dan leka je iman duduk dalam tu. Main bola-bola yang ada. Cuma,kena ada yang teman la. Sebabnya..iman ke tepi dinding khemah dan pegang dinding, cuba nak berdiri. Owh anak ummi..rumah iman tu, bukan rumah batu yang kukuh. Mana boleh iman nak berpaut kat dinding rumah plastik iman tu. Kelakar pulak bila tengok iman pegang dinding rumah dan nak berdiri. hehe..Iman doalah ummi dapat kerja gaji besar. Nanti ummi beli rumah lagi besar dan dinding batu kukuh. Boleh iman nak diri-diri pegang dinding rumah tu nanti. Rumah sekarang ni, iman boleh duduk-duduk main je ye sayang..

Rasa puas hati bila permaianan yang kita belikan untuk anak kita, anak kita suka. Setiap kali belikan permainan untuk iman, mesti berharap agar anak kita rasa happy. Alhamdulillah..kalini nampak iman suka. Walupun bukan lama sangat dia nak duduk dalam rumah plastik tu. Sebab sekarang ni, iman sibuk nak explore sana-sini. Jatuh memang banyak kali la. Babah pulak seorang yang over protactive. Ummi biasa-biasa saja. Kalau nampak iman mula nak berdiri, ummi konon-konon relax. Tapi, bila iman dah jatuh..iman nangis..mula la ummi nak nangis sama dan mula salahkan diri tak jaga iman betul-betul. huhuhu. Bukan apa, erna kalau boleh tak nak sekat apa yang iman buat pada usia dia sekarang ni. Erna nak iman enjoy dengan dunia crawling dia sekarang. Nanti bila iman dah mula berjalan, mesti takkan merangkak lagi. Lagipun terlalu banyak kebaikan daripada aktiviti crawl serta berpaut yang iman buat sekarang ni. 

Semoga sentiasa dalam lindungan Allah dan membesar sihat, bijak pandai anak ummi..

 Pening Iman nak pilih bola mana satu

 Penuh hall rumah nenek..ummi bawak rumah iman kat rumah nenek. hehee

 Anak ummi dan babah

Muhammad Iman Zikir

 Suka dia. Bukan main!


Share this:

, ,

CONVERSATION

7 comments:

  1. Replies
    1. ikut mood dia. kadang nak duduk dalam tu. kadang x nak. habis sepah bola satu umah nenek dia. heehe

      Delete
  2. bagus bnda ni..at least dia xdok saje merengek2kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. tapi ikut mood la..kadang dia x nak pun duduk lama dalam tu.

      Delete
  3. wah,seronoknye die
    tngu zara besar skit, baru nak belikan die nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau zara dah boleh meniarap, ok dah nak belikan benda ni.. :)

      Delete
  4. Anonymous05 July, 2013

    salam sis,

    nak confirm, beli bola kaler2 ni kt gm klang?

    ReplyDelete